Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.vo.ka.si] | ڤروۏوکاسي

Definisi : perbuatan membangkitkan kema­rahan, minat, dsb: saya mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya; memprovokasi 1. membangkitkan kema­rahan: barangkali kamu dipukul kerana kamu ~nya; 2. membangkitkan, menimbul­kan, mencetuskan: biarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya utk ~ pemikiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.vo.ka.si] | ڤروۏوکاسي

Definisi : perbuatan atau kata-kata yg membangkitkan kemarahan: Saya mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya. memprovokasi membangkitkan kemarahan: Kamu dipukul mungkin kerana kamu ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata provokasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya mohon penyejasan untuk perkataan provokasi dan retorik dan sedikit contoh ayat yang sesuai untuk dua perkataan itu dan satu lagi dimana saya dapat mencari sejarah bahasa melayu kerana saya tertarik dalam pidatio antarabangsaProvokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan atau minat.Contoh ayat : Barangkali kamu dipukul kerana kamu memprovokasinya. Provokasi juga dikaitkan dengan membangkitkan, menimbulkan atau mencetuskan. Contoh : Biarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya utk memprovokasi pemikiran. Retorik pula bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm penulisan atau pertutura. Retorik juga merupakan seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar atau seni berpidato. Bagi membantu saudara mendapatkan sejarah bahasa melayu, saudara boleh membuat rujukan pada buku Perancangan Bahasa Melayu, Tatabahasa Dewan atau Buku Susur Galur Bahasa Melayu.Makna22.04.2007
Salam. boleh tolong jelaskan maksud 'integriti', 'luwes','delegasi', 'provokasi', 'premis'? Terimakasih.Integriti ialah kejujuran, keadaan yang sempurna atau utuh; luwes ialah tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan, dapat diubah suai; delegasi ialah rombongan yang mewakili sesebuah negara dalam perundingan atau tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak kepada seseorang lain; provokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan, minat dan sebagainya; premis ialah sesuatu pernyataan dan sebagainya yang diandaikan sebagai sesuatu yang benar untuk tujuan membuat huraian yang membawa kepada sesuatu kesimpulan kelak; atau bangunan / kawasan tempat diuruskan perniagaan.Makna23.02.2008
Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini yang berikut ? Ketua Polis Negara mengingatkan semua pihak untuk menghormati peraturan dan undang-undang bagi mengelakkan provokasi hingga menganggu tugas polis.

Ayat yang betul ialah Ketua Polis Negara mengingatkan semua pihak supaya menghormati peraturan dan undang-undang bagi mengelakkan provokasi yang mengganggu tugas polis.

Tatabahasa09.07.2021
Saya sedang mencari perkataan yang betul untuk "agent provocateur" dalam Bahasa Melayu. Perkataan yang sering digunakan oleh saya adalah agen provokator (AP), mohon bantuan tuan untuk mendapatkan perkataan yang sebenar.Cadangan perkataan yang sesuai ialah agen provokasi.Lain-lain07.10.2020
Apakah ciri-ciri teks ucapan?Ciri-ciri  sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).Lain-lain02.07.2008
saya perlu bantuan untuk menyediakan teks uacapan bagi pegawai daerah dan Ketua Cawangan. Contoh teks ucapan pengerusi majlis

Teks ucapan mengandungi: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin serta ucapan terima kasih atas jemputan); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan dan provokasi; dan iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).

Lain-lain12.07.2011
Sebagai urusetia, saya perlu memulakan ucapan rasmi kata-kata aluan kepada peserta kursus kewangan dan pegawai jemputan untuk rasmikan pembukaannya. Bagaimana harus saya mulakan dan apakah isi-isi yang perlu ada serta akhir kata sebelum menjemput pegawai atasan untuk merasmi hari pembukaannya.(Ringkas) Pada hari penutup sebelum penyampaian sijil, ucapan cara menjemput orang atasan dan peserta, contoh isi kandungan bahasa dan cara mengakhirinya.Ciri-ciri  sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin ); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada tetamu kehormat/penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).Lain-lain12.04.2010

Kembali ke atas