SUKARNO (1901 – 1970), Presiden Republik Indonesia yang pertama (1945 – 1968). Dia lahir pada 6 Jun 1901 di Surabaya, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Kusno Sosro Sukarno. Bapanya Raden Sukemi Sosrodihardjo seorang priayi yang bekerja sebagai guru. Ibunya pula ialah seorang wanita Bali bernama Idayu Nyoman Rai. Ketika Sukarno berusia lebih kurang enam tahun, keluarganya berpindah dari Surabaya ke Sidoardjo dan kemudiannya ke Mojokerto.
Thanks for clicking. That felt good.