Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.duk] | ڤرودوک

Definisi : sesuatu (barang, perkhidmatan dsb) yg dikeluarkan oleh kilang, atau ditawarkan oleh institusi dsb: eksport ~ elektronik Malaysia ke negara-negara Asia akan terus ditingkatkan; ~ kewangan Islam boleh diterima ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.duk] | ڤرودوک

Definisi : sesuatu barang, perkhidmatan dsb yg dikeluarkan oleh kilang, atau yg ditawarkan oleh institusi dsb: ~ elektronik negara ini banyak dieksport. ~ kewangan Islam telah diterima ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata produk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
combination packpek gabunganHerbaPeraturan dan PemasaranDua atau lebih produk herba yang dibungkus bersama-sama untuk dipasarkan. Produk-produk ini terdiri daripada produk berdaftar dan perlu didaftarkan semula sebagai produk tunggal yang dikelaskan sebagai pek gabungan. Sekiranya suatu produk pek gabungan terdiri daripada produk berdaftar yang dimiliki oleh pemilik yang berbeza, surat kebenaran daripada pemilik setiap produk tersebut perlu diserahkan untuk pendaftaran berserta dengan butiran produk, iaitu nama produk dan nombor pendaftaran produk.
primary batchkelompok primerHerbaPeraturan dan PemasaranKelompok produk herba yang dihasilkan untuk tujuan ujian kestabilan dan pendaftaran produk. Produk ini diperoleh sama ada daripada kelompok skala rintis atau kelompok keluaran.
expiry datetarikh luputHerbaPeraturan dan PemasaranTarikh akhir sesuatu kelompok produk memenuhi spesifikasi piawaian/piawai kualiti yang diperlukan. Tarikh ini hendaklah dicatatkan pada label pembungkusan produk. Produk yang telah melepasi tarikh luput tidak terjamin akan kekal seperti dalam spesifikasi yang ditetapkan dan mungkin tidak selamat untuk digunakan.
machine aestheticestetika mesinKesenianSeni BinaPendekatan seni bina pada awal kurun ke-20 yang menggunakan alat atau mesin untuk menghasilkan produk-produk seni bina, tidak menggunakan hiasan secara berlebihan, tetapi lebih mementingkan fungsi sesuatu bangunan. Hal ini disebabkan oleh kemunculan revolusi industri dan perkembangan teknologi yang berlaku pada masa tersebut. Mesin telah dianggap sebagai satu bentuk estetika yang sangat berharga kerana mampu menonjolkan unsur kecantikan melalui penampilan dan fungsi dengan penggunaan bahan-bahan baharu seperti logam, plastik dan cermin kaca. Reka bentuk sesebuah bangunan juga dibuat berasaskan gaya bentuk geometri yang lebih ringkas dan mudah. Ciri penting yang lain termasuklah menggabungkan keanggunan dan kesederhanaan bentuk, memaparkan struktur dinding yang bergaya dan kemas, mengehadkan penggunaan dinding bagi membolehkan penyusunan semula struktur dan penggunaan tingkap bersaiz yang besar.
import risk analysis (IRA)analisis risiko import (IRA)PerikananAkuakulturProses mengenal pasti isu-isu yang berpotensi memberi impak negatif terhadap pengimportan haiwan akuatik dan produk-produk berkaitan. Antara langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini adalah melaksanakan soal selidik penilaian risiko, mengenal pasti risiko, menganalisis risiko, membangunkan dan melaksanakan pelan pengurusan risiko serta membuat pemantauan. Hasil IRA dapat membantu organisasi yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak pengimportan haiwan atau produk haiwan, di samping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko pengimportan tersebut.
preferential trade arrangementaturan perdagangan keutamaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPeraturan perdagangan yang memberikan akses pasaran produk tertentu kepada negara-negara anggota. Peraturan ini dilakukan dengan cara mengurangkan halangan perdagangan terutamanya pengurangan tarif terhadap produk-produk tertentu secara berperingkat-peringkat. Peraturan ini merupakan proses awal integrasi ekonomi bagi membantu negara-negara anggota.
administrative data and product informationdata pentadbiran dan maklumat produkHerbaPeraturan dan PemasaranMaklumat atau butiran produk yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran produk herba seperti maklumat produk, maklumat formula produk, maklumat pembungkusan, dan maklumat lain yang berkaitan.
finished herbal productsproduk akhir herbaHerbaTiadaProduk mengandungi sediaan herba yang dibuat daripada satu atau lebih herba. Produk yang mengandungi lebih daripada satu herba dikenali sebagai produk herba campuran. Produk ini boleh mengandungi eksipien sebagai bahan tambahan kepada bahan aktif. Di negara tertentu ubatan herba secara tradisinya boleh mengandungi bahan aktif organik atau tak organik semula jadi yang bukan berasal daripada tumbuhan, contohnya bahan haiwan dan mineral. Namun, umumnya produk yang mengandungi bahan aktif kimia terciri termasuk sebatian sintetik dan/atau sebatian yang terpencil daripada bahan herba tidak dianggap sebagai produk akhir herba.
biodiversitykepelbagaian biologiKesenianSeni BinaKepelbagaian alam yang membawa kepada interaksi antara alam semula jadi dengan persekitaran yang menjurus kepada keseimbangan ekosistem. Sumber-sumber alam membekalkan manusia dengan keperluan makanan, perubatan, produk-produk industri dan juga berperanan penting untuk mengimbangi alam sekitar. Kekayaan biologi merupakan aspek penting yang perlu diambil kira dalam reka bentuk persekitaran.
biobased productsproduk berasaskan biologiPertanianAgroteknologiProduk seperti bahan bakar, bahan kimia, tenaga elektrik atau haba yang dihasilkan daripada biojisim. Produk ini termasuklah sebarang produk komersial atau industri (bukan makanan) yang menggunakan hasil pertanian atau perhutanan yang boleh diperbaharui. Contoh sumber pertanian ini termasuk kacang soya, jagung, kenaf dan bahan lain yang menghasilkan produk seperti getah (getah asli), etanol (jagung), minyak (kacang soya), kertas (kenaf) dan bioplastik (kanji). Produk berasaskan sumber haiwan pula adalah seperti metana yang terhasil daripada tinja haiwan.
12345678910...

Kembali ke atas