Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.mo] | ڤرومو

Definisi : bp sesuatu, spt tayangan filem video ringkas, yg ditayangkan utk mempromosikan sesuatu produk, peristiwa dsb: stesen televisyen akan menampilkan ~ mengenainya dlm usaha menarik perhatian penonton. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.mo] | ڤرومو

Definisi : bp sesuatu, spt tayangan filem ringkas, iklan, atau penerangan ttg sesuatu keluaran utk tujuan promosi: Syarikat itu akan menayangkan ~ ttg produk keluarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata promo


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
on-air promo/on-air presentationwara-wara siaranKomunikasiTiadaHebahan mengenai sesuatu rancangan yang dibuat dalam pelbagai bentuk penerbitan supaya dapat menarik perhatian khalayak.
cents-off promogalakan potongan hargaKomunikasiKorporatStragegi sokongan untuk meningkatkan pasaran barangan atau perkhidmatan. Strategi ini dilakukan dengan memberikan potongan harga terhadap barangan atau perkhidmatan untuk satu tempoh tertentu. Potongan harga terdapat dalam pelbagai bentuk seperti pakej potongan harga asas, jualan satu sen, tawaran percuma, atau pembayaran balik bukti pembelian asal. Contohnya, sebuah syarikat penerbangan yang membuat promosi penempahan tiket penerbangan ke sesuatu destinasi secara percuma. Walau bagaimanapun, sewaktu tiket ditempah pengguna perlu membuat bayaran untuk tiket penerbangan pulang pada harga sebenar. Ciri promosi ini adalah pelbagai dan menguntungkan pelanggan. Walau bagaimanapun, tempat promosi ini adalah sangat terbatas dari segi masa, hari, atau jenis barangan.
station loglog stesenKomunikasiKorporatDaftar senarai bahan siaran yang ke udara untuk keperluan siaran dalam sehari. Daftar ini boleh berbentuk cetakan dan salinan cetakan atau berkomputer. Senarai log ini mengandungi nama rancangan yang akan ke udara, iklan, pengumuman khidmat awam, promo, penyiaran azan, dan pengumuman lain seperti yang tercatat dalam jadual rancangan untuk hari berkenaan. Bahan ini disusun secara kronologi mengikut waktu siaran yang telah ditetapkan lebih awal. Fungsi log ini adalah untuk menjadi rujukan kepada petugas siaran pada hari berkenaan. Daftar ini juga berfungsi untuk memantau atau mengenal pasti sama ada sesuatu rancangan yang disusun akan disiarkan pada hari berkenaan atau tidak. Pihak yang menggunakan log ini biasanya ialah petugas di bilik kawalan utama, penerbit konti, serta petugas tenaga teknikal lain pada hari berkenaan. Log ini juga penting kepada sesebuah stesen penyiaran radio atau televisyen yang mempunyai kerjasama penyiaran rancangan dengan saluran lain, sama ada saluran tempatan atau luar negara. Sesebuah stesen penyiaran akan menyiarkan rancangan kerjasama secara bergilir-gilir dengan menggunakan saluran stesen masing-masing. Oleh itu, setiap petugas di stesen berkenaan perlu jelas dengan pertukaran masa siaran di saluran masing-masing dengan merujuk kepada daftar log siaran tersebut.

Kembali ke atas