Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berpuas hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
puas (adjektif)
1. Bersinonim dengan senang hati: lega, selesa, bahagia, sejahtera, seronok, tenang, tenteram, kenyang, cukup, pada, jelira, marem,

2. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, muak, lugu, majal, pasai,

Kata Terbitan : berpuas hati, memuaskan, kepuasan,

Puisi
 

Hujan rangkap Kuala Linggi,
     Tanamlah Lengkuas hutan seberang;
Saya berangkat dari sini,
     Hati puas telinga terang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Biar alah sabung,
     asalkan menang sorak.

Bermaksud :

Biar harta habis, asalkan hati puas. (Bandingkan dengan: Alah sabung, menang sorak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
protestprotesSains PolitikHubungan AntarabangsaPernyataan tidak puas hati yang dilakukan oleh sesebuah negara terhadap negara lain akibat sesuatu tindakan yang dirasakan merugikannya. Protes biasanya dilakukan secara bertulis terhadap negara yang diprotes melalui saluran tertentu seperti melalui diplomatik dan media massa. Protes juga diajukan kepada pihak ketiga yang mempunyai autoriti dalam perkara yang dibangkitkan. Contohnya, Malaysia memprotes tindakan Singapura menambak laut yang berhampiran dengan tambak Johor kerana menjejaskan kehidupan marin di perairan Johor.
work to rulekerja ikut peraturanPentadbiranTiadaBentuk tindakan tidak puas hati pekerja terhadap keputusan dan layanan majikan terhadap mereka dengan memperlahan segala urusan kerja serta mengikut peraturan kerja secara ketat.
demostration strikemogok demonstrasiPentadbiranTiadaKeenganan bertugas oleh pekerja sebagai menunjuk perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu masalah organisasi.
black listsenarai hitamPentadbiranTiadaSenarai nama pekerja yang dipercayai telah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan majikan.
official strikemogok terancangEkonomiTiadaPeristiwa yang dirancang sebagai satu tindakan membantah atau rasa tidak puas hati terhadap tindakan majikan.
picketpiketEkonomiTiadaPerhimpunan pekerja di luar tempat kerja dengan pelekat dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka untuk tontonan umum.
unofficial strikemogok tak terancangEkonomiTiadaPeristiwa yang tidak dirancang sebagai satu tindakan membantah atau rasa tidak puas hati terhadap tindakan majikan.
strikemogokPentadbiranTiadaKeengganan atau penarikan diri pekerja untuk meneruskan kerja sebagai satu tindakan membantah atau rasa tidak puas hati terhadap tindakan majikan.
disaffection (political)tawar hati (politik)SejarahTiadaPerasaan tidak puas hati yang disebabkan oleh keadaan politik yang tidak stabil.
disenchantment (political)tawar hati (politik)SejarahTiadaPerasaan tidak puas hati yang disebabkan oleh keadaan politik yang tidak stabil.
12

Kembali ke atas