Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata protokol 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang betul bagi ayat-ayat berikut: Amended Protocol Terjemahan: Protokol Pindaan, Pindaan Protokol, atau Pindaan kepada Protokol. Printed Name of the Study Doctor Terjemahan: Nama Doktor Kajian Dalam Huruf Cetak, Nama Doktor Kajian Dalam Huruf Cerai, atau Nama Doktor Kajian Dengan Nama Cerai Kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:





1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">1. amended protocol: protokol pindaan 

1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">2. printed name of the study doctor: nama doktor kajian dalam huruf cetak

Makna02.06.2021
Assalamualaikum, Saya ada 2 soalan: 1. Adakah DBP menerbitkan buku yang bekait dengan susunan protokol dalam uca[an sesuatu majlis dan buku yang berikaitan surat rasmi yang diterima pakai oleh jabatan-jabatan kerajaan. Jika ada, saya ingin mendapat maklumat berkaitan judulnya. 2. Saya pernah bertnya tuan berkaitan apitan pemer-...-an dalam BM. Tuan menjelaskan bahawa apitan itu wujud dan meminta saya menyemak Pe;ita Bahasa terbitan 2003. Saya mengajar BM pada peringkat pelajar dewasa dan ada antaranya kalangan bukan Melayu. Dalam Tatabahasa Dewan yang menjadi rujukan utama tatabahsa, tidak pula dinyatakan keujudan apitan ini. Bagaimana saya hendak menjelaskannya kepada pelajar saya?

1. Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri) dan Malaysian Protocol: and Correct Forms of Address (Abdullah Ali). Sudara juga boleh merujuk buku Kesantunan Bahasa, Dr. Awang bin Sariyan dan Bahasa Laporan, Asmah Haji Omar, kesemuanya terbitan DBP.

2. Apitan pemer-...-an wujud dalam bahasa Melayu,  seperti dalam contoh perkataan; pemersatuan, pemerolehan, pemerbadanan dan pemelajaran. Walau bagaimanapun bentuk apitan ini tidak produktif dalam bahasa Melayu dan tidak ada penerangan tentang apitan tersebut dalam buku Tatabahasa. Hal ini telah kami kemukakan kepada editor buku Tatabahasa Dewan untuk dibincangkan dalam mesyuarat sidang editor. 

Tatabahasa27.10.2010
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT

Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah:

1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan)

2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan)

3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan)

4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor)

5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211.

Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk.

Lain-lain21.09.2011
1) Singkatan mana satu yang betul untuk Yang Berbahagia, a) YBhg. atau b) Ybhg. atau c) Ybhg (tanpa titik) 2) Perkataan "sama ada' atau 'samada" Terima kasih.1. Mengikut pedoman ejaan, ejaan yang betul ialah YBhg.. Walau bagaimanapun ejaan YBhg juga kini banyak digunakan, antara alasan yang diberikan termasuklah menyelaraskan ejaan YBhg dengan ejaan singkatan nama-nama pingat kebesaran seperti dalam buku Protokol di Malaysia. Hal ini lebih kepada gaya penulisan dan penerbit boleh mengikut gaya mana hendak diamalkan dengan syarat penulisannya mestilah tekal (tidak berubah-ubah) dalam keseluruhan teks dan wacana.
2. Ejaan yang betul ialah sama ada.
Ejaan02.03.2012
Assalamualaikum, 1.Carian saya dalam rekod Khidmat Bahasa tentang nama dan jawatan, pihak DBP menjelaskan bahawa dalam teks pengacaraan, dicadangkan untuk menyebut nama jawatan dahulu dan diikuti nama tetamu. Soalan saya, bagaimana cara teks jika tetamu disapa dengan tuan haji dan jawatannya pun disapa dengan kata tuan. Contoh, YBhg. Tuan Pengarah, Tuan Haji Aman b. Mat. Adakah gramatis jika perkataan Tuan diulang sebanyak dua li untuk mengalamatkan tetamu berkenaan 2. Adakah menyalahi protokol majlis jika, tetamu disapa dengan menyebut namanya dahulu dan diikuti oleh jawatan. Contoh: YBhg. Tuan Haji Aman bi Mat Pengarah..... Terima kasih, tuanDalam teks pengacaraan, nama jawatan boleh medahului nama tetamu atau sebaliknya seperti YBhg. Tuan Haji Aman b. Mat, Pengarah ... atau  YBhg. Pengarah... Tuan Haji Aman b. MatLain-lain07.10.2018
apa perbezaan anugerah pangkat 1. Datuk 2. Dato' 3.Tan Sri 4.Datuk Amar 5.Dato SeriPangkat DATUK, TAN SRI, DATUK SERI,DATUK PADUKA dan sebagainya adalah kurniaan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, puan bolehlah menghubungi Bahagian Protokol Istana Negara.Lain-lain27.10.2010
Pohon bertanya, apa jawatan yang betul bagi YBhg? sebab ada jawan yang hat di arkib soalan ada mayatakan jawapan spt berikut: 1) Ejaan yang betul untuk kependekan Yang Berbahagia ditulis sebagai YBhg. (ada tanda titik) bukan YBhg; 2) Ejaan yang betul untuk kependekan Yang Berbahagia ditulis sebagai YBhg. (ada tanda titik) bukan YBhg Pohon penjelasan.Terima kasih.Mengikut pedoman ejaan, ejaan yang betul ialah YBhg.. Walau bagaimanapun ejaan YBhg juga kini banyak digunakan, antara alasan yang diberikan termasuklah menyelaraskan ejaan YBhg dengan ejaan singkatan nama-nama pingat kebesaran seperti dalam buku Protokol di Malaysia. Hal ini lebih kepada gaya penulisan dan penerbit boleh mengikut gaya mana hendak diamalkan dengan syarat penulisannya mestilah tekal (tidak berubah-ubah) dalam keseluruhan teks dan wacana.Tatabahasa21.05.2011
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab.

