Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[prés.tij] | ڤريستيج

Definisi : (préstij) 1. penghormatan yg diperoleh kerana kejayaan, (pencapaian, pangkat dsb), nama baik, reputasi: Sparta dihormati dan mendapat ~ drpd kecekapan berperang; 2. martabat, kemegahan; berprestij mempunyai prestij: kedudukan yg ~ dlm kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
prestij (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan nama baik, reputasi, kecemerlangan, kemasyhuran, kemegahan, kebanggaan, kegemilangan, kehormatan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
peak of prestijpuncak yang berprestijLain-lain18.07.2008
salam 1 malaysia. yang manakah contoh ayat yang sesuai digunakan untuk menunjukkan penggunaan 'adalah tinggi' atau 'ialah tinggi' dalam ayat berikut; contoh 1. Berdasarkan kepada Jadual 4.10, seramai 152 orang (38.39%) responden sekolah rendah (SR) dan 31 orang (33.93%) responden sekolah menengah (SM) menyatakan bahawa status dan prestij guru adalah tinggi. contoh 2. Berdasarkan kepada Jadual 4.10, seramai 152 orang (38.39%) responden sekolah rendah (SR) dan 31 orang (33.93%) responden sekolah menengah (SM) menyatakan bahawa status dan prestij guru ialah tinggi. mohon pembetulan jika perlu. terima kasihBerdasarkan Jadual 4.10, seramai 152 orang (38.39%) responden sekolah rendah (SR) dan 31 orang (33.93%) responden sekolah menengah (SM) menyatakan bahawa status dan prestij guru ialah tinggi.Tatabahasa25.08.2015

Kembali ke atas