Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata primer;


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
voltan primerprimary voltageVoltan yang digunakan pada terminal gegelung primer transformer.Menengah Atas
pertumbuhan primerprimary growthPertumbuhan yang berlaku hasil pembahagian sel pada hujung batang atau akar, dan menghasilkan tisu primer.Menengah Atas
pengguna sekundersecondary consumerOrganisma yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan karnivor yang memakan pengguna primer. Pengguna sekunder seperti tikus dan burung akan memakan pengguna primer seperti belalang yang mendapatkan makanan daripada pengeluar.Menengah Rendah
pengguna primerprimary consumerOrganisma yang terdiri daripada haiwan herbivor yang memakan tumbuh-tumbuhan (pengeluar). Contohnya, lembu, kambing dan kuda.Menengah Rendah
warna primerprimary colourSet warna asas yang tidak dapat dihasilkan daripada penambahan warna-warna cahaya yang lain. Contohnya, merah, biru dan hijau.Menengah Atas
gegelung primerprimary coilLingkaran wayar dari bekalan kuasa pada transformer yang mengalirkan arus input ulang-alik.Menengah Atas
akar primerprimary rootAkar pertama yang tumbuh semasa percambahan biji benih. Lihat RajahMenengah Atas
dinding sel primerprimary cell wallDinding pertama sel yang terdiri daripada selulosa mikrofibril yang dibentuk dengan pelbagai orientasi, dapat dilihat melalui mikroskop elektron, yang terbentuk apabila sel sedang membesar.Menengah Atas
sel voltanvoltaic cellSel primer yang terdiri daripada dua elektrod yang terendam di dalam elektrolit untuk menghasilkan voltan. Lihat RajahMenengah Atas
sel keringdry cellSel primer yang mempunyai katod karbon atau grafit bersalut dengan mangan dioksida (sebagai agen penyahkutuban) dalam adunan ammonium klorida (sebagai elektrolit yang tidak bergerak), yang dikedapkan dengan anod zink, yang lazimnya berbentuk bulat. Sel ini digunakan dalam peralatan yang menggunakan voltan rendah. Lihat RajahMenengah Atas
12

Kembali ke atas