Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pra.ton.ton] | ڤراتونتون

Definisi : tayangan filem, persembahan teater dsb yg dikhususkan utk wartawan, pengkritik dsb sebelum filem, teater dsb itu diperton­tonkan secara rasmi kpd orang ramai; mempratontonkan mempertontonkan atau menunjukkan filem, teater dsb, terlebih dahulu kpd wartawan, pengkritik dsb sebelum diper­tontonkan secara rasmi kpd orang ramai: filem itu akan dipratontonkan kpd sekumpulan wartawan sebelum ditayangkan kpd orang ramai bulan depan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pra.ton.ton] | ڤراتونتون

Definisi : tayangan filem, persembahan teater dsb yg dikhususkan utk wartawan, pengkritik dsb sebelum tayangan atau persembahan secara rasminya utk orang ramai. mempratontonkan menayangkan filem, mempersembahkan teater dsb terlebih dahulu kpd wartawan, pengkritik dsb sebelum secara rasminya dipersembahkan kpd orang ramai: Filem itu akan dipratontonkan kpd para wartawan sebelum ditayangkan kpd orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pratonton


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
previewpratontonKejuruteraanTiadaTiada
previewpratontonKesenianTiadaTiada
camera speedlaju kameraPendidikanTiadaKadar gerakan kamera yang boleh dipilih untuk rakaman atau pratonton pergerakan subjek.
out-taketangkap buangKomunikasiKorporatTindakan mengeluarkan bahagian tertentu daripada bahan rakaman yang telah dan sedang disunting. Proses ini dilakukan apabila bahan suntingan video atau filem untuk kegunaan perhubungan awam (video korporat) atau iklan dipertontonkan kepada pelanggan, dan pelanggan mendapati beberapa bahagian bahan yang telah disunting itu tidak sesuai dan perlu dibuang. Proses ini boleh dilakukan pada peringkat awal penyuntingan, semasa pratonton hasil suntingan kasar, dan semasa filem atau iklan hampir siap atau telah siap sepenuhnya.

Kembali ke atas