Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.sé.dur] | ڤروسيدور

Definisi : (prosédur) cara yg lazim utk mem­buat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja atau melakukan sesuatu, tatacara: dia akan memastikan yg dia melakukan atau melaksanakan tugasnya dgn betul menurut ~ dan peraturan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
prosedur (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan cara, tatacara, atur cara, acara, langkah, teknik, kaedah, taktik, jalan, selok-belok.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
denture serviceservis denturPerubatanTiadaProsedur-prosedur yang terlibat dalam diagnosis, pembinaan dan penjagaan dentur.
esophagoscopeesofagoskopPerubatanTiadaAlat untuk memeriksa lumen esofagus dan menjalankan prosedur-prosedur diagnosis dan terapeutik, seperti mengambil spesimen biopsi dan membuang benda asing.
standard operating procedureprosedur pengendalian piawaiHerbaTiadaProsedur bertulis berautoriti yang mengandungi arahan untuk menjalankan suatu operasi. Prosedur ini melaksanakan arahan yang tertulis dan merekodkan aktiviti yang telah dilaksanakan. Sinonim prosedur pengendalian standard.
caudal anaesthesiaanestesia kaudalPerubatanTiadaProsedur anestesia sebahagian dengan menyuntik ubat anestetik setempat ke dalam kanal sakral melalui sakral hiatus. Prosedur ini digunakan untuk menyekat saraf sakral, koksiks dan lumbar. Antara prosedur yang boleh dilakukan menggunakan teknik ini ialah pembedahan sistoskopi, hemoroid buasir), kelahiran bayi secara forseps dan pembedahan di bahagian perineum. Sinonim sekatan saraf kaudal.
abridged evaluation procedureprosedur penilaian ringkasHerbaPeraturan dan PemasaranTatacara ringkas yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk penilaian produk siap herba bagi tujuan pendaftaran produk. Prosedur penilaian ringkas biasanya digunakan untuk produk yang berketoksikan rendah. Prosedur ini dapat memendekkan tempoh proses pendaftaran produk.
engine tune-uppenalaan enjinKejuruteraan AutomotifEnjinProsedur pemeriksaan, pengujian dan pelarasan bagi sesebuah enjin. Semasa prosedur ini dijalankan, sebarang komponen yang haus akan diganti dan keadaan enjin dipulihkan supaya menghasilkan prestasi yang maksimum atau terbaik. Kekerapan prosedur ini bergantung pada jenis enjin dan penjadualan penyelenggaraan yang ditentukan oleh pengeluar kenderaan.
carotid sinus massageurut sinus karotidPerubatanTiadaProsedur pengurutan secara perlahan dan sistematik ke atas sinus karotid yang terletak di percabangan arteri karotid eksternal dan internal. Prosedur ini bertujuan untuk mengurangkan kadar denyutan jantung. Indikasi utama prosedur ini adalah untuk takikardia supraventrikular (SVT).
conditioning precedureprosedur pengkondisyenanPerubatanTiadaProsedur menyapu asid pada permukaan enamel untuk mengubah dan menyediakan permukaan enamel menerima bahan restorasi.
investing procedureprosedur penginvesanPerubatanTiadaProsedur menutup atau membalut sesuatu objek seperti dentum, pola lilin restorasi tuangan atau aplians untuk menjaga bentuk dan posisinya semasa penuangan atau pematerian.
preventive procedureprosedur pencegahanPerubatanTiadaLangkah dan prosedur yang diambil semata-mata untuk menghalang sesuatu yang tidak diingini terjadi.
12345678910...

Kembali ke atas