Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.sés] | ڤروسيس

Definisi : (prosés) 1. satu siri perubahan yg ber­laku secara semula jadi: sedangkan kanak-kanak menghadapi ~ perkembangan jiwa utk mendapatkan bahan-bahan ilmu; 2. satu siri tindakan yg dilakukan utk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu; 3. kaedah teknik operasi yg digunakan dlm industri utk membuat sesuatu: di Indonesia nampaknya ~ penyaringan dan penapisan masih perlu dijalankan utk dapat memisahkan antah drpd beras; ~ Haber (Kim) sj proses utk menyediakan ammonia drpd nitrogen; 4. Id pembicaraan dlm mahkamah; berproses telah diproses: sebilangan besar makanan ~ diimport dr luar negara; memproses 1. mengambil tindakan tertentu terhadap sesuatu mengikut prosedur yg ditetapkan: pihak majikan sedang ~ permohonan mereka; 2. mengolah bahan men­tah menjadi barangan siap: sudah ada banyak kilang yg menggunakan alat moden utk ~ barang-barang yg hendak dieksport; pemprosesan perbuatan (usaha, kerja dsb) memproses: ~ permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data; pemproses 1. alat (kilang dll) yg memproses sesuatu: penggunaan komputer sbg ~ perkataan; ~ makanan; 2. (Komp) perka­kasan atau perisian yg mempunyai kemam­puan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: penggunaan komputer sbg ~ kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.sés] | ڤروسيس

Definisi : /prosés/ 1 perubahan, peristiwa dll yg berlaku berturut-turut dgn sendirinya: ~ perkembangan jiwa; ~ penghadaman makanan. 2 cara atau kaedah tertentu yg diikut utk membuat sesuatu: ~ Bessemer salah satu cara membuat keluli yg dipelopori oleh Bessemer. 3 beberapa perbuatan berperingkat-peringkat yg dilakukan utk mendapatkan sesuatu: ~ pengeluaran minyak kelapa sawit memang rumit dan memerlukan modal yg banyak. memproses 1 membuat (menyediakan, menjalankan) sesuatu menerusi berbagai-bagai proses: Sebuah kilang ~ minyak telah dibina di Port Dickson. 2 membubuh ubat pd kayu supaya tahan lama (tidak dimakan ulat dll). pemprosesan perbuatan atau hal memproses. pemproses 1 alat, kilang dsb yg memproses sesuatu: ~ makanan. 2 ist perkakasan atau perisian yg mempunyai kemampuan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: Penggunaan komputer sbg ~ kata. ~ imej ist pemproses dlm sistem komputer yg digunakan utk memproses imej (bentuk grafik). ~ kata ist atur cara atau program komputer utk tujuan menulis, mengedit, menyimpan dsb teks, dan seterusnya mencetak teks tsb. ~ kembar ist sistem komputer yg mempunyai dua pemproses yg membolehkan sesuatu atur cara dijalankan dgn lebih pantas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
proses (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan operasi, perjalanan, tindakan, pergerakan, perkembangan;,
Kata Terbitan : memproses, pemprosesan, pemproses,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terangkan proses-proses berkhatan.Maklumat tentang berkhatan termasuklah kebaikan berkhatan dan proses berkhatan tidak ada dalam pangkalan data kami. Jika tuan betul-betul berminat untuk mengetahuinya, sila rujuk artikel tentang berkhatan, contoh capaiannya kami paparkan di sini, http://www.hmetro.com.my/node/15981
Lain-lain05.11.2015
Adakah perkataan 'proses-proses' boleh digunakan atau hanya perkataan 'proses'?Salam sejahtera,

Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan berdasarkan kesesuaian dalam ayat.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.09.2017
DEFINISI PENGURUSAN?? PROSES-PROSES PENGURUSAN? MAKSUD: DEMOKRATIK,AUTOKRATIK

Firza, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Untuk definisi pengurusan dan proses pengurusan sila dapatkan buku rujukan yang terdapat di pasaran. Untuk maksud demokratik dan autokratik sila lihat makna yang diberikan ini. Terima kasih.

