Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[puas.puas] | ڤواس٢

Definisi : hingga puas (jemu): Sharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~; belum ~ belum jemu-jemu; tidak ~-~nya tidak jemu-jemunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puas-puas

Puisi
 

Hendak memakan buah cermai,
     Makan bersama jambu susu;
Puas ombak melanda pantai,
     Mengapa pantai tak ambil tahu?


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Lengkuas di tepi kandang,
     tekak (= tegak) puas badan menyandang.

Bermaksud :

Tiap-tiap yang salah haruslah menerima hukuman yang setimpal.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zone of indifferencezon puas sama; zon tak acuhPsikologiTiadaTiada
zero of indifferencezon puas samaPentadbiranTiadaKeadaan yang memastikan orang bawahan menerima arahan dan keputusan tanpa bantahan.
protestprotesSains PolitikHubungan AntarabangsaPernyataan tidak puas hati yang dilakukan oleh sesebuah negara terhadap negara lain akibat sesuatu tindakan yang dirasakan merugikannya. Protes biasanya dilakukan secara bertulis terhadap negara yang diprotes melalui saluran tertentu seperti melalui diplomatik dan media massa. Protes juga diajukan kepada pihak ketiga yang mempunyai autoriti dalam perkara yang dibangkitkan. Contohnya, Malaysia memprotes tindakan Singapura menambak laut yang berhampiran dengan tambak Johor kerana menjejaskan kehidupan marin di perairan Johor.
disaffection (political)tawar hati (politik)SejarahTiadaPerasaan tidak puas hati yang disebabkan oleh keadaan politik yang tidak stabil.
disenchantment (political)tawar hati (politik)SejarahTiadaPerasaan tidak puas hati yang disebabkan oleh keadaan politik yang tidak stabil.
work to rulekerja ikut peraturanPentadbiranTiadaBentuk tindakan tidak puas hati pekerja terhadap keputusan dan layanan majikan terhadap mereka dengan memperlahan segala urusan kerja serta mengikut peraturan kerja secara ketat.
demostration strikemogok demonstrasiPentadbiranTiadaKeenganan bertugas oleh pekerja sebagai menunjuk perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu masalah organisasi.
bandwidth junkiekaki lebar jalurTeknologi MaklumatTiadaPengguna lebar jalur yang tidak pernah puas dengan kelajuan yang ada dan akan berusaha untuk mendapatkan lebar jalur yang terpantas melalui teknologi yang terkini. Pengguna ini biasanya terdiri daripada mereka yang menggunakan Internet untuk memuat turun fail-fail besar seperti lagu, video dan permainan.
black listsenarai hitamPentadbiranTiadaSenarai nama pekerja yang dipercayai telah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan majikan.
placeboplaseboBiologiFisiologi1. Bahan tak aktif yang diberikan kepada pesakit supaya ia merasa puas. 2. Sebatian lengai, yang benar-benar serupa dengan bahan ujian (ubat) dalam penyelidikan yang pesakit dan doktor mungkin tidak dapat membezakan yang mana satu adalah ubat.
123

Kembali ke atas