Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[psi.kia.tri]/[si.kia.tri] | ڤسيکياتري

Definisi : cabang perubatan yg berkaitan dgn kajian dan rawatan gangguan mental. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata psikiatri


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PSIKIATRI

Psikiatri ialah cabang perubatan yang berkaitan

dengan diagnosis dan rawatan penyakit mental.

Pakar psikiatri ialah doktor yang menjalani latihan

beberapa tahun untuk merawat pesakit mental

selepas layak menjadi doktor.

UMUM 
MENNINGER

Menninger ialah nama keluarga bagi dua orang

pakar psikiatri terkemuka Amerika. Bersama bapa

mereka, Charles Frederick Menninger (1862–1953),

mereka menubuhkan Klinik Menninger dan

Yayasan Menninger di Topeka, Kansas, Amerika

Syarikat. Mereka merintis bidang rawatan orang

yang menghadapi masalah gangguan mental dan

fizikal dalam suasana klinik yang bercirikan

komuniti. Yayasan tersebut merawat pesakit

mental, melatih ahli psikiatri dan pegawai

kesihatan mental yang lain, serta menjalankan

kajian dalam banyak bidang yang berkait dengan

kelakuan manusia.

UMUM 
MINDA

Minda. Ahli psikologi, ahli psikiatri, dan ahli falsafah

mempunyai berbagai-bagai pandangan tentang sifat

semula jadi minda. Sehingga kini, mereka masih

belum mencapai persetujuan tentangnya.

UMUM 
ADLER, ALFRED

 Adler, Alfred (1870–1937), pakar psikiatri Austria,

mengembangkan banyak teori berkaitan motivasi

kelakuan manusia.

UMUM 
KATARSIS

Katarsis ialah satu istilah yang digunakan oleh

pakar psikiatri dan ahli psikoanalisis untuk

menerangkan cara bagaimana psikoterapi

membantu seseorang itu melepaskan tekanan

emosi.

UMUM 
PSIKOANALISIS

Psikoanalisis ialah kaedah merawat penyakit

mental yang diasaskan oleh doktor Austria,

Sigmund Freud. Freud mengembangkan rawatan ini

pada akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an.

Ahli-ahli psikiatri yang lain mengembangkan variasi

teknik mereka. Istilah psikoanalisis juga merujuk

kepada teori yang menjadi asas rawatan seperti itu.

UMUM 

Kembali ke atas