Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.fé.sio.nal] | ڤروفيسيونل

Definisi : (profésional) 1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang­-undang, perubatan, dll): golongan ~; ahli ~; 2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksana­kannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~; 3. melibatkan pem­bayaran dilakukan sbg mata pencarian, men­dapat bayaran: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~; 4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk ~ pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.fé.sio.nal] | ڤروفيسيونل

Definisi : /profésional/ 1 bkn profesion: golongan ~ golongan yg menjawat profesion tertentu (doktor, peguam dsb). 2 orang yg melakukan sesuatu pekerjaan (sbg ahli sukan, pelakon dsb) dgn sepenuh masa atau sbg mata pencarian: Misbun Sidek ialah pemain badminton ~. memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: Persatuan itu berusaha utk ~ pengurusan pasukan bola sepak. keprofesionalan kemampuan khusus sbg profesional; keupayaan orang yg profesional: Pihaknya menggiatkan usaha utk meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata profesional


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Meningkatkan profesional pendidik bahasaRusdi Abdul RahmanPelita Bahasa1 June 2007
Kritikan profesional yang membina [Ulasan buku Puisi, Penyair, dan Kreativiti Dalam Kritikan dan Apresiasi karya Lim swee Tin dan Arbak Othman]]Saira SalimDewan Sastera1 January 2009
Penterjemah profesionalPuteri Roslina Abdul WahidDewan Bahasa1 November 2006
Pendidikan profesional dalam pelanconganIbrahim SaadDewan Masyarakat1 March 1995
Golongan profesional kurang berkaryaZaini UjangDewan Masyarakat1 August 1988
Golongan profesional dengan masalah bahasaA. SDewan Bahasa1 February 1985
Watak profesional dan unsur pengajaran dalam Drama Tikar Mengkuang Hamparan BuluAwang AbdullahTunas Cipta (Mekar Sastera)1 August 2004
Ribuan profesional muda memperoleh ilmu daripada bahasa MelayuTiadaDewan Bahasa1 March 1986
Penyelam profesionalAmiruddin Mohd. AkhirDewan Siswa1 August 1995
Golongan profesional dalam dunia kesusasteraanTalib SamatDewan Sastera1 August 1989
12345

Kembali ke atas