Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pré.ju.dis] | ڤريجوديس

Definisi : (préjudis) rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pré.ju.dis] | ڤريجوديس

Definisi : /préjudis/ perasaan atau pendapat yg tidak berasas terhadap sesuatu (kaum, agama dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prejudis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prejudiceprejudisPsikologiPsikologi UmumSikap beremosi yang negatif terhadap ahli suatu kelompok sosial tertentu. Sikap ini boleh berlaku dalam organisasi seperti jabatan keselamatan, pelajaran atau institusi kerajaan lain. Banyak konsep telah digunakan dalam menjelaskan prejudis. Contohnya, rasisme dikatakan berlaku apabila prejudis melibatkan etnik, seksisme melibatkan gender dan sebagainya.
hate crimejenayah benciKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang bersifat prejudis dan didorong oleh perasaan benci yang menyasarkan seseorang kerana individu tersebut dikaitkan dengan sesuatu bangsa, agama, orientasi seksual, ideologi atau kumpulan sosial. Contohnya, mangsa yang dibunuh kerana perasaan benci pelaku jenayah akibat keterlibatan aktif mangsa dalam mana-mana kumpulan sosial.
racialismrasialismeSejarahTiadaFahaman yang berpegang kepada perbezaan bangsa atau diskriminasi bangsa dengan bersikap prejudis atau prasangka kepada bangsa lain.
intergroup conflictkonflik antara kelompokPsikologiPsikologi UmumKonflik yang wujud antara kelompok apabila satu kelompok menanam perasaan benci dan prejudis terhadap kelompok lain. Antara kepercayaan negatif yang boleh mewujudkan kebencian terhadap kelompok lain ialah superioriti, ketidakadilan, kerapuhan hubungan dan saling tidak mempercayai. Contohnya, jika individu dalam satu-satu kelompok terasa dieksploitasi secara tidak adil, ditindas, dihina atau diancam akan berkemungkinan menyebabkan konflik yang membawa kepada permusuhan.
comparable worthnilai setandingPengurusanPerancanganSuatu konsep yang menetapkan kemampuan yang setaraf dari aspek pengetahuan dan kemahiran, yang seharusnya dipertimbangkan oleh majikan bagi membayar pekerja dengan ganjaran yang sama tanpa mengira umur, bangsa, jantina atau sebarang perbezaan lain. Tujuan konsep nilai setanding adalah untuk mengelakkan diskriminasi dan prejudis terhadap perbezaan latar belakang pekerja dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja, sedangkan prestasi mereka adalah sama atau lebih baik. Contoh nilai setanding ialah penetapan polisi ganjaran berdasarkan jawatan, pengalaman dan prestasi semata-mata tanpa prejudis, sama ada sesuatu tugas itu dilaksanakan oleh pekerja lelaki atau pekerja wanita
orientalismorientalismeKesusasteraanTiadaKonsep dunia Timur seperti yang dirakamkan, digambarkan, dibayangkan dan diciptakan oleh Eropah dan dunia Barat. Dalam bidang sastera, orientalisme merujuk kepada wacana Barat mengenai Timur dalam pelbagai disiplin teks sebagai usaha Barat untuk memberikan penerangan dan interpretasi mereka terhadap konsep �Timur� bikinannya sendiri. Di sebalik usaha ini, Barat ingin menguasai kawasan geografi yang luas dan kompleks ini melalui ilmu epistemologi. Strategi penguasaan melalui wacana ini dibongkar dan dianalisis oleh Edward Said dalam bukunya Orientalism (1978) yang dianggap titik permulaan kaedah kritikan pascakolonial. Walau bagaimanapun, orientalisme dalam bentuk wacana bermula pada Zaman Pertengahan melalui teks kembara (Travel Writings) yang menimbulkan minat Barat terhadap Timur. Keadaan ini diikuti oleh fenomena perkembangan empayar Islam pada kurun ke-17 dan ke -18 yang membawa pelbagai cerita, antaranya Hikayat Seribu Satu Malam dari Timur Tengah. Kemuncak orientalisme pada kurun ke-19 dan ke-20 berlaku pada zaman Imperialisme Eropah terutamanya dalam era empayar British. Wacana orientalisme biasanya mengandungi prejudis dan sikap bongkak Barat terhadap Timur. Wacana ini mempamerkan sentimen perkauman yang tebal dan anggapan tidak berasas atau terlampau umum dan menyeluruh. Oleh sebabv �ilmu� mengenai Timur ini disokong oleh jentera dan prasarana Barat, maka hal tersebut dianggap mempunyai kesahihan.

Kembali ke atas