Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pri.va.si] | ڤريۏاسي

Definisi : keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan: tentunya di rumah sewa spt itu kami tidak ada ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pri.va.si] | ڤريۏاسي

Definisi : keadaan atau suasana seseorang tidak diganggu atau tidak mengalami sebarang gangguan: Tidak ada ~ di tempat yg sibuk begitu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata privasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan paling sesuai untuk Perkataan Privacy selain dari diterjemahkan sebagai Privasi. Adakah Persendirian ? Peribadi ? atau ? ada perkataan yang lebih sesuai atau hanya SENDIRIAN Contoh Privacy Right = HAK PRIVASI atau HAK PERIBADI atau HAK PERSENDIRIAN atau HAK BERSENDIRI ? atau HAK MENYENDIRI ? sama seperti dalam Private Limited Company diterjemah sebagai Syarikat Sendirian Berhad?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, privasi ialah keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan: tentunya di rumah sewa spt itu kami tidak ada ~. Makna16.04.2010
Saya ingin mengetahui maksud sebenar' person hood' dalam mengaitkannya dengan konsep privasi. Jawapan ini diperlukan bagi melengkapkan penyelidikan saya berkaitan privasi dalam perundangan negara Malaysia.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "person hood" dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah19.04.2013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan. Adakah istilah "Notis Privasi" merupakan terjemahan yang sesuai untuk Privacy Notice? Untuk maklumat tuan/puan, Privacy Notice bermaksud pernyataan yang dibuat untuk subjek data yang menerangkan bagaimana organisasi mengumpul, mengguna, menyimpan dan mendedahkan maklumat peribadi pelanggan. Terima kasih.

Padanan terjemahan untuk istilah Privacy notice ialah “Notis Privasi”.

Penyemakan dan penterjemahan21.01.2021
ini body copy iklan, adakah struktur ayat betul? Keunikan dan keistimewaan rumah kelab privasi penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan alam hijau. Berada di ruang mana sekali pun, keindahan alam boleh dinikmati secara terus dari dalam, pokok rimbun bagaikan tabir yang mengelilingi rumah kelab. Bilik gimnasium yang diserikan dengan dinding kaca dan kemudahan lengkap mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang infiniti untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Keunikan dan keistimewaan rumah kelab penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan kehijauan alam semula jadi. Pepohon rimbun menabiri rumah kelab. Berada di ruang mana sekalipun, keindahan alam boleh dinikmati dari dalam rumah. Bilik gimnasium berdinding kaca lengkap dengan pelbagai kemudahan mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang besar untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah.Tatabahasa30.07.2008
Adakah struktur ayat-ayat dan ejaan berikut betul : 1) Kediaman impian yang dipenuhi ketenangan. 2) Gaya hidup selesa dan eksklusif di samping kawasan menghijau. 3)24 unit kediaman eksklusif dengan privasi tinggi. 4) Kediaman mesra alam. 5)Taman Desa Ros Residensi, dibina dengan visi yang ingin menawarkan kehidupan eksklusif, persendirian dan tanpa sempadan antara penghuni dan alam semula jadi. Terletak di tengah-tengah kawasan seluas 2.8 ekar, 24 unit rumah semi-D dua tingkat, dikelilingi lanskap kehijauan yang menenangkan

Sila buat permohonan untuk pengesahan sah bahasa iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/

Terima kasih.

Tatabahasa27.07.2018
Salam, saya ingin bertanya berkenaan penggunaan "ke" dan "kepada" dalam konteks teknologi. Adakah betul penggunaan "kepada" dalam ayat ini? Saya menganggap kata nama "kumpulan" ini sebagai kata nama kerana kumpulan ini terdiri daripada ahli-ahli (orang). Ayat: Pada Android, anda boleh menentukan individu yang boleh memasukkan anda kepada kumpulan Waze dengan menukar tetapan privasi kumpulan anda. Mohon pihak DBP bantu beri penjelasan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Pada Android, anda boleh menentukan individu yang boleh memasukkan anda dalam kumpulan Waze dengan menukar tetapan privasi kumpulan anda".Lain-lain10.09.2022
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul.Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2008
Boleh bantu saya semak kesesuaian perkataan berikut; 1. may use cookies, pixel tags and other technologies - mungkin menggunakan kuki, teg piksel dan teknologi 2. images (still/recording) - imej (pegun/ rakaman) 3. contact preferences - kenalan keutamaan 4. APPLICABILITY Our Privacy Notice applies ... - KESESUAIAN Notis Privasi kami digunakan ... 5. How we collect? - Bagaimana kami mengumpul? Terima kasih.Sila berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat.Makna24.03.2022

Kembali ke atas