poyo | Perkataan poyo tiada dalam rujukan kami. Perkataan tersebut merupakan slanga, iaitu kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku yang biasanya digunakan dalam percakapan tidak rasmi oleh golongan tertentu. | Lain-lain | 02.01.2010 |
Apakah maksud perkataan poyo? Sesuaikah ia digunakan dalam karangan bahasa. | Perkataan poyo tiada dalam rujukan kami. Perkataan tersebut merupakan slanga, iaitu kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku yang biasanya digunakan dalam percakapan tidak rasmi oleh golongan tertentu | Makna | 07.05.2009 |
apakah maksud perkataan poyo yang sebenarnya?adakah terdapat didalam daftar kata didalam kamus dewan? | Perkataan poyo tiada dalam rujukan kami. Perkataan tersebut merupakan slanga, iaitu kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku yang biasanya digunakan dalam percakapan tidak rasmi oleh golongan tertentu. | Lain-lain | 25.02.2010 |
SAYA NAK TAHU MAKSUD PERKATAAN POYO, KERANA TERLALU BANYAK DIGUNAKAN MASA KINI OLEH REMAJA SEKARANG | Perkataan poyo tidak terakam dalam kamus atau mana-mana sumber rujukan DBP. Perkataan ini merupakan ungkapan yang digunakan dalam konteks percakapan tidak rasmi. Ia tidak tergolong dalam bahasa baku. | Istilah | 03.03.2009 |
apa makna metropolitan dan makna poyo | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud metropolitan: berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis atau terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Manakala perkataan poyo tiada dalam rujukan kami. | Makna | 23.02.2009 |
Bolehkah perkataan "fon" digunakan sebagai bahasa percakapan untuk perkataan "telefon" dari segi konteks kata kerja? Ayat contoh : "tolong fon ibu" Adakah perkataan tersebut boleh dianggap sebagai slanga di dalam perbualan harian? Saya dapati terdapat beberapa perkataan berbentuk slanga yang disenaraikan di dalam kamus dewan, seperti "poyo". Terima kasih! | Ya. perkataan tersebut boleh digunakan dalam percakapan harian dan dalam situasi tidak rasmi. | Tatabahasa | 20.03.2020 |