Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata primer;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, saya ingin bertanya berkenaan ejaan "primari" dan " primer", "tertiari" dan "tertier", yang manakah betul?Ejaan yang betul ialah primer dan tertiar (istilah geologi). Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=primer untuk carian ejaan kata yang betul.Tatabahasa08.01.2015
Apakah maksud "kumpulan primer" dan "kumpulan sekunder"?Perkataan “primer” bermaksud paling asas atau paling utama. Manakala perkataan “sekunder” pula bersifat bukan asas atau utama. Makna15.12.2021
Ayat yang manakah betul? Apabila pengguna primer seperti larva nyamuk makan daun teratai, sehahagian daripada tenaga yang tersimpan di dalam pokok teratai dipindahkan kepada larva nyamuk. atau Apabila pengguna primer seperti larva nyamuk makan daun teratai, sehahagian tenaga yang tersimpan dalam pokok teratai dipindahkan kepada larva nyamuk. iaitu, sebahagian tenaga atau sebahagian daripada tenaga; tersimpan dalam pokok teratai atau tersimpan di dalam pokok terataiApabila pengguna primer seperti larva nyamuk makan daun teratai, sehahagian daripada tenaga yang tersimpan di dalam pokok teratai dipindahkan kepada larva nyamuk.

Tatabahasa04.09.2015
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. Istilah "primer" dalam Bahasa Inggeris merujuk kepada sebuah buku pengenalan kecil yang mengandungi fakta asas mengenai sesuatu subjek, yang digunakan terutamanya apabila seseorang mula belajar tentang subjek itu. Bolehkah "buku pengenalan" atau "buku teks" diterima sebagai terjemahan untuk "primer", memandangkan penggunaan buku tersebut tidak terhad kepada murid sekolah?Untuk makluman, dalam pangkalan data kami tidak terdapat padanan maksud bagi perkataan primer yang merujuk kepada buku pengenalan atau buku teks. Walau bagaimanapun, Kamus Dewan merakamkan maksud primer sebagai yang pertama, yang terpenting atau yang utama. Manakala, introductory school textbook menjurus maksud yang khusus, iaitu buku teks peringkat permulaan (khusus untuk buku teks sahaja).Penyemakan dan penterjemahan26.08.2019
Penggunaan perkataan diperoleh atau diperolehi dan ditentusah atau ditentusahkan dalam : Data primer yang diperoleh/diperolehi daripada analisis imej satelit remote sensing ditentusah/ditentusahkan menggunakan kaedah lazim di lapangan. Terima kasih.Yang betulnya ialah diperoleh. Ditentusahkan dalam ayat tersebut kurang tepat. Cadangan kami ialah disahkan. Dalam ayat tersebut juga, perkataan Inggeris hendaklah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau ejaannya disengetkan.Tatabahasa12.01.2009
saya perlukan maksud untuk perkataan adjunctive dalam bidang perubatan.. harap dapat di maklumkan secepat mungkinMaksud adjunctive dalam bidang perubatan ialah terapi penunjang, iaitu rawatan sokongan yang diberi bersama rawatan primer untuk membantu dalam perawatan pesakit. Ia terdiri daripada pelbagai bentuk seperti ubat, vitamin, makanan dan aktiviti sosial.Lain-lain19.05.2010
Saya ingin bertanya tentang terjemahan bahasa Melayu untuk tajuk thesis saya iaitu "Efferocytosis of oxidized low-density lipoprotein generated apoptotic bodies by primary M1 and M2 macrophages: A comparison between non-obstructive and obstructive coronary artery disease patients" "Efferositosis jasad apoptotik yang dijana lipoprotein ketumpatan rendah teroksida oleh makrofaj primer M1 dan M2: Perbandingan antara pesakit penyakit arteri koronari tidak tersumbat dan tersumbat" Mohon disemak dengan sebaiknya. Terima kasih.Berdasarkan semakan kami, kami berpandangan bahawa tajuk yang telah diterjemahkan "Efferositosis apoptopik yang dijana lipoprotein ketumpatan rendah teroksida oleh makrofaj primer M1 dan M2: Pebandingan antara pesakit penyakit arteri koronari tidak tersumbat dan tersumbat" adalah betul.Lain-lain18.04.2022
Next To The Port jika di BM kan ayat mana yang betul Berhampiran Pelabuhan ATAU Bersebelahan Pelabuhan Perkataan Leading Industrial Lots jika di BM kan ayat mana yang betul :- Lot Industri Premium ATAU Lot Industri Premier / Primer ?

