Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pruf] | ڤروف

Definisi : cetakan percubaan (karangan dll) yg perlu dibandingkan dgn manuskrip asal utk meneliti kesalahan cetak dll: kerjanya membaca ~ dan membetulkan kesilapan percetakan; ~ galei pruf yg diambil drpd bahan-bahan yg diatur huruf ketika bahan itu masih dlm peringkat galei. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pruf] | ڤروف

Definisi : salinan percubaan bagi sesuatu bahan yg dicetak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pruf


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Di mana saya boleh dapatkan senarai tanda bacaan pruf mengikut gaya DBP?Senarai tanda pruf hanya terkandung dalam buku Gaya Dewan pada halaman 280-283. Untuk maklumat lanjut berkenaan stok buku tersebut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476.Lain-lain25.08.2017
Salam. Saya Pn Ruba di sini ingin bertanya adakah pihak DBP mempunyai khidmat proofreading tesis yg ditulis dalam BM. Jika ada, berapakah bayaran yang dikenakan?Dan brp lama tempoh masa yang diperlukan untuk peoofreading tesis tersebut?Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan.Salam sejahtera puan ruby, perkhidmatan membaca pruf tesis. DBP tidak menyediakan perkhidmatan membaca pruf tesis. Semua khidmat membaca pruf buku terbitan DBP menggunakan khidmat syarikat dan individu yang berdaftar dengan Bahagian Kewangan dan Bekalan, DBP. Maklum, terima kasih.Lain-lain21.04.2020
Selamat Sejahtera Tuan/Puan, Apa istilah 'proofreader' dalam bahasa Melayu?Proofreader bermaksud pembaca pruf.Istilah16.11.2015
TERJEMAHAN PROOFREAD DALAM BAHASA MELAYUUntuk makluman tuan, pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan dokumen dan baca pruf. Bagi mendapatkan perkhidmatan terjemahan, pihak tuan boleh menghubungi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia atau Persatuan Penterjemah Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan21.08.2023
Assalamualaikum, Saya Majdi bin Mohamad Nor dari Bahagian Penerbitan JAKIM. Bahagian kami bercadang menganjurkan Kursus/Bengkel berkaitan bacaan prüf dan penyuntingan pada bulan Jun 2021. Dengan siapa yang perlu hubungi bagi tujuan tersebut. Terima kasih.

Salam sejahtera,

KURSUS AKADEMI DBP

Untuk makluman permohonan kursus/bengkel DBP boleh dialamatkan kepada:

Ketua Akademi DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 4, Wisma DBP,
50460 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi:

Laman sesawang: http://akademi.dbp.my/
Nombor telefon: 03-2147 0220/0230
Faksimile: 03-2147-0231

Pengurus Projek:

Nama: Encik Adnan Abd. Majid
Telefon:03-2147 0205
E-mel: adnan2@dbp.gov.my

Lain-lain18.05.2021
Asfan Ash ISN 8.34 PAGI assalamualaikum tuan adakah apa-apa cara untuk saya mendapatkan sijil sebagai pembaca pruf (Bahasa Inggeris) yang berdaftar secara sah?Wa alaikum salam, Tuan yang budiman, Pihak tuan boleh menghubungi no. tel. ini (03-2147 9534/ 9494/9452) untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.Lain-lain19.06.2017
Saya ingin menayakan mengenai penerbitan buku 1. Semua yang perlu di ketahui untuk menerbitkan sebuah buku 2. Berapakah jumlah buku yang telah malaysia terbitkan pada 2010 (syarikat penerbitan) 3. dan undang-undang penerbitan di malaysia

(1)Proses penerbitan buku berbeza-beza sedikit mengikut  penerbit dan jenis buku yang diterbitkan. Pada umumnya, proses penerbitan bermula dengan cadangan penulisan/manuskrip daripada penulis, pelantikan penulis, penilaian manuskrip, kelulusan penerbitan, penyuntingan, penyediaan reka bentuk  dan ilustrasi, pembacaan pruf, penyediaan pruf akhir, dan percetakan.

(2) Anda boleh menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat.

(3) Anda boleh mendapatkan maklumat tentang undang-undang penerbitan di Malaysia dengan membaca  sebarang buku tentang Undang-undang Hak Cipta di Malaysia. 

Lain-lain23.11.2010
Boleh tanya, bila kamus Dewan Edisi ke-5 akan diterbitkan?Salam sejahtera, Buat masa ini belum ada rancangan untuk menerbitkan Kamus Dewan Edisi Kelima memandangkan Bahagian Perkamusan telah selesai menyemak pruf akhir Kamus Dewan Perdana Bahasa Melayu dan dijangka terbit pada tahun 2020. Kamus ini merupakan kamus bahasa Melayu yang pertama yang memanfaatkan data korpus dan data web sebagai sumber pertama dalam penyusunannya. Terdapat sebanyak 120 000 kata masukan yang merangkumi kata umum, istilah, dialek dan kata pinjaman serta dilengkapi ejaan Jawi, fonetik, kelas kata dan pelbagai lagi. Sekian, Terima kasih.Lain-lain27.11.2019
1. Apakah Langkah-Langkah dalam proses editorial. 2. Apakah kriteria atau persoalan yang difikirkan ketika saya membuat semakan kandungan dan format sesuatu manuskrip.Langkah-langkah umum dalam proses editorial ialah mengedit manuskrip sehingga bersih, membuat penyemakan pruf dan seterusnya dihantar ke bahagian percetakan sehingga manuskrip terbit. 2. Sewaktu menyemak manuskrip, kriteria yang perlu disemak ialah tatabahasa, ejaan, gaya bahasa dan sebagainya.Untuk keterangan terperinci, mohon mendapatkan maklumat lanjut melalui Jabatan Penerbitan.Lain-lain21.06.2014
Assalam, saya sedang dalam proses menyiapkan manuskrip buku akademik. Saya bercadang untuk menerbitkan sendiri buku tersebut. Bolehkah saya menggunakan khidmat DBP utk menyunting, grafik dan urusan lain-lain yang berkaitan sehinggalah manuskrip tersebut siap sepenuhnya untuk di cetak. Terima kasih.Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak, menyunting dan membaca pruf buku  selain terbitan DBP.Lain-lain21.12.2015
123

Kembali ke atas