(démokratik) 1. dicirikan dgn, terbit drpd, berkaitan dgn prinsip-prinsip demokrasi; 2. menjunjung atau menyokong demokrasi atau kepentingan rakyat biasa

  • autikratik- -berasaskan atau mempunyai kuasa penuh (bkn pemerintah, pemerintahan, pengurusan, dsb): amalan pengurusan yg berbentuk ~ dan birokratik.
  • Makna19.08.2009
    apakah konsep dan proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan?Terdapat tiga proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengimbuhan, pemajmukan dan juga proses penggandaan. Proses ini bertujuan untuk memperbanyak bilangan perkataan.

    Proses pengimbuhan ialah proses pembentukan perkataan dengan meletakkan imbuhan pada kata dasar, sama ada di hadapan kata dasar, di belakang, di celah atau dengan cara mengapitkan kata dasar untuk menghasilkan perkataan baharu. Perkataan yang baharu intu dikenali sebagai kata terbitan.  Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu yang berfungsi untuk membentuk perkataan baharu, iaitu; i) awalan, ii) akhiran, iii) apitan dan iv) sisipan.

    Perkataan dalam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses pemajmukan. Pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang berlainan makna untuk membentuk perkataan baharu yang mempunyai satu makna sahaja, Kata majmuk, lazimnya, dieja terpisah tetapi terdapat juga beberapa kata majmuk yang dieja bercantum.    

    Selain proses pengimbuhan dam proses pemajmukan, perkataan alam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses penggandaan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar untuk membentuk perkataan baharu. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu: i) Penggandaan penuh, ii) Penggandaan separa dan, iii) Penggandaan berentak

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 57-78.
    Tatabahasa28.07.2018
    tambahan:- saya ingin mengetahui proses-proses yang perlu saya lalui untuk menerbitkan buku? bermula dari peringkat awal hingga akhir?

    Assalamualaikum saudara,

                                           Sekiranya saudara ingin menerbitkan buku, maka proses yang perlu dilalui pertamanya ialah, saudara perlu mengetahui bidang yang hendak saudara tulis dan kepada siapa sasaran yang hendak ditujukan atau siapa pembacanya. Saudara perlu juga mengetahui cara bagaimana menulis kertas cadangan judul kerana sebelum mengemukakan bahan penulisan sebaik mungkin saudara perlu menyatakan cadangan penulisan ini dalam kertas tersebut dan dikemukakan kepada penerbit. Kertas seharusnya mengandungi halaman tajuk iaitu tajuk lengkap yang berupaya memancing pembaca. Kedua, ia harus juga mengandungi pernyataan konsep buku yang dinayatakan dengan jelas perkara dan skop buku, manfaat dan ciri terbaik buku, mengenal pasti khalayak dan menyatakan wibawa penulis. Perkara ketiga ialah jadual kandungan cadangan. Senaraikan kandungan kertas cadangan dan nomborkan mengikut susunan.  Keempat, nyatakan tentang perihal buku - gagasan dan matlamat yang dilakarkan dalam pernyataan konsep. Mengapa buku ini perlu diterbitkan. Kelima, nyatakan perihal penulis, wibawa bidang, kerjaya, pendidikan, anugerah dan penghargaan yang diperoleh dan maklumat diri. Keenam, perihal saingan dan pasaran. Ketujuh, jadual kandungan buku. Kelapan, ringkasan bab dan kesembilan, bab contoh.  

                                          Kertas ini perlulah dikemukakan kepada kami untuk diluluskan tajuk penulisannya. Setelah diluluskan, barulah penulisan bermula yang harus disiapkan dalam jangka waktu tertentu mengikut jadual yang ditetapkan. Setelah siap lengkap secara keseluruhannya, serahlah judul ini kepada kami untuk dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Editorial/Penerbitan. Apabila diluluskan, saudara dikehendaki menandatangani lesen perjanjian antara penerbit dengan saudara selaku penulis untuk tujuan pembayaran royalti. Proses seterusnya ialah penyuntingan, penyediaan manuskrip bersih, atur huruf, pruf dan seterusnya sehingga buku terbit.   

