Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pros.pék] | ڤروسڤيک

Definisi : (prospék) 1. kemungkinan atau pe­luang utk mencapai kejayaan pd masa akan datang: rencana ini menumpukan perbincangan kpd beberapa isu, masalah, ~, dan strategi pembangunan industri desa; 2. harapan utk terus maju dlm kerjaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prospek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam.sy ni seorang pelajar jurusan pengajian melayu di UM.apakah prospek kerjaya jurusan sy ini.

Sdr,

Pemegang Ijazah Sarjana Muda seperti yang dimiliki oleh sdr layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan gred 41 seperti Pegawai Perancang Bahasa dan/atau Pegawai Tadbir di DBP. Sdr boelhlah mengemukakan permohonan jawatan sebaik sahaja kami mengiklankan kekosongan jawatan yang berkenaan. Namun, sebagai makluman sdr, iklan bagi jawatan Pegawai Perancang Bahasa sudah disiarkan dan ditutup pada 11 Februari 2008. Tiada kekosongan bagi jawatan Pegawai Tadbir buat masa ini.

Lain-lain16.02.2008
Assalamualaikum Adik saya seorang lepasan jurusan ijazah sarjana muda bahasa arab dan kesusasteraan di UIAM .apakah prospek kerjaya jurusan adik saya ini, di DBP atau dimana mana sektor pekerjaan? mohon nasihat..Untuk maklumat lanjut, kunjungi Karnival kerjaya yang diadakan, juga lihat pemakluman dalam akhbar tentang peluang kerjaya yang sesuai. Sebarang kekosongan jawatan di DBP akan diiklankan dalam akhbar harian utama Negara dan laman web kami www.dbp.gov.my.Lain-lain03.03.2015
Tuan/Puan, Saya ingin membuat permohonan penggantungan baner di beberapa kawasan di sekitar Johor Bahru. Oleh itu pihak tersebuat meminta surat kelulusan daripada pihak Dewan Bahasa. Justeru itu, amat lah saya hargai sekiranya pihak tuan dapat memeriksa ejaan atau tutur kata di atas baner tersebut mengikut prospek yang sebenar.Untuk makluman tuan, DBP tidak mengeluarkan surat kelulusan. DBP mengesahkan penggunaan bahasa yang digunakan dalam iklan melalui perkhidmatan yang boleh diperoleh secara dalam talian. Sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain06.05.2015

Kembali ke atas