Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.li.fik] | ڤروليفيک

Definisi : banyak menghasilkan karya, banyak hasil tulisannya (ciptaannya): seorang penulis yg ~ dan sehingga kini telah menghasilkan lebih drpd 14 buah buku; dramatis yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prolifik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAHL, ROALD

Dahl, Roald (1916–1990), penulis prolifik yang

menulis cerita kanak-kanak, fiksyen dewasa dan

skrip filem. Ceritanya berunsur seram atau fantasi,

humor yang menggerunkan dan akhir cerita yang

mengejutkan.

UMUM 
MUHAMMAD BAKIR

MUHAMMAD BAKIR (  ?  -   ?  ), penyalin manuskrip Jawa. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Nama sebenarnya ialah Muhammad Bakir bin Syafian bin Usman bin Fadhil atau al-Fadli. Muhammad Bakir adalah seorang penyalin manuskrip Melayu yang sangat prolifik pada abad ke-19. Dia mungkin berketurunan Melayu, Jawa atau Cina peranakan. Dia mungkin memulakan aktiviti menyalin pada tahun 1884 kerana tahun inilah yang terawal ditemui tercatat pada manuskrip salinannya.

SASTERATokoh
WARTA KINTA

WARTA KINTA, akhbar yang terbit di Ipoh, Perak.  Akhbar setebal 24 halaman ini mula diterbitkan oleh Persama Press, Pulau Pinang pada 24 Disember 1937.  Akhbar ini diterbitkan secara mingguan pada setiap Jumaat, hingga 10 Mei 1938.  Setelah 17 keluaran, penerbitannya terhenti.  Mulai terbitan 25 September 1939 hingga bulan Disember 1941, akhbar ini diterbitkan semula sebagai akhbar harian.  Pengarang dan penerbitnya ialah Raja Mansor bin Raja Abdul Kadir, seorang novelis prolifik sebelum Perang Dunia Kedua, dengan bantuan Haji Yang Hamzah.  Selepas keluaran 8 Mei 1940, pengurusan Warta Kinta diambil alih oleh Abd. Rahman bin Abd. Rahim dengan bantuan Ahmad Noor bin Abdul Shukoor.

SASTERAKarya

Kembali ke atas