Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (profésionalisme) sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dll) sebagaimana yg sewajarnya ter­dapat pd atau dilakukan oleh seorang profesional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata profesionalisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
computer ethicsetika komputerTeknologi MaklumatTiadaGaris panduan tentang tingkah laku pakar komputer serta pengguna dari segi undang-undang, profesionalisme, sosial, dan moral.
self-managementpengurusan kendiriPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah, kemahiran dan strategi yang ada pada individu dalam pelaksanaan aktiviti tertentu untuk mencapai matlamat atau tujuan yang ditetapkan. Pengurusan kendiri merupakan salah satu daripada faktor utama yang mempengaruhi peningkatan jati diri, sahsiah, integriti, profesionalisme dan kecekapan. Antara kaedah atau cara pengurusan yang diamalkan termasuklah penetapan matlamat, perancangan, penjadualan, penilaian diri, campur tangan, kemajuan diri, dan sebagainya. Pengurusan kendiri yang sempurna dipercayai dapat membantu seseorang individu memantapkan lagi daya fikir dan kemahiran yang sedia ada. Biasanya, dalam sesebuah organisasi, kaedah ini dijadikan sebagai salah satu daripada penekanan dalam program latihan dan pembangunan kakitangan.

corporatizationpengkorporatanPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau proses pewujudan perbadanan atau syarikat yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi dan ciri-ciri perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan. Pengkorporatan mempunyai matlamat yang berpaksikan kepada kecekapan, keberkesanan, kecemerlangan dan produktiviti yang tinggi. Selain itu, pengkorporatan juga memberikan penekanan kepada budaya yang berorientasikan pelanggan, pengurusan yang cekap, berdedikasi, berdisiplin, rajin, profesionalisme, inovatif, berdaya saing, agresif, semangat keusahawanan serta sikap dan nilai-nilai positif untuk maju ke hadapan. Sebagai contoh, pengkorporatan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan usaha pihak pemerintah untuk mewujudkan universiti yang maju, mapan dan bertaraf antarabangsa bagi melahirkan graduan yang berdaya saing.

general orderperintah amPentadbiranPentadbiran Awam

Peraturan atau tatacara kerja yang perlu dipatuhi oleh organisasi awam berdasarkan perundangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Perintah Am terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam yang menjelaskan tentang perlembagaan pentadbiran awam di Malaysia. Tujuannya adalah untuk menguatkuasakan satu dasar atau prosedur bagi kepentingan penjawat-penjawat awam dan juga untuk memastikan semua agensi di bawah tanggungjawab kerajaan dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh disiplin dan mengikuti batas-batas profesionalisme. Antara intipati utama Perintah Am ialah prosedur dan etika kerja, hak pekerja, arahan kerja, keperluan-keperluan terhadap kerja, disiplin dan tatatertib.


Kembali ke atas