Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.jék] | ڤروجيک

Definisi : (projék) 1. rancangan kerja atau akti­viti pembangunan yg hendak dijalankan atau sedang dijalankan: ~ perumahan; ~ pengairan; 2. kajian terperinci tentang sesua­tu bidang atau subjek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.jék] | ڤروجيک

Definisi : /projék/ rancangan atau usaha utk membangunkan (mengerjakan) sesuatu: ~ pembinaan jalan raya timur-barat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata projek


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENDAT UDARA

Sendat udara ialah alat yang membolehkan

manusia atau bahan, masuk ke dalam atau keluar

dari sesuatu struktur yang dikenali sebagai kaison

pneumatik. Kaison mengandungi udara mampat.

Sendat udara digunakan untuk menggali

terowong dalam air atau projek-projek lain yang

memerlukan kaison.

UMUM 
PROJEK MANHATTAN

Projek Manhattan diwujudkan oleh kerajaan

Amerika Syarikat pada tahun 1942 untuk

menghasilkan bom atom yang pertama.

Agensi rasmi yang menghasilkan bom tersebut ialah

Corps of Engineers’ Manhanttan Engineer District

yang diperintah oleh Mejar (kemudiannya Leftenan)

Jeneral Leslie R. Groves. Ahli fizik J. Robert

Oppenheimer memberikan arahan tentang reka

bentuk dan pembinaan bom tersebut.

Aktiviti perindustrian dan penyelidikan berlaku di

tapak-tapak seperti Los Alamos, New Mexico, Oak

Ridge, Tennessee dan Hanford, Washington.

UMUM 
PROJEK PENGOREKAN LAUT DALAM

Projek Pengorekan Laut Dalam lihat Lautan

Atlantik.

UMUM 
PROJEK MINYAK SYAL RUNDLE

Projek Minyak Syal Rundle merupakan satu

rancangan untuk melombong bagi mendapatkan

minyak syal yang terletak di pantai timur Queensland,

Australia, kira-kira 30 kilometer ke barat laut

Gladstone. Mendapan itu mengandungi kira-kira

5000 juta tan metrik minyak syal. Di sebuah kawasan

kira-kira 15 kilometer persegi, lima telaga minyak syal

telah ditemui pada kedalaman antara 15 hingga 350

meter di bawah permukaan.

UMUM 
PROJEK 238PROJEK 238, novel karya B.H. Amir. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1989. Novel ini tergolong sebagai sebuah novel perisikan yang bersifat futuristik.SASTERAKarya
RANCANGAN PERGUNUNGAN SNOWY

Rancangan Pergunungan Snowy ialah

projek hidroelektrik dan pengairan yang sangat

besar di tenggara Australia. Projek kejuruteraan ini

sungguh besar sehinggakan Persatuan Jurutera

Awam Amerika menggelarnya sebagai satu

daripada Tujuh Keajaiban Dunia Kejuruteraan.

UMUM 
UDAUDA, agensi berkanun.  UDA ialah singkatan Urban Development Authority (Perbadanan Pembangunan Bandar).  Ia berperanan sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar.  UDA ditubuhkan pada 1 September 1971 di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971.  Akta ini mengandungi fungsi-fungsi utama UDA iaitu bagi memajukan dan melaksanakan projek-projek di kawasan pembangunan bandar bagi pembangunan, pembangunan semula dan penempatan semula. Ia juga bertujuan supaya peluang dalam bidang perdagangan, perusahaan, perumahan dan lain-lain dapat diagihkan  dengan sama rata dan adil antara berbagai-bagai kaum.  Melalui program tindakan pembangunan yang dijalankan oleh UDA, diharapkan akan dapat membentuk dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan bandar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RAKAN MUDAProjek khas untuk golongan mudaSUKANKegiatan
SKIM MISSISSIPPI

Skim Mississippi ialah satu projek kewangan

yang melulu yang dirumuskan di Perancis pada

tahun 1717. John Law, ahli ekonomi Scottish,

memulakan rancangan tersebut dan kemudian

menubuhkan organisasi The Mississippi Company.

Pemangku Raja Perancis, Philippe, Duke of New

Orleans memberikan syarikat ini monopoli (hak

eksklusif) untuk meneruskan operasi perniagaan

yang meluas di Lousiana milik Perancis di Amerika

Syarikat, dan di Kanada.

UMUM 
TERUSAN KAPAL WELLAND

Terusan Kapal Welland ialah salah sebuah

projek kejuruteraan Kanada yang terbesar. Ia

membentuk bahagian penting bagi Jalan Laut St.

Lawrence . Terusan ini menyediakan jalan laut yang

boleh dilayari oleh kapal sejauh 44 kilometer

antara Tasik Ontario dan Tasik Erie. Satu-satunya

hubungan semula jadi antara kedua-dua tasik ini

hanyalah melalui Air Terjun Niagara. Tetapi jeram

dan curam yang deras menyebabkan sebahagian

besar air terjun ini tidak dapat digunakan sebagai

laluan air komersial.

UMUM 
1234

Kembali ke atas