Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.vo.ka.si] | ڤروۏوکاسي

Definisi : perbuatan membangkitkan kema­rahan, minat, dsb: saya mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya; memprovokasi 1. membangkitkan kema­rahan: barangkali kamu dipukul kerana kamu ~nya; 2. membangkitkan, menimbul­kan, mencetuskan: biarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya utk ~ pemikiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.vo.ka.si] | ڤروۏوکاسي

Definisi : perbuatan atau kata-kata yg membangkitkan kemarahan: Saya mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya. memprovokasi membangkitkan kemarahan: Kamu dipukul mungkin kerana kamu ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata provokasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
provocationprovokasiUndang-undangTiadaTiada
provocationprovokasiSejarahTiadaPerbuatan yang membangkitkan kemarahan atau hasutan atau ancaman yang dilakukan oleh pihak tertentu khususnya dalam keadaan negara yang tidak stabil.
military provocationprovokasi tenteraSejarahTiadaTiada
victim provocationprovokasi mangsaKriminologiKeadilan JenayahTindakan yang disengajakan oleh mangsa yang menyebabkan pesalah melakukan jenayah terhadapnya. Contohnya, seorang lelaki yang mengejek nama ibu individu lain secara keterlaluan sehingga mengundang kemarahannya sekali gus menyebabkan pergaduhan di antara mereka.
agent provocateurejen provokasiPerpustakaanTiadaTiada
agent provocateurejen provokasiSejarahTiadaOrang yang diberi ganjaran tertentu dan ditugaskan untuk memerangkap penjenayah dengan cara memancing mereka supaya melakukan kesalahan secara terbuka.
agent provocateuragen provokasiSains PolitikHubungan AntarabangsaAnggota polis rahsia yang berperanan menghasut pihak yang dicurigai supaya melakukan tindakan yang boleh disabitkan hukuman kepada mereka. Contohnya, di Perancis, agen yang terkenal ialah Francois Eugene Vidocq (1775�1857) dan Restauration (1814�1815). Restauration terkenal sebagai agen yang membanteras para pengikut Napoleon Bonaparte.
agent provocateuragen provokasiSains PolitikHubungan AntarabangsaAnggota polis rahsia yang berperanan menghasut pihak yang dicurigai supaya melakukan tindakan yang boleh disabitkan hukuman kepada mereka. Contohnya, di Perancis, agen yang terkenal ialah Francois Eugene Vidocq (1775�1857) dan Restauration (1814�1815). Restauration terkenal sebagai agen yang membanteras para pengikut Napoleon Bonaparte.
victim precipitation theoryteori dorongan mangsaKriminologiKeadilan JenayahTeori viktimologi yang diasaskan oleh Wolfgang yang menjelaskan punca seseorang menjadi mangsa akibat interaksi mangsa dengan pesalah seperti mangsa mewujudkan peluang, memberi dorongan secara langsung secara aktif atau pasif, atau provokasi daripada mangsa.

Kembali ke atas