Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.duk] | ڤرودوک

Definisi : sesuatu (barang, perkhidmatan dsb) yg dikeluarkan oleh kilang, atau ditawarkan oleh institusi dsb: eksport ~ elektronik Malaysia ke negara-negara Asia akan terus ditingkatkan; ~ kewangan Islam boleh diterima ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.duk] | ڤرودوک

Definisi : sesuatu barang, perkhidmatan dsb yg dikeluarkan oleh kilang, atau yg ditawarkan oleh institusi dsb: ~ elektronik negara ini banyak dieksport. ~ kewangan Islam telah diterima ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata produk


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIOTRANSFORMASIPenggunaan enzim atau sel-sel mikrob bagi tujuan menukarkan sesuatu sebatian kepada produk-produk yang bernilai secara penstrukturan yang tertentu.KEJURUTERAANKonsep
PEMVULKANAN PRODUKIndustri penghasilan ubatan moden dan tradisional atau lebih dikenali sebagai industri produk farmaseutik. Produk farmaseutik boleh dihasilkan secara proses biologi atau proses kimia. Produk industri farmaseutik digunakan secara meluas dalam bidang perubatan untuk rawatan terapi dan juga dalam kerja-kerja diagnostik. Penghasilan produk dalam industri farmaseutik biasanya melibatkan empat proses yang utama, iaitu proses penghasilan, penulenan produk, dan kawalan mutu produk serta pembungkusan dan pemasaran.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
ANALISIS KIMIAIndustri penghasilan ubatan moden dan tradisional atau lebih dikenali sebagai industri produk farmaseutik. Produk farmaseutik boleh dihasilkan secara proses biologi atau proses kimia. Produk industri farmaseutik digunakan secara meluas dalam bidang perubatan untuk rawatan terapi dan juga dalam kerja-kerja diagnostik. Penghasilan produk dalam industri farmaseutik biasanya melibatkan empat proses yang utama, iaitu proses penghasilan, penulenan produk, dan kawalan mutu produk serta pembungkusan dan pemasaran.KEJURUTERAANKonsep
PEMPROSESAN HILIRANProses yang melibatkan semua proses pasca penghasilan seperti penuaian, pemencilan, penulenan, pengawetan, dan pembungkusan produk. Terdapat juga industri produk biologi yang tidak melibatkan penghasilan produk, contohnya pemprosesan dan pengawetan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, dan daging. Oleh itu, produk tersebut hanya perlu melalui proses hiliran seperti pengetinan atau pemprosesan kepada produk tambah nilai yang lain.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
STUDEBAKER

Studebaker ialah nama sebuah keluarga

Amerika yang masyhur sebagai pembuat kereta

kuda dan kenderaan-kenderaan lain. Syarikatnya,

iaitu Studebaker Corporation bergabung dengan

Packard Motors, Inc. pada tahun 1954. Pada tahun

1966, firmanya berhenti daripada membuat kereta.

Ia meneruskan kegiatan membuat bahagian kereta

dan produk-produk lain. Pada tahun 1967, ia

bergabung dengan Worthington Corporation

untuk membentuk Studebaker–Worthington, Inc.

UMUM 
PEMINDAHAN JISIMOperasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
YOGURTYogurt ialah produk tenusu yang dihasilkan daripada fermentasi susu oleh bakteria. Ia merupakan kasein (sejenis protein dalam susu) separa pepejal yang terbentuk daripada tindakan bakteria asid laktik tertentu terhadap campuran pepejal susu tanpa lemak, lemak susu, gula dan agen penstabil.PEMAKANANSifat/Keadaan
MALT

Malt ialah produk makanan yang terhasil apabila

barli dan sesetengah bijian yang lain diproses

secara khusus. Ia digunakan dalam proses

membuat bir dan menyuling spirit, dan sebagai

sumber perisa atau bau-bauan dalam pelbagai

barangan, yang dimasak, gula-gula, bijirin, dan

makanan bayi.

UMUM 
PEMPROSESAN GETAHKaedah pengubahan getah mentah menjadi produk yang boleh digunakan. Ini meliputi penambahan agen pemvulkanan dan bahan tambah kepada getah mentah sebelum diproses.KEJURUTERAANKaedah
LEMBAGA GETAH MALAYSIA

agensi utama untuk membantu membangunkan dan memodenkan industri getah Malaysia dalam semua aspek, dari penanaman pokok getah, pengekstrakan dan pemprosesan getah asli, penghasilan produk getah, dan pemasaran getah serta produk getah.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
123

Kembali ke atas