Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.trét] | ڤوتريت

Definisi : (potrét) 1. gambar yg diambil dgn meng­gunakan kamera, foto; tukang ~ tukang gambar; 2. gambar orang yg dilukis; memotret 1. mengambil gambar dgn kamera, membuat foto: kedua-dua pelancong itu sibuk ~ bangunan-bangunan pencakar langit dan warung-warung kecil; 2. melukis potret; pemotretan hal atau perbuatan memotret; pemotret 1. tukang potret; 2. = alat ~ alat utk memotret; 3. pelukis sesuatu potret. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.trét] | ڤوتريت

Definisi : /potrét/ 1 gambar yg diambil dgn menggunakan kamera. 2 gambar yg dilukis (biasanya gambar manusia). memotret 1 mengambil gambar dgn kamera. 2 melukis gambar; membuat lukisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potret
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :lukis, lukisan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang diterima sebagai menepati tatabahasa Melayu untuk memaknai sesuatu yang digunakan untuk memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang? Contohnya: Potret-potret catan tangan itu pemercantik kamar yang sudah sedia cantik.Kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang tidak diterima sebagai kata dalam bahasa Melayu kerana tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan.Tatabahasa07.04.2019
Saya pernah tanya soalan ini: Adakah kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang diterima sebagai menepati tatabahasa Melayu untuk memaknai sesuatu yang digunakan untuk memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang? Contohnya: Potret-potret catan tangan itu pemercantik kamar yang sudah sedia cantik. Jawapan DBP seperti ini: Kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang tidak diterima sebagai kata dalam bahasa Melayu kerana tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan. Saya tertanya mengapa ia 'tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' walhal kata 'pemer-' sebagai padanan 'pelaku' untuk 'memper-' iaitu perbuatannya sudah diterima dalam bahasa Melayu khususnya dalam entri Kamus Dewan. Kata seperti 'pemeroleh' yang bermakna orang/pihak yang 'memperoleh' dan 'pemerkosa' yang bermakna orang/pihak yang 'memperkosa' sebahagian perbendaharaan kata Melayu dan ini tidak dapat dibahaskan sebagai 'kekecualian' dalam bahasa kerana tiada bentuk yang dapat diwujudkan untuk 'menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' dan kata-kata seperti 'pemeroleh' dan 'pemerkosa' mendukung makna sendiri. Mungkin 'sistem pembentukan kata untuk imbuhan' DBP perlu dikemas kini dengan data terkini.

Untuk perkataan memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang, awalan memper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

            Cantik – mempercatik (menjadikan lebih cantik)

(TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, m.s.: 179)

Untuk perkataan pemerkosa, kata dasarnya adalah perkosa. Perkataan ini menerima imbuhan awalan peN- untuk membentuk kata nama terbitan. PeN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, ng , r, l, dan w. Contohnya:

            Masak – pemasak

Termasuk dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya:

            Perkosa – pemerkosa

            Tahan – penahan

            Karang – pengarang

            Selam – penyelam

Untuk lebih memahami pembentukan kata nama dengan lebih lanjut, tuan boleh merujuk buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (m.s.: 104 – 132)

Tatabahasa11.07.2019
Bolehkah istilah "potret" digunakan juga untuk gambar foto haiwan contohnya seperti burung atau serangga? Ini kerana menurut pencarian dalam Gerbang Kata, "potret" membawa maksud: (potrét) 1. gambar yg diambil dgn meng'­gunakan kamera, foto. Di sini ia tidak mengatakan dengan spesifik istilah ini hanya khusus untuk gambar foto manusia. Misalnya, bolehkah saya menulis tajuk seperti: "Koleksi Potret Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia" Harap dapat penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih...Perkataan potret hanya untuk gambar manusia iaitu lukisan cat, lukisan lakar atau gambar foto yang menggambarkan muka seseorang.

