Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pré.mis] | ڤريميس

Definisi : (prémis) sesuatu pernyataan dsb yg diandaikan (dianggap) sbg sesuatu yg benar utk tujuan membuat huraian yg membawa kpd sesuatu kesimpulan kelak; berpremiskan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sbg premis, berteraskan: puisi ini ~ lalang, tetapi lalang yg rapuh itu dijilat api. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pré.mis] | ڤريميس

Definisi : (prémis) bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan dsb: ~ perniagaan; firma itu telah berpindah ke ~ baru di Jalan Tun Razak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata premis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAEDAH DEDUKTIF

Kaedah deduktif ialah satu proses taakulan

untuk kita membuat kesimpulan dengan logik

daripada premis yang diberikan.

UMUM 
ARKIB

Arkib ialah koleksi maklumat sejarah. Saiz arkib

berbeza-beza daripada arkib negara yang besar

sehingga kepada koleksi fail di sekolah dan kolej

atau di premis syarikat swasta.

Banyak organisasi kerajaan mempunyai arkib.

Contohnya, di England dan Ireland, arkib dikenali

sebagai pejabat rekod kaunti . Pejabat ini

merekodkan topik seperti perbicaraan mahkamah

tempatan; mesyuarat badan-badan kerajaan

tempatan; pembangunan jalan raya, jambatan dan

landasan kereta api; pasar tempatan dan perincian

mengenai keluarga tempatan.

UMUM 
METER AIR

Meter air ialah alat yang mengukur isi padu air

yang mengalir melalui paip atau saluran besar.

Jenis meter air yang paling dikenali memusingkan

nombor pada daftar yang berfungsi seperti

odometer (perekod perbatuan) pada kereta. Jenis

ini digunakan oleh syarikat air untuk mengukur

penggunaan air di rumah, kilang, dan premis

perniagaan.

UMUM 
PETROLEUM

Petroleum adalah salah satu daripada sumber

semula jadi yang paling berharga di dunia.

Sesetengah orang menamakan petroleum emas

hitam , tetapi lebih baik sekiranya ia diperikan

sebagai nadi negara perindustrian. Bahan api yang

dibuat daripada petroleum membekalkan kuasa

kepada kereta, kapal terbang, kilang, kelengkapan

ladang, trak, kereta api, dan kapal. Bahan api

petroleum juga menjana haba dan tenaga elektrik

untuk rumah dan premis perniagaan.

Keseluruhannya, petroleum membekalkan hampir

separuh daripada tenaga yang digunakan di dunia.

UMUM 

Kembali ke atas