Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[psi.ko.lo.gi]/[si.ko.lo.gi] | ڤسيکولوݢي

Definisi : 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn per­lakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kum­pulan tertentu; 3. bp kebijaksanaan mema­hami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[psi.ko.lo.gi]/[si.ko.lo.gi] | ڤسيکولوݢي

Definisi : ilmu mengenai jiwa atau mengenai fikiran manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata psikologi

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud psikologiPsikologi bermaksud: kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan;Makna16.07.2009
Yang manakah ejaan tepat? Sosiopsikologi / Sosio-psikologi / Sosio PsikologiEjaan yang betul ialah sosiopsikologi, setakat ini perkataan sosiopsikologi hanya tercatat dalam huraian data kami sahaja.Lain-lain13.04.2022
apakah yang dimaksudkan dengan psikologi?Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan psikologi sebagai; 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan per­lakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kum­pulan tertentu; 3. kebijaksanaan mema­hami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil?. Saudara boleh melayari psikologi&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi&d=1 untuk lebih lanjut.Makna10.02.2013
Apakah itu Psikologi Pendidikan? Apakah definasinya dan bagaimana penggunanya

Psikologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan Psikologi sosial (belum ditulis)">psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan.

Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak bergeliga dam mereka yang kehilangan upaya.
Makna18.01.2009
Saya ingin bertanya perkataan Bahsasa Melayu yang sesuai untuk istilah Bahasa Inggeris ini iaitu "Extraversion" untuk penggunaan dalam psikologi.Berdasarkan bidang psikologi, padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

extraversion - ekstraversi

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain15.08.2021
dalam psikologi sukan,konsep kendiri salah satunya di pengaruhi oleh "self-vulnerability". Apakah istilah yg sesuai digunakan untuk "self-vulnerability"?Tidak ada padanan self-vunerabilty dalam bahasa Melayu dalam sumber rujukan kami.  Pada makna biasa vulnerable bermaksud mudah dipengaruhi dan dalam konteks yang saudara nyatakan self-vulnerabilty boleh membawa maksud mudah untuk dikalahkan.Istilah08.05.2009
Dalam bidang psikologi, istilah flourishing digunakan untuk merujuk kepada kesejahteraan psikologikal dalam aspek perhubungan, penghargaan kendiri, tujuan hidup dan optimisma. Sesuaikan flourishing diterjemah sebagai kemekaran? https://eddiener.com/scales/9Flourishing tidak sesuai diterjemah sebagai kemekaran dari segi konteks ayat yang telah diberikan. Cadangan padanan perkataan yang sesuai ialah pertumbuhan.Lain-lain28.10.2020
konsep psikologi pendidikan, pedagogi dan wacana

Sila rujuk bahan ini :

1. Psikologi Pendidikan : Glenn Myers Blair : DBP : 1991

2. Pedagogi : Shahabudin Hashim : DBP : 2006

3. Panduan wacana Akademik : Asmah Hj Omar : 2006

Lain-lain24.01.2008
Apakah maksud 'conception' dalam konteks bidang Psikologi PerkembanganDalam bidang psikologi, konsepsi bermakna pengertian atau pemahaman atau tanggapan tentang sesuatu atau idea yang digarap dalam pemikiran manusia, yang kemudiannya diberi makna melalui lambang.Makna09.07.2008
Bagaimana untuk menyebut perkataan serapan daripada bahasa Inggeris yang bermula dengan psi seperti psikologi. Adakah disebut pi-si-ko-lo-gi atau si-ko-lo-gi yang bermaksud huruf P itu disenyapkan?Psikologi boleh disebut dengan dua cara iaitu [psi.ko.lo.gi] dan [si.ko.lo.gi]Tatabahasa15.04.2019
12345678

Kembali ke atas