Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[puas.puas] | ڤواس٢

Definisi : hingga puas (jemu): Sharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~; belum ~ belum jemu-jemu; tidak ~-~nya tidak jemu-jemunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puas-puas

Puisi
 

Hendak memakan buah cermai,
     Makan bersama jambu susu;
Puas ombak melanda pantai,
     Mengapa pantai tak ambil tahu?


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Lengkuas di tepi kandang,
     tekak (= tegak) puas badan menyandang.

Bermaksud :

Tiap-tiap yang salah haruslah menerima hukuman yang setimpal.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPuas sudah menanam ubi, Nanas datang dari seberang; Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang.
Kurik Kundi Merah SagaHendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu?
Kurik Kundi Merah SagaAmbil kain cuba dilipat, Kain batik bunganya rapat; Puas dipancing ikan tak dapat, Cabut joran alih tempat.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk manis dalam padi, Buah papaya dalam perahu; Puas menangis dalam hati, Seorang manusia tidak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaIntan terpilih tercabut sarung, Disambarlah oleh dewa alperi; Puas kupilih di dalam kampung, Baru mendapat si jantung hati.
Kurik Kundi Merah SagaBeras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke pekan membeli terung, Hendak dimasak kuahnya lemak; Puas sudah menggila burung, Bila masa nak jadi jinak.
Kurik Kundi Merah SagaKapal Beruas ke Singapura, Singgah berlabuh di Kuala Rejang; Tidaklah puas kita berdua, Janganlah abang kembali pulang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah delima masak merekah, Sudah tika berbunga lagi; Bermohon kasih puas sudah, Ibarat embun dibakar matahari.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri.
123

Kembali ke atas