Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pré.ju.dis] | ڤريجوديس

Definisi : (préjudis) rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pré.ju.dis] | ڤريجوديس

Definisi : /préjudis/ perasaan atau pendapat yg tidak berasas terhadap sesuatu (kaum, agama dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prejudis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH MAKSUD " TANAPA PREJUDIS"Maksud tanpa prejudis ialah tidaka ada rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb.Makna18.03.2009
APAKAH MAKSUD " TANPA PREJUDIS"Maksud tanpa prejudis ialah tidak ada rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb.Makna18.03.2009
assalamualaikum..maksud prejudis dan stereotaip apa?Prejudis bermaksud rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dsb yg baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yg sering kali kedapatan (kedengaran dsb).Makna04.02.2008
Assalamualaikum wbt Apakah maksud perkataan memperjudiskan? Contoh ayat : 1. sebaliknya hakim bicara telah mengambilkira keterangan-keterangan yang 'memperjudiskan' perayu-perayu. 2.Kedua, perayu-perayu mempunyai peluang untuk menyangkal (to rebut) anggapan dibawah s.37(d) ADB 1952 dan oleh itu perayu-perayu tidaklah 'terperjudis'. Kedua-dua contoh ini saya dapati di alamat url berikut: (http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/K-05-8-2011.pdf) 3. AMER HAMZAH: Sejak kamu mendapat maklumat yang boleh 'memperjudiskan' tertuduh, keterangan kamu pada hari ini (semalam) memihak kepada pendakwaan. Contoh ketiga boleh didapati di alamat url berikut :(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Saksinafimemihakpendakwa/Article) Mohon nasihat daripada pihak tuan/puan Terima kasih -Mohd Habib bin Abdul Halim-Perkataan memperjudiskan tiada dalam data kami. Perkataan yang paling hampir ialah prejudis  yang bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dan sebagainya.

Manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah prejudice ialah prasangka.
Tatabahasa19.06.2013

Kembali ke atas