Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prosiding 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pihak tuan menyemak cara penulisan TAJUK/JUDUL berikut (daripada segi huruf besar dan huruf kecilnya bagi perkataan ‘di bawah’, ‘di dalam’ dan ‘ke atas’) 1. Prosiding Kes di Bawah/ di bawah seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah 2. Kedudukan di Dalam/di dalam Mahkamah 3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah ke Atas/ ke atas Pertuduhan Terima kasih :)

Pihak kami tidak mempunyai format standard berkenaan cara penulisan tajuk yang digunakan di mahkamah. Walau bagaimanapun, berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama perlu ditulis dengan huruf kecil. Sehubungan dengan itu, penulisan tajuk buku atau yang seumpama dengannya pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan.

Cara penulisan tajuk yang betul mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu:
1. Prosiding Kes di Bawah Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah
2. Kedudukan di dalam Mahkamah
3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah Atas

Untuk tajuk nombor 3, penggunaan ke atas kurang tepat kerana konteks ayat yang diberikan tidak menunjukkan pergerakan di/ke atas.

Tatabahasa19.11.2021
Assalamualaikum. Mohon bantuan penggunaan istilah/perkataan yang betul atau lebih tepat: 1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun Pertubuhan Bangsa Bersatu. 2. Untuk tujuan penulisan, mana yang lebih sempurna: 'cuma' atau 'hanya'? 3. Adakah terdapat istilah bahasa Melayu (bukan pinjaman) selain daripada perkataan 'prosiding' dalam bahan terjemahan daripada 'proceedings'? 4. Yang mana satu terjemahan yang lebih sempurna: daripada 'English' kepada 'Inggeris' atau 'bahasa Inggeris'? 5. Bolehkah 'legal personality' diterjemahkan kepada 'perwatakan perundangan'. Jika tidak, apakah terjemahan yang tepat? Ribuan terima kasih. Semoga khidmat ini akan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna dan pencinta bahasa Melayu.i. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (nama khas) 2. Kedua-dua perkataan boleh digunakan. 3. Maksud proceeding ialah  tindakan undang-undang, perjalanan(course of action), rekod. 4. bahasa Inggeris 5. keperibadian undang-undang  Lain-lain07.06.2008
contoh-contoh Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik dalam karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks sastera sekolah menengah.1.      Kehendak soalan ini kurang jelas. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan penanya, sebenarnya kajian yang berupa kritikan terhadap sesebuah karya akan menjadi lebih ilmiah jika ada penerapan sesebuah teori sastera. Contoh-contoh kajian yang menerapkan teori-teori sastera boleh diperoleh dalam prosiding atau kertas kajian hasil daripada Seminar Pemikiran Sasterawan Negara ataupun Program wacana Ilmu (Bicara Karya) yang dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai contoh, lihat kajian “Ekologi, Etika dan Bahasa dalam Puisi-puisi Usman Awang: Satu Kajian Eko” oleh Sohaimi Abdul Azizi dalam Prosiding Pemikiran SN Usman Awang, DBP, 2006. 

     2.  Intrinsik merupakan kajian yang lebih melihat unsur-unsur dalaman yang membina sesebuah karya iaitu kajian yang berbentuk formalistik yang     membincangkan tentang tema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan dan gaya bahasa.

Lain-lain15.10.2010
Tuan/Puan, Apa padanan "proceedings" dalam Bahasa Melayu bagi ayat konteks di bawah: "(2) Without prejudice to the generality of the provisions of subsection (1), the Board shall, not later than the thirtieth day of April in each year, cause to be made and transmitted to the Minister a report dealing with the activities of the Universiti during the preceding financial year and in such form and containing such information relating to the proceedings and policy of the Universiti as the Minister may, from time to time, direct". Sekian, terima kasih.Padanan perkataan “proceedings” dalam bahasa Melayu yang sesuai ialah prosiding.Penyemakan dan penterjemahan07.10.2021

Kembali ke atas