Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.fé.sio.nal] | ڤروفيسيونل

Definisi : (profésional) 1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang­-undang, perubatan, dll): golongan ~; ahli ~; 2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksana­kannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~; 3. melibatkan pem­bayaran dilakukan sbg mata pencarian, men­dapat bayaran: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~; 4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk ~ pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.fé.sio.nal] | ڤروفيسيونل

Definisi : /profésional/ 1 bkn profesion: golongan ~ golongan yg menjawat profesion tertentu (doktor, peguam dsb). 2 orang yg melakukan sesuatu pekerjaan (sbg ahli sukan, pelakon dsb) dgn sepenuh masa atau sbg mata pencarian: Misbun Sidek ialah pemain badminton ~. memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: Persatuan itu berusaha utk ~ pengurusan pasukan bola sepak. keprofesionalan kemampuan khusus sbg profesional; keupayaan orang yg profesional: Pihaknya menggiatkan usaha utk meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata profesional


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
professional artistpelukis profesional; artis profesionalPendidikanTiadaTiada
professional artistpelukis profesional; artis profesionalKesenianTiadaPelukis sepenuh masa yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam menghasilkan karya seni lukis dan dianggap seorang yang pakar.
professional golferpemain golf profesional/pegolf profesionalSukanTiadaTiada
professional indemnity insuranceinsurans indemniti profesionalPentadbiran PerniagaanTiadaGanti rugi kepada individu atau firma profesional terhadap liabiliti undang-undang untuk pampasan kepada pihak ketiga yang mengalami kecederaan, kerugian atau kerosakan akibat kecuaian profesional.
professional playerpemain profesionalSukanTiadaPemain yang menjadi ahli persatuan skuasy profesional.
Association for Computing Machinery [ACM]Persatuan Profesional Komputer (ACM)Teknologi MaklumatTiadaOrganisasi pendidikan dan saintifik antarabangsa yang bertujuan khusus untuk memajukan penggunaan teknologi maklumat dari aspek seni, sains dan kejuruteraan. ACM memberi perkhidmatan terhadap kepentingan ahli profesional dan orang awam dengan menggalakkan pertukaran maklumat dan mempromosikan piawaian etika dan profesional.
aeronautical engineerjurutera aeronautikAeroangkasaTiadaAhli profesional yang bertugas dalam bidang reka bentuk, pembuatan, dan kajian terhadap pesawat udara.,Ahli profesional yang bertugas dalam bidang reka bentuk, pembuatan, dan kajian terhadap pesawat udara.
Professional Squash Association (P.S.A.)Persatuan Pemain Skuasy Profesional (P.P.S.P.)SukanTiadaPersatuan skuasy yang terdiri daripada pemain profesional.
aerospace engineerjurutera ruang aeroangkasaAeroangkasaTiadaAhli profesional yang bertugas dalam bidang reka bentuk, pembuatan, dan kajian terhadap pesawat udara.,Ahli profesional yang bertugas dalam bidang reka bentuk, pembuatan, dan kajian terhadap pesawat udara.
curriculum material centerpusat bahan kurikulumPerpustakaanTiadaPusat tempat menyimpan buku-buku profesional, bahan-bahan retrospektif dan semasa dan bahan-bahan pengajaran profesional yang lain dalam bentuk buku-buku teks tambahan, mikrofilem, terbitan bersiri, risalah, model dan lain-lain yang dipinjamkan terutama kepada guru-guru.
12345678910...

Kembali ke atas