Penggunaan tajuk"Koleksi Potret Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia",  tidak sesuai kerana menggunakan perkataan potret. Saudara boleh menggunakan tajuk "Koleksi Lukisan Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia".
Tatabahasa11.05.2013
Saya hendak tanya: Potret datuk masih tergantung (di atau pada) dinding bilik tidur ibu. --penggunaan di atau pada ? mana yang betul ? kenapa?Ayat yang gramatis ialah Potret datuk masih tergantung pada dinding bilik tidur ibu kerana pada menunjukkan keterangan tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa05.03.2012
salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah betul penjodoh bilangan bagi potret/lukisan/seni adalah sebuah. terima kasih.Penjodoh bilangan bagi potret/lukisan ialah buah.Lain-lain04.07.2008
Nak pastikan terma dalam Bahasa betul... "Portrait Lighting" ialah "Pencahayaan Potret” dalam penggunaan mobile phone. Terima kasihPortrait lighting boleh diterjemahkan kepada pencahayaan potret atau pencahayaan imej.Penyemakan dan penterjemahan19.12.2017
Adakah perkataan selfie merupakan perkataan baharu dalam kamus?? jika benar.. apakah maksud perkataan tersebut serta perkataan selfie merupakan kata dasar bagi apa??
Berdsarkan dapatan di Internet, Selfie ialah sejenis gambar potret diri sendiri yang diambil menggunakan kamera digital atau kamera telefon, dan biasanya diambil dalam sudut tertentu oleh empunya gambar itu sendiri sebelum ia dimuat naik ke laman sosial. Menurut data perkataan selfie terakam pada tahun 2002 lagi di Australia, namun perkataan ini menjadi popular pada tahun 2013 lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan tokoh dunia. Perkataan selfie hanya ditemukan dalam Kamus Oxford versi dalam talian. Perkataan selfie belum ada dalam data kami, oleh itu penggunaannya dalam tulisan perlu diitalikkan. 


Istilah11.01.2014
Salam. Apakah padanan BM yang sesuai bagi istilah "right to portrait", "portrait rights" atau "portraiture right" seperti yang dimaksudkan dalam pautan berikut: https://www.lawinsider.com/dictionary/portrait-rights Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah right to portrait ialah hak untuk memotret, istilah portrait rights ialah hak potret dan istilah portraiture right ialah hak pemotretan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah03.08.2023
dengan menggunakan digunakan bersama atau pilih antara satu?contohnya,dengan dan menggunakan digunakan berasingan.Terima kasihKata sendi nama "dengan" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud seperti yang berikut: 
i. membawa maksud bersama-sama atau berserta (Ayah pergi ke pekan dengan ibu.)  
ii. membawa maksud cara sesuatu dilakukan (Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul.) 
iii. membawa maksud memakai atau menggunakan (Ani melukis potret itu dengan cat air.)
iv. menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama (Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya.)

Berdasarkan penerangan pada nombor iii di atas, perkataan "dengan" tidak perlu digunakan bersama-sama dengan "menggunakan"  keranan telah membawa maksud "menggunakan".
Tatabahasa02.03.2012
Adakah kata 'dengan' yang merupakan kata sendi nama, juga berfungsi sebagai kata hubung atau jenis kata yang lain? Jika ya, sila nyatakan jenis-jenis kata tersebut, maksud setiap daripadanya, dan juga tolong terangkan penggunaan-penggunaannya serta kemukakan contoh penggunaannya.

Kata dengan hanya berfungsi sebagai kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama dalam struktur ayat yang membawa maksud 1. bersama-sama atau beserta (keterangan penyertaan), contohnya: “Abdullah menelaah mata pelajaran sains dengan kawannya”. 2. Cara sesuatu itu dilakukan (keterangan cara), contohnya: “Sumbangannya kami terima dengan hati terbuka.” 3.Memakai atau menggunakannya (keterangan alat), contohnya: “Ani melukis potret itu dengan cat air.” 4. Menyatakan perbandingan yang serupa atau sama, contohnya: “Tentu tidak sama emas dengan perak.”

 

 

Tatabahasa20.12.2021
12

Kembali ke atas