Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pré.si.den] | ڤريسيدن

Definisi : (présidén) 1. ketua negara sesebuah republik yg juga biasanya merupakan ketua kerajaannya; 2. ketua eksekutif sesebuah syarikat, bank, firma, dsb; 3. Id ketua (mah­kamah, persatuan, rapat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pré.si.den] | ڤريسيدن

Definisi : /présiden/ 1 ketua negara dlm sesebuah negara republik; gelaran utk ketua negara republik: ~ pertama negara republik Indonesia ialah ~ Soekarno. 2 orang yg menjadi ketua sesuatu persatuan, pertubuhan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
presiden
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :pimpin, pemimpin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Main JuryJuri UtamaSukanTiadaJawatankuasa yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha W.T.C. atau M.T.C. Mereka bertanggungjawab mengawasi tugas panel hakim serta memberi amaran jika berlaku ketidakadilan.
president-electpresiden terpilihSains PolitikPolitik PerbandinganPresiden Amerika Syarikat yang baru dipilih untuk menyandang jawatan tersebut tetapi belum dilantik secara rasmi. Kedudukan ini bersifat transisi atau sementara apabila beliau telah dapat mengalahkan bekas presiden. Contohnya, George Bush memenangi pilihan raya pada November 2000 mengalahkan Bill Clinton dan dari tarikh kemenangan itu hingga ke Januari 2001 beliau digelar sebagai presiden terpilih.
President of International Court of JusticePresiden Mahkamah Keadilan AntarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKetua hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Beliau dipilih oleh hakim-hakim mahkamah setiap tiga tahun melalui undian rahsia. Tidak ada syarat kewarganegaraan dalam pemilihan. Presiden mempengerusikan semua mesyuarat mahkamah, mengarahkan kerja dan menyelia pentadbiran mahkamah. Semasa pertimbangan kehakiman, Presiden Mahkamah mempunyai satu undi jika undi-undi terbahagi sama banyak. Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikehendaki tinggal di The Hague. Antara Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa ialah Peter Tomka (2012�2015), Hishashi Owada (2009�2012) dan Dame Rosalyn Higgins (2006�2009).
presidential primaryprimari presidenSains PolitikPolitik PerbandinganPersidangan peringkat bawahan dan atasan sesebuah parti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Persidangan ini diadakan untuk memilih perwakilan yang akan mengundi calon presiden dari parti tersebut yang bertanding dalam pilihan raya presiden di peringkat pusat. Persidangan berlangsung di peringkat bahagian atau wilayah yang lebih kecil dengan anggota partinya berhimpun dan memilih wakil-wakil yang akan pergi mengundi nanti. Perwakilan ini bebas memilih sesiapa sahaja walaupun dari kawasan lain. Sistem primari ini memperlihatkan pemilihan calon parti dari bawah dan bukannya dari peringkat kepimpinan tertinggi parti.
direct electionpemilihan langsungSains PolitikPolitik PerbandinganPemilihan pemimpin yang dilakukan sendiri oleh warganegara di sesebuah negara. Proses ini dapat difahami dengan jelas melalui perbandingan pemilihan yang berlaku dalam demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Dalam demokrasi berpresiden, rakyat yang menentu dan melakukan sendiri pemilihan Presiden, Naib Presiden dan juga ahli Kongres. Undi rakyat menentukan secara langsung calon yang bakal memegang jawatan-jawatan ini. Dalam sistem demokrasi berparlimen pula, pengundi hanya memilih wakil ke Parlimen. Rakyat tidak memilih calon yang bakal menyandang jawatan Perdana Menteri dan juga ahli kabinet. Jawatan tersebut dipilih melalui persetujuan yang dicapai secara majoriti oleh ahli Parlimen. Dalam erti kata lain, pemilihan langsung merujuk kepada proses pemilihan yang ditentukan sendiri oleh rakyat terhadap sesuatu pemilihan secara hakiki.
pesidential democracydemokrasi berpresidenSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang presidennya berkuasa dalam pemerintahan mengikut corak pemerintahan Amerika Syarikat. Sistem demokrasi ini berbeza daripada sistem demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan oleh Great Britan. Dalam sistem ini, presiden menjadi ketua negara dan juga ketua kerajaan serentak. Presiden dan ahli kabinetnya tidak menganggotai dewan perundangan atau kongres, walaupun begitu semua keputusan kongres perlu mendapat perakuan presiden sebelum dilaksanakan. Presiden melantik anggota kabinet atas nama setiausaha seperti setiausaha pertahanan dan pelajaran. Dalam maksud lain, beliau merupakan seorang yang sangat berkuasa dalam pemerintahan negaranya. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat dan Filipina.
electoral collegenilai undi kawasanSejarahTiadaKawasan pilihan raya yang ditentukan berdasarkan kepada jumlah pengundi untuk seorang wakil di parlimen seperti negeri Columbia, di Amerika Syarikat pada 1961 mempunyai tiga pengundi yang diberi hak untuk memilih calon Presiden dalam pilihan raya Presiden melalui peruntukan yang diberikan.
presidential electionpilihan raya presidenSains PolitikPolitik PerbandinganPilihan raya khas yang diadakan untuk memilih ketua negara dan ketua kerajaan dalam negara yang mengamalkan demokrasi berpresiden. Pilihan raya ini diadakan secara berkala seperti empat tahun sekali di Amerika Syarikat atau enam tahun sekali di Filipina. Pilihan raya ini boleh disertai secara individu atau mewakili parti tertentu. Semua pengundi yang layak boleh mengundi dalam pilihan raya ini dan calon yang memenangi pilihan raya akan dilantik menjadi presiden negara. Contohnya, pilihan raya presiden yang diadakan di Amerika Syarikat pada November 2004 akan menyaksikan pertandingan antara George Bush dari parti Republikan dan John Kerry dari parti Demokratik.
good neighbour policydasar berjiran baikSains PolitikHubungan AntarabangsaDasar yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Hebert Hoover bagi merujuk kepada hubungan politik Amerika Syarikat dengan negara di Amerika Latin. Pendirian politik ini diteruskan oleh Presiden Roosevelt.
president-electpresiden terpilihSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
1234567

Kembali ke atas