Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.sé.dur] | ڤروسيدور

Definisi : (prosédur) cara yg lazim utk mem­buat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja atau melakukan sesuatu, tatacara: dia akan memastikan yg dia melakukan atau melaksanakan tugasnya dgn betul menurut ~ dan peraturan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
prosedur (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan cara, tatacara, atur cara, acara, langkah, teknik, kaedah, taktik, jalan, selok-belok.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, saya ingin bertanya. yang manakah ayat yang betul? Justeru itu, pihak kerajaan perlu menyatakan prosedur-prosedur untuk diikuti bagi mendaftarkan kewarganegaraan bagi pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing, setelah itu pihak Jawatankuasa Antarabangsa akan menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik atau Justeru itu, pihak kerajaan perlulah menyatakan prosedur-prosedur untuk diikuti bagi mendaftarkan kewarganegaraan bagi pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing, kemudian pihak Jawatankuasa Antarabangsa akan menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik

Justeru, pihak kerajaan perlu menyatakan prosedur-prosedur yang harus diikuti untuk pendaftaran kewarganegaraan bagi wanita yang mahu berkahwin dengan warga asing. Jika/sekiranya pihak Jawatankuasa Antarabangsa tidak menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik.

Ejaan03.04.2019
saya berminat untuk menulis buku dan ingin memasarkan buku saya... adakah prosedur-prosedur tertentu?... adakah kursus khas untuk menengahkan hasil kerja saya?... ia menjadi kerisauan disebabkan jika saya memberikan hasil kerja saya menjadi tatapan pihak ketiga... saya risau pihak tersebut akan meniru hasil kerja saya... sekiranya boleh... saya ingin mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini... mohon bantuan dan nasihat pihak DBP...Dewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan hasrat saudara untuk menghantar manuskrip. Saudara boleh menghantar manuskrip berserta surat iringan penyerahan manuskrip dan biodata tuan ke Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk makluman saudara, Bahagian Buku Umum juga menguruskan penerbitan buku ilmiah. Saudara boleh menghubungi bahagian tersebut seperti maklumat yang berikut: Ketua Bahagian Buku Umum, Aras 13, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Manuskrip yang saudara hantar akan dinilai di peringkat bahagian terlebih dahulu untuk diteliti kesesuaian manuskrip dan jika perlu perbincangan akan diadakan dengan saudara sebagai penulis oleh editor berkenaan. Manuskrip tersebut seterusnya akan dinilai oleh penilai pakar sebelum dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan.Lain-lain28.12.2015
SAYA PERLUKAN PERKHIDMATAN PEMBETULAN PERBENDAHARAAN KATA DAN TATA BAHASA BAGI FAIL YANG SAYA LAMPIRKAN BERSAMA EMAIL INI. SILA BERITAHU SAYA CAJ BAYARAN YANG DI KENAKAN DAN PROSEDUR PROSEDUR YANG SELANJUTNYA. SEKIAN. TERIMA KASIH
Untuk makluman, DBP tidak mempunyai khidmat penterjemahan. DBP mempunyai khidmat penyemakan dokumen dalam bahasa Melayu sahaja. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar semula untuk penyemakan dari segi ejaan, istilah dan tatabahasa bahasa Melayu. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 untuk mendapatkan khidmat penterjemahan.  
Penyemakan dan penterjemahan29.12.2020
PROSEDUR UNTUK PENERBITAN SALAM, SAYA INGIN BERTANYA, BAGAIMANA CARANYA UNTUK SAYA TERBITKAN BUKU MELALUI DBP? BUKU AKADEMIKWaalaikumussalam.
Puan boleh menghantar hasil tulisan puan itu bersama-sama surat kepada Ketua Editor Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur untuk dinilai sama ada sesuai atau tidak untuk diterbitkan.
Karya17.08.2016
prosedur untuk mendapatkan surat kelulusan dewan bahasa dan pustaka bagi memohon lesen premis perniagaan dan papan iklanSila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" sertakan visual iklan untuk semakan kami dalam format jpeg atau gif.Lain-lain15.12.2015
Salam sejahtera, Apakah tejemahan yang sesuai bagi "Business Partner Engagement & Re-engagement Procedure"? 1. Prosedur Perjanjian & Perjanjian Semula Rakan Perniagaan 2. Prosedur Pengelibatan & Pengelibatan Semula Rakan Perniagaan 3. Perjanjian Rakan Perniagaan & Prosedur Perjanjian Semula 4. Lain-lain (sila berikan pendapat anda). Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih sekali lagi.Business Partner Engagement & Re-engagement Procedure boleh diterjemahkan kepada Prosedur Perjanjian dan Perjanjian Semula Rakan Perniagaan, atau Prosedur Pengelibatan dan Pengelibatan Semula Rakan Perniagaan, bergantung kepada konteks sebenar penggunaan dan maksud keseluruhan teks. Penterjemah lebih memahami konsep sebenar yang dibincangkan dalam wacana tersebut.Penyemakan dan penterjemahan04.07.2015
Prosedur pinjaman daripada pihak bank mengambil masa yang panjang dan rumit atau prosedur peminjaman daripada pihak bank mengambil masa yang panjang dan rumit.Ayat yang lebih tepat ialah "Prosedur peminjaman daripada pihak bank mengambil masa yang panjang dan rumit".Tatabahasa25.10.2015
bagaimana prosedur untuk saya memohon kelulusan papan tanda dari pihak dewan bahasa.

Sila hantar visual iklan tuan melalui laman sesawang DBP SAH BAHASA (http://dbpsahbahasa.my/). Skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepada tuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan.

Penyemakan dan penterjemahan05.06.2017
Apakah prosedur sekiranya saya ingin menyumbangkan artikel untuk mana-mana Majalah (contohnya Dewan Masyarakat / Dewan Ekonomi)? Contohnya: Perlukah saya mendaftar / bil. patah perkataan yang diperlukan / format / artikel mesti dalam bahasa Melayu? / jadual masa penerbitan / dan lain-lain. Terima kasih.Prosedurnya mudah sahaja. Sila hantar makalah terus kepada editor majalah berkenaan. Alamat emel editor ada pada halaman editorial majalah.Lain-lain06.02.2009
Apa prosedur menghantar manuskrip ke DBP Caw Sarawak?1. Surat iringan 2. Sertakan 1 salinan manuskrip bersih- ada prakata, biodata penulis 2. Sertakan juga softcopy (disket)Lain-lain12.11.2007
12345678910...

Kembali ke atas