Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[psi.ko.mo.tor]/[si.ko.mo.tor] | ڤسيکوموتور

Definisi : (Psi) bkn pergerakan tubuh yg berkaitan dgn aktiviti mental. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata psikomotor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sya ingin mengetahui maksud bagi perkataan kognitif dan psikomotor.Psikomotor ialah istilah psikologi, iaitu pergerakan tubuh yg berkaitan dgn aktiviti mental. Kognitif berkaitan dgn kognisi, iaitu proses mental utk mentafsir, mempelajari, dan memahami sesuatu.Makna30.07.2007
Apakah definisi bagi perkataan 'life skill'?. Perkataan kemahiran hidup kurang tepat kerana ianya melibatkan kemahiran psikomotor sahaja sedangkan life skill yang sebenar adalah melibatkan keseluruhan aspek kemahiran untuk seseorang hidup.Dalam bidang pendidikan life diterjemahkan kepada hidup seperti life process ialah proses hidup dan life cycle ialah kitar hidup. Oleh itu, life skill juga diterjemahkan kepada kemahiran hidup. Jika ada pandangan atau cadangan lain tentang istilah tersebut boleh kami bincangkan dengan Bahagian Peristilahan. Sila hubungi kami di alamat e-mel ayu@dbp.gov.my atau aishah3@dbp.gov.my.Istilah30.09.2013
Selamat pagi Tuan/Puan. Saya ingin mendapat kepastian tentang beberapa sebutan pinjaman bahasa Inggeris. Sebagai contoh, sebutan perkataan 'Generasi' ,'Agen', 'psikomotor'. Perkataan 'generasi' perlu dieja sebagai ' Ge. ne..ra..si' atau 'je..ne..ra..si'? Terima Kasih.Generasi disebut /gé.ne.ra.si/ , agen disebut /a.gén/. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan- Jawi untuk rujukan selanjutnya.Tatabahasa18.01.2013
Apakah terjemahan untuk 'Key Takeaways" - adakah pembelajaran? terima aksih

Konsep “key takeaway” dalam bidang pendidikan juga dikenali sebagai “learning by doing” atau “experienced based learning”. Maka, padanan istilah yang sesuai bagi semua konsep tersebut ialah pembelajaran berasaskan pengalaman, iaitu kaedah yang digunakan bagi mengukuhkan lagi proses pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor melalui pengalaman pelajar di luar atau di dalam bilik darjah.

Istilah06.02.2020

Kembali ke atas