Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (prosés-verbal) IB laporan tentang terjadinya sesuatu perkara, berita acara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata proses-verbal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
non-verbal symbolsimbol bukan kataKomunikasiTiadaLambang yang digunakan dalam proses komunikasi yang tidak menggunakan kata-kata atau bahasa. Contohnya, pergerakan anggota badan, gambar, warna dan sebagainya.
non-verbal communicatonkomunikasi bukan lisanKomunikasiKorporatKomunikasi atau perutusan yang tidak menggunakan kaedah pertuturan sebagai alat untuk memindahkan mesej daripada sumber kepada penerima. Komunikasi ini digunakan secara meluas dalam setiap budaya dan aktiviti komunikasi semasa. Dalam proses perhubungan manusia, kira-kira 80% proses komunikasi yang berlaku adalah dengan menggunakan saluran komunikasi bukan lisan. Terdapat beberapa jenis komunikasi bukan lisan, iaitu penggunaan bahasa gerak-geri atau bahasa badan, simbol, artifak, peribahasa, warna, dan bunyi. Isyarat yang dihasilkan oleh seseorang yang menggunakan jenis komunikasi tersebut merupakan alat yang paling asas untuk membentuk makna mesej yang hendak disampaikan. Keberkesanan komunikasi bukan lisan sangat bergantung pada tiga faktor penting, iaitu kedudukan minda penyampai mesej semasa proses komunikasi, tindakan yang dirancang, dan keadaan yang tidak dirancang sama sekali atau di luar kawalan.
formulaic verbal theoryteori formulaik lisanKesusasteraanTiadaTeori penciptaan lisan yang dipelopori oleh Millman Parry dan Albert Lord. Berdasarkan kajian mereka ke atas puisi Homer dan puisi lisan dari Yugoslavia, mereka mendapati bahawa proses penciptaan lisan bergantung pada penggunaan yang disebut sebagai formula a group of words which is regularly employed under the same metrical conditions to express a given essential idea. Penggunaan formula amat penting bagi sesuatu penciptaan lisan yang berlangsung secara spontan untuk mengelakkan penyampaian yang tersekat-sekat. Biasanya formula mempunyai bentuk frasa kodi yang bersukat, berentak, mudah dihafal serta diingat kembali oleh seseorang pencerita. Formula demikian bukan sahaja membantu hafalan dan penyampaian, tetapi mudah diubahsuai dalam setiap penyampaian. Proses penciptaan lisan juga melibatkan penciptaan semula cerita semasa penyampaian. Contohnya, Amin Sweeney dalam kajiannya tentang penciptaan sastera lisan Melayu, telah memperlihatkan bahawa setiap penyampaian cerita tidak pernah sama, walaupun bagi cerita yang sama. Hal ini demikian kerana tukang cerita akan melakukan improvisasi ke atas ceritanya. Cerita yang disampaikan bukanlah teks yang dihafal tetapi teks yang terdiri daripada formula tersirat bagi setiap tahap cerita. Kaedah penciptaan ini dikenali sebagai penciptaan skematik dan merupakan penciptaan lisan yang berbeza daripada penciptaan tulisan. Oleh sebab penciptaan tersebut, maka tidak terdapat satu versi lisan yang dianggap benar-benar tepat kerana setiap persembahan adalah unik dan berbeza. Lihat juga formula.
verbal communicationkomunikasi lisanKomunikasiKorporatKomunikasi atau perutusan yang menggunakan kaedah pertuturan sebagai alat untuk memindahkan mesej daripada sumber kepada penerima. Bahasa merupakan alat asas yang berfungsi untuk membentuk makna dalam komunikasi lisan. Keberkesanan penggunaan komunikasi lisan banyak bergantung pada kesesuaian pertuturan dengan suasana dan budaya khalayak penerima. Dalam keadaan tertentu, kemahiran menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif diperlukan. Dalam keadaan lain, kemahiran menggunakan bahasa harian atau dialek tempatan boleh meninggalkan kesan mendalam dalam proses komunikasi lisan. Selain itu, kejayaan penggunaan komunikasi lisan juga banyak bergantung pada kemahiran dan kecekapan bertutur, kemampuan menguasai tahap intonasi, dan keupayaan menggabungkan komunikasi lisan dengan bahasa gerak-geri atau tubuh bahasa. Dalam bidang komunikasi korporat, salah satu faktor yang membantu menjayakan proses atau aktivitinya ialah kesedaran yang berterusan tentang kepentingan penggunaan komunikasi lisan yang bersesuaian dengan keperluan masa dan tempat. Hal ini kerana melalui komunikasi lisan, penerima mesej boleh membentuk dan menggambarkan citra tentang sesebuah organisasi diwakili oleh penutur komunikasi lisan berkenaan. Selain itu, komunikasi lisan juga penting bagi membantu mengurangkan atau mengelakkan konflik komunikasi yang berlaku dalam organisasi atau antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain.

Kembali ke atas