Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pui.si] | ڤويسي

Definisi : karangan yg berbentuk sajak (syair, pantun, dll); berpuisi mengarang puisi, menyatakan se­suatu dlm bentuk puisi; mempuisikan melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu dlm bentuk puisi: pelbagai kisah yg dipuisikan itu boleh menghiburkan hati selepas berpenat lelah di sawah ladang; kepuisian berkaitan dgn puisi, yg menunjuk­kan ciri-ciri dlm puisi: pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca; perpuisian segala-gala yg berkaitan dgn puisi: kita di Malaysia telah lama berusaha membentuk suatu tradisi ~ yg kuat; sejarah ~ Melayu; pemuisi orang yg mencipta (mengarang, me­nulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pui.si] | ڤويسي

Definisi : karangan bersajak spt pantun, syair. pemuisi orang yg mencipta, mengarang, menulis atau mendeklamasikan puisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puisi (kata nama)
Bersinonim dengan sajak, bait, balada, haiku, syair, pantun, gurindam, seloka, satira, lirik, madah, kelong, talibun, tembang, kakawin;,
Kata Terbitan : berpuisi, pemuisi,

Puisi
 

SEgala kasih segala sayanng terhimpun di bawah telapak kamimu,
     umi kerana merah darahku adalah pekatnya air susumu.


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, Minta check ayat di bawah. 1)Puisi-puisi beliau disanjungi dan diulas oleh para sasterawan Cina yang selepasnya. (perkataan yang harus dibuang?) 2)Beliau merupakan ahli astronomi, ahli matematik, pencipta, dan pemuisi. (tanda , sebelum dan perlu ada atau tidak?? thanks :)1. Puisi-puisi beliau dipuji dan dibicarakan oleh para sasterawan Cina selepasnya.
2. Beliau ialah ahli astronomi, ahli matematik, pencipta dan pemuisi.
Tatabahasa25.08.2015
saya meminati bidang penulisan dan telah menghasilkan beberapa puisi moden. saya ingin tahu adakah puisi-puisi ini layak dan menepati kriteria yang telah ditentukan bagi menyertai kumpulan penulis dewan bahasa dan pustaka. bersama-sama ini disertakan satu contoh puisi ciptaan saya sendiri. diharap pertanyaan ini mendapat respon dari pihak tuan bagi memberi komen atau mengiktiraf hasil penulisan saya sekiranya layak.sekian, terima kasih..Puisi-puisi yang saudara  hasilkan itu saudara boleh hantar kepada mana-mana penerbitan akhbar atau majalah sama ada penerbit kerajaan atau swasta, kerana mereka menyediakan ruangan sastera seperti puisi dalam setiap keluarannya. Saudara juga boleh menghantar kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. iaitu Ketua Editor Bahagian Majalah untuk  disiarkan dalam majalah-majalah terbitan DBP sekiranya sesuai dan mencapai mutu yang ditetapkan.Lain-lain14.11.2010
Salam Sejahtera. Saya adalah salah seorang peminat puisi terutama yang diterbitkan oleh pihak DBP. Seringkali juga menyertai pertandingan mencipta lagu-lagu puisi anjuran DBP, walaupun setakat ini gagal keperingkat akhir. Antara puisi-puisi pilihan untuk dilagukan ialah yang ditulis oleh Zurinah Hassan. SOALAN: BOLEHKAH saya memuatkan lagu-lagu puisi ciptaan saya dari puisi Zurinah Hassan yang gagal keakhir dalam pertandingan anjuran DBP kedalam 'BLOG' saya menerusi YOUTUBE? PERLUKAH saya memohon kebenaran bertulis dari pihak DBP? APAKAH ada lain-lain syarat yang perlu dipatuhi.? TIADA tujuan komersil, cuma sekadar memaparkan minat saya dalam bidang seni. SEINGAT saya ada tiga buah puisi Zurinah Hassan yang dipetik dari buku 'Pujangga Tidak Bernama' terbitan DBP telah saya lagukan untuk menyertai pertandingan berkenaan. Mohon penjelasan. Sekian. Terima Kasih.

