Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata protokol 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hypertext transfer protocol (HTTP)protokol perpindahan hiperteks (HTTP)Teknologi MaklumatPerisianProtokol komunikasi yang digunakan untuk mencapai dokumen hiperteks dalam persekitaran web. Pembangunan HTTP telah diselaraskan oleh Konsortium WWW dan pasukan bertugas Kejuruteraan Internet (IETF), yang menghasilkan RFC2616 bagi mentakrifkan protokol versi pertama, iaitu HTTP/1.1 pada tahun 1999. Protokol ini merupakan piawai minta/tindak balas antara pelayan dengan pelanggan. Pelanggan merupakan pengguna akhir, manakala pelayan ialah tapak web. Oleh itu, pelanggan akan membuat permintaan HTTP menggunakan pelayar web atau alat yang berkaitan, manakala pelayan akan menyimpan sumber seperti fail HTML dan imej. Apabila pelanggan HTTP memulakan permintaan, kebiasaannya protokol ini akan mewujudkan hubungan protokol kawal perpindahan (TCP) kepada port tertentu pada hos untuk meneruskan proses permintaan pelanggan.
IP securitykeselamatan IPTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Piawai yang digunakan untuk memastikan keselamatan IP melalui kaedah penyulitan dan penyahihan paket IP pada aras kedua model OSI. 2. Sekumpulan protokol untuk keselamatan aliran paket dan kaedah penukaran kekunci. Protokol muat beban keselamatan terkapsul (ESP) memastikan kerahsiaan dan integriti mesej, manakala protokol kepala pengesahan (AH) adalah untuk penyahihan. Protokol penukar- gantian kekunci (IKE) pula ialah protokol yang digunakan untuk memastikan kekunci bagi proses penyulitan ditukar dengan cara selamat.
attackseranganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan keganasan terhadap musuh. Istilah �serangan� dalam undang-undang antarabangsa digunakan dalam dua badan undang-undang yang berbeza iaitu, jus ad bellum dan jus in bello dengan tujuan dan maksud yang berbeza. Pertama, istilah �serangan bersenjata� muncul dalam jus ad bellum, yang menentukan bilakah negara boleh mengambil jalan untuk menggunakan kekerasan sebagai dasar negara tersebut. Dalam konteks itu, �serangan� berfungsi sebagai satu prasyarat kepada kebenaran untuk menggunakan kekerasan dalam mempertahankan diri menurut Perkara 51 Piagam PBB dan undang-undang adat antarabangsa. Kedua, dalam jus in bello �serangan� merujuk kepada jenis tertentu operasi ketenteraan yang menetapkan pelbagai larangan dan sekatan dikenakan. Aspek jus in bello atau undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menetapkan kaedah undangundang tentang bagaimana operasi boleh dijalankan semasa berlakunya konflik bersenjata. Takrifan serangan terkandung dalam Perkara 49(1) Protokol Tambahan I, 1977 bagi Konvensyen Geneva 1949.
masquerading hosthos penyamaranTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Komputer yang digunakan oleh pengguna hasad untuk melancar -kan serangan penyamaran. Komputer ini mengandungi antara muka palsu yang setara dengan antara muka yang ada pada hos sebenar dan digunakan oleh pengguna hasad untuk mengumpul maklumat peribadi pengguna yang sah. 2. Komputer proksi yang melindungi komputer lain di belakangnya yang mempunyai alamat Protokol Internet (IP). Pada pandangan pihak luar, komputer yang dilindungi akan dilihat seolah-olah mempunyai alamat yang sama seperti komputer proksi. Sinonim komputer penyamaran.

Kembali ke atas