1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut.

2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri".

Tatabahasa15.02.2011
Salam, yang manakah betul? 1. Yang Berusaha, Pengetua SMK Hamzah, Tuan Haji Ahmad Sukiman bin Mohamed atau Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Sukiman bin Mohamed, Pengetua SMK Hamzah. 2. Barisan Guru Kanan atau Barisan Guru-guru Kanan atau Barisan guru kanan. 3. Setelah saya selidik khidmat nasihat yang telah diberikan, terdapat dua versi dimana; i) Yang Berusaha boleh disingkatkan menjadi Yang Brs. ii) Yang Berusaha tidak boleh disingkatkan. 4. Guru Bahasa Melayu saya menggunakan Yang Berusaha kepada penolong-penolong kanan semasa perhimpunan yang turut dihadiri oleh pengetua. Ada pendapat mengatakan sepatutnya Yang Dihormati digunakan jika pengetua turut hadir. Jika Yang Dihormati adalah penggunaan yang betul, apakah gelaran bagi barisan guru kanan, kaunselor-kaunselor pelajar dan guru-guru biasa?
1. "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang  memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. "Yang Dihormati" pula digunakan kepada orang-orang yang dihormati seperti guru, ketua kampung, penghulu dan sebagainya. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014: Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya atau buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP.


2. Cadangan jawapan: Barisan guru kanan
Lain-lain16.10.2023
Assalamualaikum, Saya mahu bertanya, 1) Apakah beza antara presiden, pengerusi dan yang dipertua? 2) Apakah beza antara timbalan dan naib? 3) Apakah beza antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat? 4) Apakah beza antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat? 5) Apakah beza antara lajnah dan unit? 6) Apakah beza antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

1) Apakah perbezaaan antara presiden, pengerusi dan yang dipertua?
1">
Presiden - Merupakan ketua negara dalam sesebuah negara republik dan gelaran untuk ketua negara republik atau orang yang menjadi ketua sesuatu persatuan, pertubuhan dan lain-lain.

dipertua  -  orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dan lain-lain)

pengerusi  -  ketua dalam mesyuarat dan lain-lain. atau pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dan lain-lain.1">

2) Apakah perbezaaan  antara timbalan dan naib? 
timbalan -  ialah penolong ketua dan lain-lain
naib   -  ialah pengganti atau wakil1">

3) Apakah perbezaaan antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat? 1">

setiausaha  - Seseorang yang diambil bekerja untuk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dan sebagainya). Melaksanakan kerja untuk orang perseorangan atau untuk sesebuah pertubuhan.1">

setiausaha kehormat - setiausaha yang menjalankan tugas atau yang berkhidmat secara sukarela yang tidak  diberi gaji atau upah.1">

4) Apakah perbezaaan  antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat? 1">

bendahari - pegawai yang menguruskan harta benda kerajaan atau menguruskan wang persatuan dan lain-lain.1">

bendahari kehormat -  pegawai persatuan yang bertugas tanpa dibayar1">

5) Apakah perbezaaan  antara lajnah dan unit? 1">

lajnah  -  sebuah badan yang menjalankan (mengurus, mengelola) kerja sesuatu per­tubuh­an dan lain-lain, jawatankuasa kerja.1">

unit -  bahagian terkecil daripada sesuatu yang dapat berdiri sendiri.1">

6) Apakah perbezaaan  antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?1">

ahli jawatankuasa - orang yang dipilih untuk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dan sebagainya)1">

majlis eksekutif - sebuah Badan tetap UPU yang ditugaskan oleh kongres untuk menentukan kesinambungan tugas-tugas pentadbiran, mengawasi kegiatan kerjasama teknikal, perundangan, juriselidik dan sebagainya.1">

1">Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan boleh merujuk  Bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Jabatan Perdana Menteri. 1">Terima kasih.

Lain-lain27.12.2019

Kembali ke atas