Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.sa] | ڤروسا

Definisi : karangan yg bertulis dgn bahasa yg biasa (tidak berbentuk sajak dll), lwn puisi; memprosakan menukarkan puisi (sajak dsb) kpd prosa: mereka juga diberi bimbingan tentang teknik ~ puisi, sajak dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.sa] | ڤروسا

Definisi : karangan yg ditulis dlm bahasa yg biasa (tidak dlm bentuk pantun, sajak dll); karangan bebas: ~ lama; ~ baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prosa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROSA

Prosa ialah bahasa pertuturan dan bahasa tulisan

harian. Prosa juga ialah salah satu daripada dua

bentuk utama penyataan kesusasteraan. Yang satu

lagi ialah puisi. Surat khabar dan majalah ditulis

dalam bentuk prosa. Begitu juga dengan biografi,

esei, sejarah, novel dan sebahagian besar drama.

Kebanyakan prosa tidak mempunyai pola irama

yang tetap, tidak seperti kebanyakan puisi. Prosa

juga tidak mempunyai ritma, yang merupakan ciri

kebanyakan puisi. Walau bagaimanapun, penulis

prosa sering menggunakan unsur-unsur puisi

seperti aliterasi dan perulangan, sesetengah

penulis pula menggubah prosa yang sangat

berirama. Dalam kebanyakan hal, pembaca tidak

dapat membezakan dengan jelas antara prosa

dengan puisi.

UMUM 
PROSA BERIRAMAPROSA BERIRAMA, genre puisi Melayu tradisional. Isi prosa berirama berupa cerita atau naratif panjang, sama seperti cerita lipur lara dalam tradisi lisan dan karya-karya yang tergolong sebagai sastera rakyat atau sastera hikayat dalam tradisi tulisan. Ciri utama prosa berirama ialah keseluruhan cerita tersebut (dari awal hingga akhir) adalah dalam bentuk puisi yang digolongkan sebagai prosa lirik atau prosa berirama.SASTERAKarya
BAHASA MELAYU KLASIK DALAM KARYA PROSA DAN PUISIBAHASA MELAYU KLASIK DALAM KARYA PROSA DAN PUISI, menampilkan bentuk dan struktur bahasa Melayu klasik dalam karya prosa dan puisi.BAHASAKonsep
AL-RASA’IL

Al-Rasa’il ialah satu bentuk ilmu sastera (ilmu

prosa) pada zaman dahulu. Ia tergolong dalam

ilmu sastera nathri (prosa Arab). Ia mula

mendapat tempat dan berkembang pada abad

ke-3 dan ke-4 Hijrah.

UMUM 
SAADI

Saadi (1213?–1292) ialah pengarang Parsi yang

masyhur menulis karya dalam bentuk prosa dan

puisi. Cerita prosanya yang paling terkenal ialah

Golestan ( Rose Garden ), satu ko leksi cerita prosa

dengan memasukkan banyak rangkap tentang

moral. Penulisan Saadi dicirikan dengan gaya yang

jelas dan sederhana, dan dengan sentimen tolak

ansur dan perikemanusiaan. Kejelasan dan kualiti

moral yang tinggi dalam penulisannya

berkemungkinan telah menjadikannya paling

popular di kalangan pengarang Parsi.

UMUM 
SIMA XIANGRUPujangga Fu, iaitu prosa yang terkenal pada zaman Han Barat.SASTERATokoh
SASTERA MELAYU TRADISONALSastera yang terdiri daripada puisi dan prosa tradisional.SASTERAKonsep
NOVEL

Novel ialah cerita fiksyen panjang yang ditulis dalam

bentuk prosa. Ini merupakan salah satu bentuk

kesusasteraan yang paling popular.

UMUM 
ANGLO-SAXON CHRONICLE

Anglo-Saxon Chronicle ialah karya agung

pertama prosa Inggeris dan sumber sejarah

Inggeris yang paling penting dari kira-kira tahun

800 hingga 1066.

UMUM 
KESUSASTERAAN INGGERIS

Kesusasteraan Inggeris mengandungi

puisi, prosa, dan drama yang ditulis dalam bahasa

Inggeris oleh pengarang di England, Scotland, dan

Wales. Semenjak tahun 1707, tiga buah negara itu

telah bergabung melalui politik di bawah nama

Great Britain. Setiap negara tersebut, khususnya

England, telah melahirkan pengarang yang

ulung. William Shakespeare dan Charles Dickens

merupakan dua daripada nama-nama yang besar

dalam kesusasteraan Inggeris.

UMUM 
1234

Kembali ke atas