Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : nPerdana Menteri: the French ~, Perdana Menteri Perancis. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj utama, ulung: ~ port, pelabuhan utama; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata premier


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengguna 'Premier'itu adalah terburuk dan membelakangi bahasa kebangsaan.Sbb,tidak beridentiti gelaran bahasa Kebangsaan.Juga, memisahkan gelaran yg diguna oleh negeri lain di Malaysia.Klu diperhati dgn lanjut,para menteri - mnteri di Sabah & Sarawak bila berucap dlm Bahasa Inggeris juga lemah.B.Inggeris peringkat rendah.Untuk apa ditukar guna Premier?Perkataan Premier juga hampir pd Prime .Ini diguna pakai untuk Prime Minister(PM) saja.PM menwakili 32.4 juta rakyat.Premier cuma 2.8 juta saja!Yg. hairan,kenapa ditukar dgn tergesa-gesa?Jika hendak ditukar juga,guna pakai Premier hanya kuatkuasa dlm Sarawak saja.Dlm urusan resmi Persekutuan ,hanya layak diguna perkataan Ketua Menteri saja.Persekutuan mesti tolak sbb Premier tidak menepati aspirasi keluarga Malaysia!Kami ambil maklum pandangan tuan dalam hal penggunaan perkataan "premier" dalam konteks yang berkenaan. Dalam konteks umum premier diterjemahkan kepada "utama" atau "ulung", manakala dalam konteks perjawatan diterjemahkan kepada Perdana Menteri seperti yang tuan maklumi. Atas keprihatinan tuan dalam hal penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul kami ucapkan syabas dan terima kasih.Lain-lain17.02.2022
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Premier League"? Contoh ayat: English Premier League competition. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Premier League" dalam pangkalan data istilah kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Liga Perdana.Istilah09.10.2013
Mohon nasihat terjemahan BM. (i) Regional Head (Ketua Wilayah), (ii) Premier Client Manager (Pengurus Pelanggan Premier), (iii) Preferred Client Manager (Pengurus Pelanggan PilihanCadangan terjemahan (jika bersesuaian dengan konsep/fungsi jawatan berkenaan):
(i) Regional Head - Ketua Wilayah
(ii) Premier Client Manager - Pengurus Pelanggan Utama
(iii) Preferred Client Manager - Pengurus Pelanggan Pilihan
Penyemakan dan penterjemahan09.11.2018
Boleh saya tahu penterjemahan terbaik untuk ayat tersebut dalam Bahasa Melayu? 1. Premier Industrial Lots 2. Next To The Port

Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah premier industrial lots ialah lot perindustrian utama dan cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah next to the port ialah bersebelahan dengan pelabuhan.


Penyemakan dan penterjemahan28.02.2023
Saya dalam proses menyediakan cadangan nama jalan taman perumahan. Bolehkah saya nama jalan utama taman perumahan sebagai Jalan PremierUntuk makluman pihak tuan, penamaan jalan dan tempat awam perlulah menggunakan nama dalam bahasa Melayu yang betul dan mempunyai maksud yang baik. Premier merupakan perkataan bahasa Inggeris. Oleh itu, pihak DBP mencadangkan dikekalkan penggunaan nama kepada "Jalan Utama" atau "Jalan Perdana."Lain-lain15.03.2022
Saya ingin mendapatkan beberapa istilah perhotelan seperti: 1. En-Suite 2.Premier Deluxe Room 3.Budget twin 4. Check-out 5. Mud cottage Terima KasihDalam data rujukan kami terdapat beberapa istilah yang belum mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus.

Hanya perkataan berikut mempunyai padanan bahasa Melayu seperti yang berikut;

1. Premier Deluxe Room = Bilik Mewah Utama

4. Check out = Daftar Keluar


Bagi istilah yang tiada dalam data kami, mohon pihak puan kemukakan konsep dan cadangan bahasa Melayu daripada puan supaya kami boleh mencadangkan istilah yang sesuai.
Penyemakan dan penterjemahan17.03.2015
sekolah bestari/sekolah perdana/ sekolah premiersekolah bestari/sekolah ulungIstilah21.11.2008
Next To The Port jika di BM kan ayat mana yang betul Berhampiran Pelabuhan ATAU Bersebelahan Pelabuhan Perkataan Leading Industrial Lots jika di BM kan ayat mana yang betul :- Lot Industri Premium ATAU Lot Industri Premier / Primer ?

Kami mencadangkan terjemahan “Bersebelahan dengan Pelabuhan” untuk “Next to the port” dan “Lot industri utama” untuk “Leading Industrial Lots”.

Penyemakan dan penterjemahan22.02.2023

Kembali ke atas