Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : asas atau dasar (yg menjadi pokok se­suatu pemikiran, kajian, tindakan, dll), hukum (sesuatu teori dll): utk membuka kedai sendiri, seseorang itu haruslah mengetahui ~-~ perniagaan; dgn langkah ini maka tertubuhlah ~ bahawa kerajaan bertanggungjawab membela orang yg menderita; pd ~nya pd dasarnya; berprinsip mempunyai prinsip: seorang tokoh politik yg ~; berprinsipkan menggunakan (sesuatu) sbg prinsip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg menjadi dasar atau pegangan: pd ~nya pd dasarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
prinsip (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan asas, dasar, rukun, lunas, sendi, tonggak, lunas, teras, tunjang, pegangan, sandaran, landasan, pokok.,


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
self-assembly  Prinsip asas untuk menghasilkan susunan suatu struktur pada sebarang skala meliputi sistem molekul. Prinsip ini merujuk kepada penyusunan molekul tanpa pengaruh luar. Contohnya, polimer yang rumit mempunyai kemampuan untuk menyusun sendiri struktur gelungan rawak kepada struktur yang lebih stabil. Swapasang berlaku secara spontan dalam alam tabii, terutama dalam sistem biologi. Contohnya, swapasang membran dwilapisan lipid dalam sel.
first principle method  Lihat kaedah ab initio.
optical particle counter (OPC)  Alat yang berfungsi berdasarkan prinsip penyerakan cahaya daripada zarah. Digunakan untuk mengira zarah yang mempunyai diameter melebihi 0.05 ?m, mengukur kepekatan nombor zarah dan jumlah saiz dalam julat tertentu untuk mengesahkan sistem tapisan mekanikal dan mengenal pasti sumber tercemar.
quantum computing  Bidang ilmu yang menumpu kepada pembinaan teknologi komputer yang berasaskan prinsip teori kuantum. Teknologi ini mempunyai kelebihan kuasa pemprosesan yang tinggi melalui keupayaan untuk berada dalam keadaan kuantum berbilang dan melaksanakan pengoperasian menggunakan kebarangkalian pilih atur secara serentak.
scanning tunneling microscope (STM)]  Mikroskop yang mengimej permukaan sampel menggunakan prinsip mekanik kuantum. Satu penduga tajam digerakkan sepanjang permukaan sampel dan voltan elektrik dibekalkan antara penduga dengan permukaan. Bersandar kepada voltan ini, elektron akan menerowong (kesan kuantum mekanik) atau meloncat dari mata penduga ke permukaan menghasilkan suatu arus elektrik lemah. Saiz arus ini berkadaran dengan jarak antara penduga dengan permukaan. Dengan mengatur supaya arus sentiasa tetap, pergerakan turun-naik penduga semasa mengimbas dirakam dan diolah untuk menghasilkan imej topografi permukaan tersebut. Imej yang dapat dirakam adalah sekecil 0.2 nm. Mikroskop ini hanya dapat digunakan ke atas bahan yang mengkonduksi arus elektrik seperti logam, bahan semikonduktor dan polimer pengkonduksian. STM termasuk dalam kategori mikroskop pengimbas penduga (SPM). Banding mikroskop daya atom.
scanning tunneling microscope (STM)  Alat yang digunakan untuk mengimej permukaan sampel menggunakan prinsip mekanik kuantum. Satu kuar tajam digerakkan sepanjang permukaan sampel dan voltan elektrik dibekalkan antara kuar dengan permukaan. Bersandar kepada voltan ini, elektron akan menerowong (kesan kuantum mekanik) atau meloncat dari mata kuar ke permukaan menghasilkan suatu arus elektrik lemah. Saiz arus ini berkadaran dengan jarak antara kuar dengan permukaan. Dengan mengatur supaya arus sentiasa tetap, pergerakan turun-naik kuar semasa mengimbas dirakam dan diolah untuk menghasilkan imej topografi permukaan tersebut. Imej yang dapat dirakam adalah sekecil 0.2 nm. Mikroskop ini hanya dapat digunakan ke atas bahan yang mengkonduksi arus elektrik seperti logam, bahan semikonduktor dan polimer pengkonduksian. STM termasuk dalam kategori mikroskop pengimbasan kuar (SPM).
particle light analysis  Kaedah yang digunakan untuk pengukuran saiz zarah dengan menggunakan pancaran cahaya (laser). Teknik ini berfungsi berdasarkan prinsip pancaran cahaya yang mengenai zarah akan menghasilkan sudut serakan cahaya. Zarah yang mempunyai saiz yang berbeza akan menghasilkan sudut serakan cahaya yang berbeza. Semakin kecik saiz zarah, semakin besar sudut serakan cahaya.
near-field microwave microscopy (NFMM)  Kaedah yang digunakan untuk pencirian bahan secara kuantitatif dengan mengukur tindak balas gelombang pada skala tertentu, yang panjang gelombangnya lebih pendek daripada gelombang elektromagnet tuju. Prinsip pengukuran seperti dalam rajah.
ab initio method  Teori untuk mendapatkan struktur molekul menggunakan hanya persamaan Schroedinger, nilai pemalar asas atom dan nombor atom yang berkaitan. Terdapat beberapa kaedah seperti kaedah Hartree-Fock yang menggunakan fungsi gelombang orbit molekul sebagai asas. Sinonim kaedah prinsip pertama.

Kembali ke atas