Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pri.ma] | ڤريما

Definisi : IB yg penting, yg pertama, yg terutama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prima


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam bahagia. saya ingin membuat pertanyaan menggenai pengunaan perkataan PLAZA utk satu skim perniagaan. contohnya alamatnya seperti berikut: No. 10 - 4, Blok A, Plaza Prima, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. dan mengenai penggunaan perkataan NOVA, contoh alamat spt berikut: No. 24A-1, Blok C, Pusat Perdagangan Nova, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. sekian terima kasih.Dalam konteks yang saudara maksudkan plaza merujuk kompleks membeli-belah, "plaza prima" merujuk kompleks beli-belah yang mengandungi juga ruang perniagaan yang lain. Oleh itu, "plaza prima" ialah kata nama khas untuk tempat. Begitu juga dengan "Pusat Perdagangan Nova", untuk makluman saudara nova bermaksud bintang yang secara tiba-tiba saja bersinar terang tetapi kemudiannya beransur-ansur pudar semula, walau bagaimnapun kata ini boleh digunakan untuk penamaan tempat.Makna04.03.2009
Mohon semakan ke atas cadangan pemaju untuk menggunakan nama skim pembangunan perumahan dan perniagaan dengan nama: PRIMA KUALA KANGSAR dan juga nama PUNCAK KUALA KANGSAR, mohon ulasan dan pandangan tuan terhadap 2 cadangan di atas, sekian terima kasihUntuk makluman, perkataan "PRIMA" bermaksud yang penting, yang terutama atau yang utama. Berdasarkan maksudnya, perkataan ini hanya sesuai diletakkan di bahagian belakang sesuatu nama. Contohnya: Ampang Prima dan Puchong Prima. Oleh itu, nama yang disyorkan ialah KUALA KANGSAR PRIMA. PUNCAK KUALA KANGSAR adalah betul dan boleh digunakan. Nama ini sesuai digunakan sekiranya skim pembangunan ini terletak di tempat yang tinggi.Tatabahasa21.03.2013
Pengertian: 1.prima facie 2.bonafide 3.malafide 4.habeas courpus 5.alibiPengertian: 1.prima facie –jelas sendiri 2. bonafide – asli, ikhlas, 3.malafide - berkaitan dgn sesuatu tindakan atau keputusan yg ber­dasarkan niat yg buruk. 4. habeas courpus -(habéas korpus) perintah yg dikeluarkan oleh mahkamah supaya sese­orang dilepaskan drpd tahanan yg tidak meng­ikut undang-undang ~.5. alibi-bukti atau keterangan (bahawa seseorang yg dituduh itu) berada di tempat lain ketika berlaku sesuatu perbuatan jenayah: saksi alibi-saksi yang tidak melihat sesuatu peristiwa ketika dituduh, ia tidak mempunyai alibi.Makna25.07.2011
ASSALAMUALAIKUM. bARU-BARU INI RANCANGAN TELEVISYEN ASTRO PRIMA MENAYANGKAN DRAMA YANG BERTAJUK WADI UNUNG. APAKAH MAKSUD UNUNG ? PENCARIAN SAYA DALAM KAMUS DBP MASIH BELUM JUGA TEMUI MAKSUD UNUNG ITU .Memang tidak ada maksud unung dalam sumber rujukan kami, dalam pusat rujukan persuratan Melayu hanya ada entri nung yang bermaksud gelaran untuk orang yang berketurunan raja di sebelah ibu.Makna17.08.2009
Saya ada kekeliruan, dalam terjemahan, andai kata teknik terjemaha nitu merupakan pinjaman/serapan sepenuhnya/tulen, dan perkataan itu terakam di dalam entri kamus dewan/prpm. adakah perkataan sebenar perlu dimiringkan atau tidak kerana telah dipinjam sepenuhnya. Contohnya: golf, prima facie serta kata nama khas dalam bahasa asing. Terima Kasih.

Menurut Buku Gaya Dewan Edisi Keempat (halaman 153), huruf condong digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Contoh: prima facie, lingua franca, mala fide, ad hoc, ad lib.

Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada di dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu dicondongkan. Contoh:

suai padan (copy fitting)

kebebasan seni (poetic licence)

kos sut (marginal cost)

Tatabahasa14.12.2023
Tuan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “shipment” dan “shipper” dalam konteks ayat di bawah: ".. the bill of lading shall not be deemed to be prima facie evidence against the carrier of the receipt of goods of the weight so inserted in the bill of lading, and the accuracy thereof at the time of the shipment shall not be deemed to have been guaranteed by the shipper." Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 1 Oktober 2021. Sekian, terima kasih.
Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'shipment' ialah pengiriman atau penghantaran manakala maksud 'shipper' ialah pengirim atau pengangkut


Makna28.09.2021
Are there any Kamus Dewan providing source languages of foreign terms used in Bahasa Malaysia?Sila kemukakan pertanyaan dalam bahasa Melayu. Untuk makluman saudara, Kamus Dewan merupakan kamus ekabahasa (bahasa Melayu - bahasa Melayu) dan perkataan yang diambil daripada bahasa asing dilabelkan dalam entri kata tersebut seperti prima facie dilabelkan sebagai Latin, iaitu istilah khusus yang diambil daripada bahasa Latin.Lain-lain11.06.2012
Ini merupakan susulan pertanyaan soalan kepada jawapan yang telah pihak tuan berikan kepada saya pada 21 Disember 2016 mengenai `Drama Festival Kuala Lumpur 2017'. Saya dimaklumkan pihak tuan telah menghubungi TV3 mengenai nama tersebut yang sepatutnya "Festival Drama Kuala Lumpur 2017" mengikut hukum DM. Namun promosi yang kelihatan di kaca TV3 dan TV9 masih terus menggunakan 'Drama Festival Kuala Lumpur'. Apakah penjelasan yang telah diberikan oleh pihak pengnjur kepada DBP hasil teguran ini?Jawapan yang kami terima, "Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015" ialah kata nama khas bagi rancangan terbitan Media Prima. Mereka beranggapan kata nama khas perlu dikekalkan dan bersedia memberikan kerjasama dalam hal kebahasaan kepada pihak kami pada masa yang akan datang.Lain-lain09.01.2017
Soalan tentang tanda baca, italic, title case: 1) Apakah beza penggunaan tanda petik " " dan . 2) Apakah cadangan DBP untuk penggunaan italik untuk perkataan asing atau frasa khas. Perlu italik atau cukup sekadar tanda petik? 3) Apakah peraturan penggunaan Title Case. Bolehkah semua perkataan mempunyai huruf besar di awal? 4) Adakah pagi/petang boleh ditulis dengan singkatan seperti "AM" "PM" contohnya bahasa inggeris, "9am-5pm" BM ditulis bagaimana?

Penulisan tanda petik bergantung pada konteks penggunaannya. Terdapat dua tanda petik yang  biasa digunakan dalam penulisan, iaitu tanda petik (“ ”) dan tanda petik tunggal (‘ ’). Perbezaan kedua-dua tanda petik ini ialah tanda petik (“ ”) lazimnya digunakan penanda yang mengapit cakap ajuk atau petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis; penanda yang mengapit judul rencana, karangan, puisi, bab, buku dan sebagainya yang digunakan dalam ayat; dan penanda yang mengapit huruf, angka, simbol, istilah atau kata untuk tujuan khusus. Tanda petik tunggal (‘ ’) pula, ialah biasanya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Untuk memahami dengan lebih mendalam, sila rujuk buku Gaya  Dewan,  Edisi Ke-4, halaman 125.

Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ke-4, halaman 153,  huruf italik atau huruf condong boleh digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Contohnya lingua franca, mala fide dan prima facie. Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu diitalikkan. Contohnya, suai pada (copy fitting), kebebasan seni (poetic license) dan kos sut (marginal cost).

Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ke-4, halaman 147.

Penggunaan singkatan bahasa Inggeris “am” dan “pm”  dalam bahasa Melayu ialah “pg.” dan “ptg.” atau “pg.” dan “mlm.”.  Oleh itu, jawapan yang betul ialah 9 pg.- 5 ptg.


Lain-lain05.09.2023

Kembali ke atas