Salam takzim,

Sumbangan saudara secara berterusan dalam kegiatan penyebaran karya puisi kepada kalangan masyarakat melalui penyertaan dalam Sayembara Mencipta Lagu Puisi amat dihargai.  Dimaklumkan bahawa hanya lagu-lagu puisi yang layak ke peringkat akhir sahaja yang menjadi hak penganjur iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menerbit dan merakam lagu-lagu tersebut. Justeru, karya lagu puisi saudara yang tidak berjaya ke peringkat akhir menjadi hak milik saudara untuk diterbitkan dan disebarkan.  Namun demikian pihak kami menasihati saudara  agar menghubungi penyair Zurinah Hassan (016-2598049) terlebih dahulu sebelum menerbitkannya bagi medapatkan izin terbit naskhah puisi tersebut.

Selamat maju jaya.

Lain-lain29.11.2010
Apakah perbezaan di antara sajak dan puisi?Puisi terdiri daripada puisi moden dan puisi tradisional.  Sajak termasuk dalam kategori puisi moden manakala gurindam, seloka, pantun, syair dan nazam termasuk dalam kategori puisi tradisionalSastera05.01.2017
Saya masih lagi belum mendapat jawapan kepada pertanyaan saya yang lalu. Saya sememangnya berharap puisi-puisi saya itu dapat diterbitkan oleh DBP. Saya harap akan mendapat jawapan yang positif.

Jika saudara berminat untuk menerbitkan karya saudara (puisi), sila hubungi Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, 50926 Kuala Lumpur.

Lain-lain21.12.2008
jika saya berminat untuk terbitkan buku bagaimana caranya? koleksi puisi-puisi.Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain28.03.2010
Saya seorang guru, penyair, dan peneliti. Saya berminat untuk melihat perbedaan puisi-puisi yang ditulis penyair perempuan di Malaysia dan Indonesia. Bagaimana caranya saya dapat memperoleh akses untuk maksud saya tersebutBelum ada buku atau makalah tentang kajian ini dalam pangkalan data kami.Lain-lain08.03.2015
Apakah beza antara puisi, sajak dan pantun? Terima kasih

Puisi ialah karangan berangkap. Kata-katanya disusun mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menggunakan irama, bunyi dan kiasan. Puisi dapat dibahagikan kepada dua jenis yang utama, iaitu puisi tradisional dan puisi moden. Dalam puisi tradisional terdapat empat bentuk puisi yang penting, iaitu pantun, syair, seloka dan gurindam. dalam puisi moden pula hanya ada satu bentuk sahaja, iaitu yang dikenali sebagai sajak.

Pantun ialah jenis puisi tradisional atau lama yang terikat dengan ciri-cirinya, sebagai contoh pantun empat baris serangkap, yakni dua baris pertama dikenali sebagai pembayang atau sampiran dan dua baris terakhir dikenali sebagai maksud.

 

Sajak pula ialah puisi moden yang tidak terikat dengan ciri-ciri puisi tradisional seperti pantun. Justeru, sajak lebih bebas penciptaannya.

 

 

 

 

Lain-lain17.05.2010
assalamualikum dan salam sejahtera. sebenarnya, saya adalah salah seorang peminat dewan sastera. jadi, soalan saya, bagaimanakah mahu menghantarkan puisi-puisi nukilan saya kepada pihak tuan

Karya sdr hendaklah dihantar kepada Editor Dewan Sastera, Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau karya sdr boleh dihantar melalui e-mel: rozninah@dbp.gov.my. Sekiranya sdr penulis baru, karya boleh dihantar kepada  Puan Noraini Abdul Hamid, Editor Tunas Cipta atau e-mel:noraini3@dbp.gov.my

Lain-lain29.01.2009
saya nama zulkiflee aromat sedang belajar di universiti fatoni.ingin bertanya dbp.ingin bertanya maksud puisi kono terimakasihPuisi kuno bermaksud puisi lama atau puisi tradisional.

Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam.

Sastera08.09.2016
12345678910...

Kembali ke atas