Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.cat] | ڤوچت

Definisi : 1. putih pudar (air muka); ~ sepucat-pucatnya pucat sungguh-sungguh; ~ cengkung pucat dan kurus (cengkung); ~ lesi (benehan, kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar) pucat sungguh, pucat sekali; 2. agak putih (warna): merah-merah ~; ~ lesi bagai ayam kena lengit prb rupa seseorang yg lemah dan pucat kerana menghidap penyakit; memucatkan menyebabkan atau menjadi­kan pucat; kepucatan agak pucat; kuning ~ kuning yg agak keputihan (tidak kuning sungguh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cat] | ڤوچت

Definisi : 1 putih pudar air muka atau anggota lain (kerana takut, terkejut, sakit dsb). 2 agak putih warnanya: merah ~ merah yg keputih-putihan; ~ cengkung pucat serta kurus badannya; ~-lesi, = ~-pasi pucat sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pucat

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti mayat ditegakkan.

Bermaksud :

Pucat dan tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat pagi, 1. wajah pesakit kamser itu_________ a. pucat b. cekang 2.Adakah kedua - ayat ini betul a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar b. Pendebat itu telah tandus idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya___________bola itu a. Menepis B. menangkis1. Wajah pesakit kanser itu pucat.

2. Tandus ialah 1. tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yang tidak ditumbuhi apa-apa.  2. telah habis langsung (berkenaan idea, modal, bakat).

     a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar.
    Penggunaan perkataan tandus tidak sesuai dalam ayat di atas.

    b. Pendebat itu telah ketandusan idea bagi mematahkan hujah lawan.

3. Penjaga gol berjaya menangkis bola itu.
Tatabahasa13.03.2013
mukanya memucat setelah mendengar berita kemalangan ngeri itu, adakah penggunaan kata 'memucat' betul dalam ayat ini?jawapan yang betul ialah pucat.Tatabahasa26.09.2011
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku).1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok.Tatabahasa30.07.2008
Mohon terjemahkan warna-warna ini di dalam Bahasa Malaysia: Powder blue Mint green Pale green Dusty pink Banana Toffee Beige Pink champagne Burnt orange BrownBerikut ialah cadangan terjemahan sekiranya sesuai dengan konteks penggunaan:

i. Powder blue - Biru serbuk
ii. Mint green - Hijau pudina
iii. Pale green - Hijau pucat
iv. Dusty pink - Merah jambu pudar
v. Banana toffee - Perang muda
vi. Beige pink - Merah jambu kuning air
vii. Champagne burnt - Merah tua perang
viii. Orange brown - Perang jingga
Makna29.01.2021
Apakah perbezaan antara kelam, malap dan kusam?

Perkataan "kelam” dan “malap” digunakan dalam  konteks cuaca/cahaya yang kurang terang, penglihatan yang kabur, warna yang pudar dan tidak berseri, makna kiasan contohnya keadaan sesuatu perkara yang tidak pasti, fikiran dan perasaan yang tidak menentu. Perkataan "kusam” digunakan dalam konteks keadaan sesuatu contohnya perhiasan yang kelihatan pudar, tidak berseri, merujuk rupa seseorang kelihatan pucat, warna kulit yang tidak cerah dan cahaya yang tidak terang. Perkataan “kelam”, “malap” dan “kusam” mendukung makna yang hampir sama, namun perbezaan antara ketiga-tiga perkataan tersebut adalah berdasarkan penggunaannya  perlu disesuaikan dengan konteks ayat.   

Makna01.11.2021

Kembali ke atas