Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pra.sa.ra.na] | ڤراساران

Definisi : keseluruhan kemudahan dan per­khidmatan asas (spt kemudahan pengangkut­an dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dll) yg perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan, infrastruktur: ladang rakyat Felda diwujudkan dgn pembangunan ~ yg besar-besaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
prasarana (kata nama)
Bersinonim dengan infrastruktur, kemudahan awam, utiliti.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM)

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ialah

perpustakaan awam induk yang menyimpan

pelbagai khazanah ilmu dalam pelbagai bentuk dan

menyediakan perkhidmatan kepada pengguna,

pembaca dan penyelidik. Ia merupakan sebuah

Jabatan Kerajaan Persekutuan yang berperanan

merancang dan membangunkan prasarana

perpustakaan di seluruh negara.

UMUM 
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, universiti pertama khusus untuk bidang sains dan teknologi.  Sejarah awal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula dengan pembukaan Sekolah Teknik pada tahun 1904.  Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti jalan kereta lembu dan jalan kereta api yang menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar pesisiran Selat Melaka seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban.  Oleh itu, bagi menampung keperluan yang mendesak ini sebuah sekolah teknik amat diperlukan.  Sebuah dana permulaan yang berjumlah $300 000 daripada seorang dermawan telah diwujudkan pada tahun 1904 untuk tujuan pembinaan sekolah tersebut di Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas