Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.bio.tik] | ڤروبيوتيک

Definisi : (Bio) organisma atau bahan yg meng­galakkan tumbesaran haiwan secara peng­hadaman makanan dlm perut dan kadar meta­bolisme. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata probiotik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
probioticprobiotikMakanan dan PemakananMakananKultur pemula (mikroorganisma) yang baik serta memberikan manfaat kepada saluran pencernaan manusia. Probiotik juga menyeimbangkan koloni mikroflora dalam usus besar dan menyebabkan pencernaan serta penyerapan nutrien yang baik pada sistem penghadaman. Contoh probiotik ialah bakteria asid laktik yang ditambahkan ke dalam minuman berkultur.
probioticprobiotikMakanan dan PemakananPemakananMakanan atau tambahan yang mengandungi mikroorganisma hidup yang mandiri selepas melalui bahagian atas gastrousus dan hidup sementara dalam usus. Mikroorganisma yang biasanya terlibat ialah laktobasili, bifidobakteria, streptokokus, sesetengah yis dan kulat, sama ada bersendirian atau campuran. Probiotik membantu mencegah dan merawat penyakit dengan mengembalikan imbangan mikrobial dalam usus.
probioticprobiotikVeterinarTiadaTiada
probioticprobiotikVeterinarTiadaKultur bakteria atau mikroorganisma yang merangsang pertumbuhan mikrob untuk memberi manfaat di dalam salur makanan. Kultur ini menyediakan keadaan mikrob dalam salur pemakanan yang seimbang dan sesuai untuk pencernaan dan penyerapan. Contoh mikrob ini ialah bakteria asid laktik.
additiveaditifPerikananAkuakulturBahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan ternakan untuk tujuan tertentu, seperti menggalakkan pertumbuhan, meningkatkan pencernaan dan menghindari penyakit. Contohnya, ubat-ubatan, penggalak pertumbuhan, enzim, probiotik dan koksidiostat. Kadar yang diperlukan adalah sangat sedikit, iaitu sekitar 0.1 – 3%.
additiveaditifVeterinarTiadaBahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan ternakan dengan tujuan tertentu seperti menggalakkan pertumbuhan, meningkatkan pencernaan dan menghindari penyakit di samping berfungsi sebagai punca nutrien yang utama. Contohnya, ubat-ubatan, penggalak pertumbuhan, enzim, probiotik dan koksidiostat. Kadar yang diperlukan sangat sedikit, iaitu kurang daripada 1%.
functional foodmakanan fungsianHerbaFitokimiaSebarang makanan segar atau yang telah diproses yang didakwa mempunyai kesan peningkatan kesihatan dan/atau pencegahan penyakit melewati fungsi nutrisi asas sebagai pembekal nutrien. Contoh makanan fungsian ialah makanan diperkaya vitamin dan bahan makanan yang mengandungi kultur hidup yang mempunyai kebaikan probiotik. Makanan fungsian kadangkala dikenali juga sebagai bahan nutraseutikal. Sinonim makanan ubatan.
food-drug interphase productproduk antara fasa makanan-ubatHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang mengandungi gabungan bahan makanan dan bahan aktif untuk penggunaan secara oral. Contoh bahan makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, susu, koko dan bijirin. Contoh bahan aktif ialah vitamin, mineral, herba, enzim, probiotik, prebiotik dan bahan-bahan lain yang tidak digunakan secara tradisional sebagai makanan. Produk antara fasa makanan-ubat boleh didapati dalam bentuk serbuk, cecair dan separuh pepejal seperti gel/jeli, tablet kunyah, titisan, granul dan lain-lain.
feed additiveaditif makananVeterinarTiadaBahan semula jadi atau bahan sintetik yang ditambah ke dalam campuran makanan ternakan untuk meningkatkan pertumbuhan, menghalang sesuatu penyakit, membaiki kekurangan nutrien, menambahkan cita rasa, menggalakkan pengambilan makanan, meningkatkan jangka masa penyimpanan dan memudahkan pemprosesan makanan. Contoh bahan-bahan ini ialah antibiotik, antelmintik, bahan perasa, prebiotik dan probiotik, antioksidan, natrium bentonit dan molas. Walau bagaimanapun, bahan-bahan ini tidak semestinya perlu dimasukkan ke dalam makanan ternakan.
functional foodmakanan fungsianMakanan dan PemakananMakananMakanan semula jadi atau diproses yang mengandungi satu atau lebih bahan aktif yang memberikan kesan kesihatan kepada tubuh badan secara klinikal. Contoh makanan fungsian ialah kacang soya yang mengandungi isoflavon, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna terang yang mengandungi polifenol. Manakala minuman berkultur seperti yogurt yang mempunyai kebaikan prebiotik dan probiotik juga termasuk dalam makanan fungsian. Makanan fungsian kadangkala dikenali juga sebagai bahan nutraseutikal.
12

Kembali ke atas