Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pré.mis] | ڤريميس

Definisi : (prémis) sesuatu pernyataan dsb yg diandaikan (dianggap) sbg sesuatu yg benar utk tujuan membuat huraian yg membawa kpd sesuatu kesimpulan kelak; berpremiskan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sbg premis, berteraskan: puisi ini ~ lalang, tetapi lalang yg rapuh itu dijilat api. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pré.mis] | ڤريميس

Definisi : (prémis) bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan dsb: ~ perniagaan; firma itu telah berpindah ke ~ baru di Jalan Tun Razak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata premis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah tepat jika penggunaan istilah berikut dalam penulisan Bahasa Melayu jika istilah asal bahasa Inggeris adalah seperti berikut :- a. petshop premis - premis kedai haiwan kesayangan b. boarding premis - premis penjagaan haiwan ( istilah ini dirujuk kepada 'boarding premis' yang digunakan untuk menempatkan haiwan kesayangan sementara seperti masa pemilik haiwan kesayangan pergi bercuti dan sebagainya. c. breeding premis - premis pembakaan ( juga merujuk kepada 'breeding premis' untuk membiakkan haiwan kesayangan Sekian terima kasihSoalah saudara akan diajukan kepada Bahagian Peristilahan.  Jawapan akan diberi melalui e-mel dan mungkin mengambil masa sedikit.Penyemakan dan penterjemahan29.08.2014
Apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. 75% dari jumlah individu yang terbabit dalam kemalangan jalan raya ialah penunggang motosikal. 2. Banyak premis-premis di bandar Alor Gajar dihempas tiang elektrik sewaktu ribut melanda.1. 74% daripada jumlah individu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ialah penunggang motosikal.
2. Banyak premis di bandar Alor Gajah dihempap tiang elektrik sewaktu dilanda ribut.
Tatabahasa28.02.2013
PEMBUKAAN PREMIS ATAU PENGOPERASIAN PREMIS PERNIAGAAN?Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan bergantung pada maksud yang hendak disampaikan.

i. pembukaan - perihal atau perbuatan membuka
ii. pengoperasian - hal atau perbuatan mengoperasikan
Tatabahasa31.05.2022
Selamat sejahtera. Kami telah hantar gambar papan premis untuk mendapat kelulusan. Di sini sertakan gambar papan tanda premis untuk rujukan tuan/puan. Kami akan paparkan 3 papan premis seperti gambar yang disertakan. (1. ESTeX, World Class Support & Nama kilang dengan alamat).Adakah ketiga-tiga papan premis dikehendaki mendapat kelulusan dari dewan bahasa? Sila nasihat dan terima kasih atas bantuan pihak tuan / puan.
Pihak kami telah menghubungi tuan berhubung dengan pertanyaan tersebut melalui talian 012-4938155 namun panggilan tersebut tidak berjawab. Mohon pihak tuan menghubungi Puan Fadhilah binti Bahar melalui talian 03-21479691/9300  untuk perbincangan lebih lanjut.
Lain-lain20.09.2019
Permohonan pengesahan ejaan penggunaan bahasa pada visual iklan premis untuk permohonan lesen premis dan iklan oleh Jabatan Perlesenan, Majlis Perbandaran Seberang Perai

 

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain13.10.2017
Permohonan pengesahan ejaan penggunaan bahasa pada visual iklan premis untuk permohonan lesen premis dan iklan

 

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain13.10.2017
Bagi papan tanda premis dan papan tanda jalan premis adakah memelukan kelulusan pihak DBP. Sekirannya perlu apakah proses permohonan

Papan tanda premis perlu mendapat pengesahan bahasa Melayu daripada DBP. Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila buat permohonan secara dalam talian melalui portal dbpsahbahasa.my.

  1. Daftar Akaun dan Aktifkan Akaun
  2. Log masuk dan pilih Daftar Iklan
  3. Isikan Maklumat Iklan, muat naik visual iklan, klik Simpan dan buat bayaran

Sila rujuk Panduan Pelanggan dan video tatacara permohonan yang disertakan pada laman web.

Lain-lain15.04.2024
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Saya ingin meminta khidmat nasihat berkenaan dengan iklan premis saya. Saya diberi maklumat dari Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) supaya mendapatkan bantuan untuk menyemak iklan premis saya di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan ini, saya lampirkan iklan premis untuk mendapat kelulusan dari pihak Tuan/ Puan. Saya amat berharap supaya mendapat maklum balas dari pihak Tuan/ Puan. Segala kerjasama dan bantuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Yang benar, RosalinaUntuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP di  http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx dan ikuti pprosedur selanjutnya.Lain-lain20.12.2013
VISUAL IKLAN PREMIS BERIKUT BOLEH LULUS DALAM PERMOHONAN BAHARU LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN IKLAN?

Untuk mendapatkan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui laman web  dbpsahbahasa.my.  Sila rujuk panduan permohonan untuk  memudahkan tuan/puan mendaftar permohonan iklan. Sila catat nombor pendaftaran iklan (contoh: 12345/2021) untuk rujukan.  DBP hanya mengesahkan bahasa Melayu dalam visaul iklan sahaja manakala lesen perniagaan perlu dimohon melalui PBT yang berkenaan. Mohon maaf lampiran tidak dapat dibuka. 

Lain-lain20.02.2021
Tuan, Harap tuan dapat sahkan visual papan iklan premis supaya kita boleh minta lesen untuk premis kita. Lampiran ialah papan iklan kita.Pembetulan: Kedai Alat Telekomunikasi
Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Lain-lain25.08.2015
12345678910...

Kembali ke atas