Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.mo.si] | ڤروموسي

Definisi : 1. kenaikan pangkat, naik pangkat dll; 2. Id (upacara) penerimaan gelaran doktor; 3. segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dsb); mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (hendak) dipasarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.mo.si] | ڤروموسي

Definisi : segala usaha dan kegiatan utk menggalakkan atau meningkatkan jualan barang (eksport, pelancongan dsb) atau utk memperkenalkan album lagu, filem dsb supaya laris jualannya: ~ barang-barang tempatan akan diadakan secara besar-besaran. mempromosikan melakukan promosi utk sesuatu yg (akan) dipasarkan: Beliau akan menjelajahi seluruh tanah air utk ~ album barunya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
promosi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan penggalakan, pengiklanan, penonjolan, pemaparan, pencanangan, penghebahan;,
Kata Terbitan : mempromosi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI INKJET BANNER SIZE 19' (W) X 3'(H) 1PC LUBANG + TALISila layari http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk semakan ejaan dan pengesahan bahasa.Lain-lain06.06.2016
Pertanyaan tentang penggunaan ayat bagi tujuan promosi : PROMOSI PEMBUKAAN POTONGAN 50% MESIN 'DRY CLEAN' KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH NAN SUCI.

Untuk tujuan pengiklanan kami cadangkan:

PROMOSI PEMBUKAAN, POTONGAN 50% CUCIAN KERING DENGAN MESIN KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH DAN SUCI

Tatabahasa28.06.2011
Tepatkah jika "Market Promotion Division" diterjemahkan sebagai "Bahagian Promosi Pemasaran"? atau "Bahagian Promosi Pasaran"?Kami mencadangkan "Market Promotion Division" diterjemahkan sebagai "Bahagian Promosi Pasaran". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah25.11.2021
PROMOSI ! Diskaun Hingga 30%Untuk pengesahan iklan, sila klik portal www.dbpsahbahasa.my melalui carian Google (Chrome).Lain-lain23.05.2017
PROMOSI KTVUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain06.10.2015
PROMOSI, Diskaun Sehingga 30%Penggunaan bahasa dalam iklan tuan betul. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain14.04.2015
Tajuk promosi kami ialah 'Riasan Kuku Bergaya'. Adakah betul penggunaan bahasa di atas?Promosi Riasan Kuku Bergaya adalah salah. Cadangan kami ialah Promosi Rias Kuku.Tatabahasa13.03.2013
....telah mengadakan Program Promosi Sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Maahad Rahmaniah Kuala Krai, Kelantan. Adakah ayat di atas betul?... telah mengadakan Program Promosi Sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Maahad Rahmaniah Kuala Krai, Kelantan - ayat ini betul asalkan frasa sebelumnya ada menerangkan promosi yang dijalankan sempena sambutan tersebut.Tatabahasa11.01.2011
ADAKAH PROMOSI PAPAN IKLAN INI MENYALAHI PERATURAN PBT?Visual yang dikirim telah disemak. Semua perkataan dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan kepada bahasa Melayu atau buat dwibahasa, iaitu:

1. POSTPAID = Pelan Pascabayar
2. @ = DENGAN 
3. Careline = Talian Khidmat Pelanggan atau Talian Penting
4. Visual perlu jelas dan terang

Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, tuan/puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan/Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
Lain-lain12.04.2017
penggunaan ayat promosi seperti dalam lampiranUntuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain03.02.2015
12345678910...

Kembali ke atas