Kami mencadangkan terjemahan “Bersebelahan dengan Pelabuhan” untuk “Next to the port” dan “Lot industri utama” untuk “Leading Industrial Lots”.

Penyemakan dan penterjemahan22.02.2023
Saudara, Apakah gunanya diwujudkan ruang Khidmat Nasihat DBP ini seandainya soalan-soalan yang dikemukakan tidak pun dijawab? Saya berasa amat kesal.

Khidmat Nasihat DBP merupakan salah satu saluran untuk membantu pelanggan dalam hal kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Jawapan yang kami berikan berdasarkan maklumat dalam sumber rujukan kami. Sebagai pengguna bahasa kita boleh merujuk sumber primer dan sekunder termasuk institusi lain seperti ITNM, pusat bahasa di IPTA, pakar bahasa selain buku tatabahasa.  

Lain-lain18.04.2012
Mengapakah Hikayat Hang Tuah dianggap sebagai genre epik Melayu ?Epik sebagaimana diketahui dapat dibahagikan kepada dua, iaitu Epik Rakyat (Folk Epic) dan Epik Seni (Art Epic).  Epik Rakyat biasanya dihubungkan dengan sifat lisannya.  Ia kadang-kadang dipanggil juga Epik Primer (Primary Epic).  Epik ini biasanya memakan masa beberapa generasi untuk muncul dalam bentuknya seperti sekarang.  Ia mungkin bermulai dari legenda dan saga keperwiraan yang kemudian ditokok tambah menjadi sebuah epik yang lengkap.  Epik Rakyat bukanlah seorang pengarang, ia adalah himpunan daripada khazanah negara, oleh itu ia tiada mempunyai nama pengarang.  Epik Rakyat boleh diturunkan dalam bentuk prosa mahupun bentuk puisi.  Jika melihatkan kepada HHT, ciri-ciri  epik rakyat ada pada HHT. Kita lihat kebanyakan tokoh sarjana Barat tidak menganggap HHT sebagai sebuah karya sastera khasnya epik kecuali Kassim Ahmad. Adakah hal ini disebabkan hikayat ini sebuah karya prosa tidak sebagaimana definisi yang diberikan oleh C. High Holman dan J.A Cuddon, epik merupakan, “sebuah puisi yang panjang”. Sebuah epik mengikut beberapa kamus tidak semestinya dalam bentuk puisi (Webster’s New World Dictionary,Third College Edition, 1984). Ciri-ciri HHT dikenali sebagai sebuah epik ialah seperti yang berikut:

1) Wiranya seorang tokoh yang benar-benar wujud dalam sejarah dan    diangkat menjadi tokoh legenda

2)Latar tempatnya yang luas, merangkumi berbagai-bagai negara, bahkan ke seluruh dunia, iaitu dunia yang diketahui oleh  pengarangnya pada masa itu.  Di dalam hikayat ini Hang Tuah memainkan dua peranan.

3)Wiranya seorang yang gagah dan mempunyai beberapa  keistimewaan termasuk ilmu sakti

4)Ilmu Sakti Pembantu Wira

5)Epik ditulis dalam gaya bahasa yang tersendiri yang penuh dengan  sifat-sifat kesederhanaan bagi mengangkat keperwiraan wiranya. 

Lain-lain21.04.2008
12

Kembali ke atas