Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.sa] | ڤروسا

Definisi : karangan yg bertulis dgn bahasa yg biasa (tidak berbentuk sajak dll), lwn puisi; memprosakan menukarkan puisi (sajak dsb) kpd prosa: mereka juga diberi bimbingan tentang teknik ~ puisi, sajak dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.sa] | ڤروسا

Definisi : karangan yg ditulis dlm bahasa yg biasa (tidak dlm bentuk pantun, sajak dll); karangan bebas: ~ lama; ~ baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prosa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prose poemsajak prosaKesusasteraanTiadaSajak berbentuk prosa, ditulis tanpa tertakluk kepada ciri-ciri puisi yang biasa, iaitu pola, irama, dan susunan baris. Sajak prosa mempunyai bentuk yang lebih longgar dan kurang teratur berbanding dengan sajak biasa. Oleh sebab itu, sajak prosa dapat memuatkan lebih banyak maklumat tentang hal-hal yang ditempuhi dalam kehidupan seharian. Sajak prosa mengandungi unsur hiburan dan pengajaran, di samping mempunyai nada yang lucu atau mencemuhkan. Dalam sastera Melayu, sajak �Proem� oleh Syed Muhammad Naquid al-Attas dalam bukunya A Commentary on the Hujjatu�l-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri. Contoh sajak prosa ditemui dalam �The Love Song of J.Alfred Prufrock� oleh T.S. Eliot dan sajak �Lirik untuk Improvisasi Jaz� oleh Sapardi Djoko Damono. Sajak prosa dalam kesusasteraan Arab ditemui dalam Maqamat Badi� al-Zaman al-Hamdhani oleh Badi�al-Zaman al-Hamadhani.
proseprosaKesusasteraanTiadaKarangan yang ditulis dalam bahasa yang biasa dan bersifat pernyataan yang jelas seperti pertuturan seharian. Prosa tidak mempunyai sebarang corak atau bentuk yang tetap dan terkawal seperti yang terdapat dalam sajak, pantun, dan gurindam. Prosa digunakan dalam penulisan esei, cerpen, novel, dan hikayat. Perbezaan antara puisi dengan prosa adalah kurang jelas. Perbezaan yang paling ketara mungkin dapat dilihat dalam bentuknya pada sesuatu muka surat. Puisi dibentangkan dalam bentuk baris-baris yang berbeza panjangnya, diatur dalam bentuk stanza yang distrukturkan, tetapi prosa dibentangkan dalam bentuk yang mengalir dengan bebas, sesekali diganggu oleh pembahagian perenggan. Perkataan prosa atau proversa oratio berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �wacana terus terang�.
hikayathikayatKesusasteraanTiadaSuatu bentuk genre sastera Melayu tradisional berbentuk prosa atau separa prosa yang biasanya mengandungi cerita yang panjang. Sebagai suatu bentuk genre, hikayat bersifat bebas isi dan struktur, iaitu boleh digunakan untuk membawa pelbagai tema dan jenis karya. Contohnya fabel, roman, epik, sejarah, adab dan hagiografi. Oleh itu, hikayat mempunyai pelbagai fungsi, antaranya sebagai hiburan, pengajaran, adab, dan dakwah. Hikayat dicirikan oleh unsur-unsur kecerekaan dan khayalan. Walau bagaimanapun, ada hikayat yang agak faktual seperti cerita yang berkait dengan tokoh sejarah dan peristiwa sejarah. Contohnya Hikayat Sultan Ibrahim Ibnu Adham dan Hikayat Raja Pasai. Kebanyakan karya hikayat berfokus pada perihalan istana atau golongan bangsawan. Berdasarkan etimologi istilah hikayat, dapat diandaikan bahawa karya hikayat hanya muncul dalam dunia Melayu pada zaman selepas kedatangan Islam. Contohnya Hikayat Amir Hamzah, sebuah epik warisan Islam dianggap sebagai salah satu hikayat Melayu yang terawal. Oleh sebab hikayat muncul selepas kedatangan Islam, maka karya hikayat biasanya bertulisan jawi. Karya lisan yang berjudul Hikayat ialah karya lisan yang telah ditulis. Sastera hikayat kebanyakannya berbentuk sintesis kerana sastera ini muncul dalam latar budaya sinkritik, peribumi Hindu-Islam. Contoh karya hikayat sintesis ialah Hikayat Indera Putera. Walaupun sastera hikayat tidak lagi popular selepas kurun ke-18, namun judul hikayat masih digunakan untuk memerikan beberapa jenis karya baharu. Contohnya, Abdullah Munsyi menggunakan judul hikayat untuk karya autobiografi dan catatan perjalanan. Beliau juga menggunakan judul tersebut untuk tulisannya yang bersifat ilmiah, contohnya Hikayat Dunia (geografi), Hikayat Kapal Terbang, Hikayat bintang, Hikayat Eropah. Malahan karya novel yang awal juga menggunakan judul hikayat contohnya Hikayat Faridah Hanum dan Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Hikayat berasal daripada perkataan Arab hikayah bermaksud �cerita-cerita sejarah�, atau haka bermaksud �menceritakan, mewartakan dan memberitahu. � Lihat juga cerita binatang, epik, fabel binatang, hagiografi, roman.
poetic proseprosa puitisKesusasteraanTiadaKarangan yang ditulis dengan menggunakan elemen puisi seperti ritma, kiasan, metafora, asonansi, dan onomatopia. Prosa puitis biasanya ditemui dalam karya ringkas atau dalam perenggan tertentu karya panjang. Prosa puitis meningkatkan respons emosi pembaca dan menambahkan keindahan sesebuah karya. Contohya, dalam bahagian Time Passes dalam novel To the Lighthouse oleh Virginia Woolf.
lyric proseprosa lirikKesusasteraanTiadaProsa yang diperkaya dengan gaya lirik seperti irama, simbolik dan lain-lain untuk menyampaikan perasaan pengarang.
liric proseprosa lirikKesusasteraanTiadaKarangan prosa yang ditulis menggunakan ciri-ciri, iaitu memasukkan irama yang teratur, majas, rima, asonansi dan imajan.
poetic proseprosa puitisKesusasteraanTiadaKarangan prosa yang ditulis dengan menggunakan ciri-ciri puisi, memasukkan irama yang teratur, majas, rima, asonansi dan imajan.
polyphonic proseprosa aneka bunyiKesusasteraanTiadaGubahan prosa yang menggunakan pelbagai bunyi seperti pola irama, asonansi, aliterias, rima dan sebagainya.
poliphonic proseprosa aneka bunyiKesusasteraanTiadaGubahan prosa yang menggunakan pelbagai bunyi seperti pola irama, asonansi, aliterasi, rima dan sebagainya.
prose poempuisi prosaKesusasteraanTiadaBentuk prosa berirama, kerap kali dihiasi dengan bahasa kiasan dan imajan.
12345678910

Kembali ke atas