                                          Sekiranya, perlukan pertanyaan yang lebih terperinci mohon hubungi saya di talian 03-21481532. Maklumat lebih lanjut akan diberitahu kepada saudara. Sekian, harap maklum. 

     

     

     

    Lain-lain12.06.2010
    Definisi: pengurusan? terangkan proses-proses pengurusan? Nyatakan tentang ciri-ciri kepimpinan yang berikut:- a) Demokratik b) Autokratik c) Lassez FaireBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna pengurusan ialah perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll). Untuk pertanyaan yang seterusnya, saudara digalakkan membuat rujukan dan kajian di mana-mana perpustakaan atau pusat sumber atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah20.08.2009
    asalamualaikum... apakah proses pembentukan kata?Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan kata perkataan melibatkan pengimbuhan.  Imbuhan dimaksudkan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, dan bentuk fleksi. Sila rujuk Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 45-47 dan 303-319.Tatabahasa28.07.2018
    Salam, Saya pelajar PhD bidang Kerja Sosial (Social Work) UKM ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkataan berikut: 1. Assessment 2. Evaluation Penerangan Untuk perkataan 'assessment' pekerja social atau pegawai kebajikan akan melakukan 'assessment' berkaitan situasi klien yang dirujuk kepada mereka. Diantara proses-proses 'assessment' yang dilakukan ialah seperti berjumpa klien, bertanyakan tentang masalah-masalah yang dihadapi, melawat ke rumah klien untuk melihat situasi dan persekitaran tempat tinggal mereka, bertanyakan jiran-jiran , keluarga rapat klien, agensi-agensi-agensi berkaitan misalnya sekolah, pejabat kesihatan, pejabat agama, majikan keluarga klien bekerja dan sebagainya. Pekerja social akan menyediakan laporan social(untuk kes bantuan, warga emas, perpindahan sekolah, tujuan pelesan/pembebasan daripada institusi), laporan pelindung (jika kes berkaitan penderaan kanak-kanak), laporan akhlak(jika kes juvana terlibat salahlaku), laporan pengangkatan (kes anak angkat) Jadi, di sini apakah terma yang paling sesuai digunakan untuk 'assessment;' dalam konteks kerja social ini? Sekian, harap dapat memahami konteks yang saya maksudkan. SOPIAN BRAHIM Calon PhD Kerja Sosial UKMAssessment dalam ungkapan umum diterjemahkan kepada penilaian atau penaksiran, dan istilah penaksiran juga digunakan dalam bidang pendidikan dan ekonomi, seperti assessment task diterjemahkan kepada tugas penaksiran. Evaluation diterjemahkan kepada penilaian dalam ungkapan umum dan juga peristilahan, seperti evaluation research diterjemahkan kepada penyelidikan penilaian.Tatabahasa22.04.2016
    Salam sejahtera. Bagaimanakah proses pembentukan perkataan seperti "beberapa" dan "sesetengah"? Adakah pembentukkannya melalui proses pengimbuhan "be-" dan "se-" ataupun melalui proses penggandaan separa? Terima kasih.

    Kata “beberapa” daripada kata dasar “berapa” melalui proses pengimbuhan awalan beR-. Kata “sesetengah” pula ialah kata ganda separa dan kata ganda penuhnya ialah “setengah-setengah”.

     

    Tatabahasa02.09.2021
    proses osmosis berbalikTiada soalan yang dikemukakan. Walau bagaimanpun jika merujuk istilah osmosis berbalik ialah padanan reverse osmosis dalam bahasa Melayu.Istilah23.05.2012
    12345678910...

    Kembali ke atas