Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[puas.puas] | ڤواس٢

Definisi : hingga puas (jemu): Sharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~; belum ~ belum jemu-jemu; tidak ~-~nya tidak jemu-jemunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puas-puas

Puisi
 

Hendak memakan buah cermai,
     Makan bersama jambu susu;
Puas ombak melanda pantai,
     Mengapa pantai tak ambil tahu?


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Lengkuas di tepi kandang,
     tekak (= tegak) puas badan menyandang.

Bermaksud :

Tiap-tiap yang salah haruslah menerima hukuman yang setimpal.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
belala Ibbelum puas.Selepas bulan purnama engkeleman belala Sana mengetuai pengikutnya memanjat pokok tapang itu untuk memperolehi madu lebah tadi. Mereka tidak memperolehi banyak madu kerana pada malam itu bulan terbit lebih awal.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
munung Ibmuncung babi.Setelah puas berjalan mereka pun sampai di Sungai Munung. Di situ mereka menggunakan sejenis pakaian yang disebut munung dan terdapat pada badan babi. Kemudian apabila mereka sampai di Sungai Tunjing mereka memakai tunjing atau kuku.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
apong MSrnipah.Hati saya belum puas bapa, mengamati ikan temeka yang berlumba di bunga pasang. Saya enggan meninggalkan umbut nipah apong nyemelang bapa." Senabong mengatakan dia tidak mahu pulang lagi ke kawasan Batang Bangkit itu.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tunjing Ibkuku (lembu, kuda dll).Setelah puas berjalan mereka pun sampai di Sungai Munung. Di situ mereka menggunakan sejenis pakaian yang disebut munung dan terdapat pada badan babi. Kemudian apabila mereka sampai di Sungai Tunjing mereka memakai tunjing atau kuku.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sibung Bdsarung untuk parang, pedang dsb.Setelah puas barulah disarungkan ke dalam sibung kayu yang sudah tertangkin di pinggang.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tertangkin, *tangkin* Ib, MSrdiikat di pinggang, seperti parang, raga dan lain-lain.Setelah puas barulah disarungkan ke dalam sibung kayu yang sudah tertangkin di pinggang.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gayang MSbsejenis parang panjang.“Jika engkau tidak meninggalkan dia, mata gayang ini tidak akan puas selagi tidak menghirup darah, Mecra,” katanya. Kupandang gayang atau parang panjangnya itu. Aku gugup.Pesta MimpiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temeka Ibikan tembakul.Memang benar. Baik juga lawatan bapa tetapi saya masih rindu untuk bermain dengan bunga pedada yang mengembang. Hati saya belum puas bapa, mengamati ikan temeka yang berlumba di bunga pasang. Saya enggan meninggalkan umbut nipah apong nyemelang bapa.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jeraul MSrpenyangak, kelakuan nakal.Celaka! Jeraul tua! Gatal! Seranah Lumai tersembul dalam hati. Dan kalau diikutkan kebencian hatinya, mahu saja dia menyinsingkan kainnya tinggi-tinggi, dan punggungnya yang telanjang ditonggengkan ke arah Tuai Rumah yang tak padan dengan rupa dan gaya itu. Biar si jeraul tua itu puas menatap apa yang ingin ditatapnya.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas