Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pui.si] | ڤويسي

Definisi : karangan yg berbentuk sajak (syair, pantun, dll); berpuisi mengarang puisi, menyatakan se­suatu dlm bentuk puisi; mempuisikan melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu dlm bentuk puisi: pelbagai kisah yg dipuisikan itu boleh menghiburkan hati selepas berpenat lelah di sawah ladang; kepuisian berkaitan dgn puisi, yg menunjuk­kan ciri-ciri dlm puisi: pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca; perpuisian segala-gala yg berkaitan dgn puisi: kita di Malaysia telah lama berusaha membentuk suatu tradisi ~ yg kuat; sejarah ~ Melayu; pemuisi orang yg mencipta (mengarang, me­nulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pui.si] | ڤويسي

Definisi : karangan bersajak spt pantun, syair. pemuisi orang yg mencipta, mengarang, menulis atau mendeklamasikan puisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puisi (kata nama)
Bersinonim dengan sajak, bait, balada, haiku, syair, pantun, gurindam, seloka, satira, lirik, madah, kelong, talibun, tembang, kakawin;,
Kata Terbitan : berpuisi, pemuisi,

Puisi
 

SEgala kasih segala sayanng terhimpun di bawah telapak kamimu,
     umi kerana merah darahku adalah pekatnya air susumu.


Lihat selanjutnya...(1000)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NYANYIAN KANAK-KANAK

Nyanyian kanak-kanak ialah puisi kanak-kanak

yang beritma serta bertujuan untuk menghiburkan

hati kanak-kanak. Puisi-puisi ini, yang merupakan satu

bentuk kesusasteraan rakyat, menarik hati kanak-

kanak kerana rima dan bunyinya yang menawan serta

ritmanya yang mantap. Kanak-kanak biasanya

mengikut rentak ritma perkataan-perkataan dengan

bertepuk tangan atau menggerakkan badan ke

hadapan dan ke belakang.

UMUM 
PUISI KABURPUISI KABUR, genre puisi dalam kesusasteraan Melayu moden. Istilah puisi kabur mula dibicarakan dalam kesusasteraan Melayu moden sekitar tahun 1957. puisi kabur memperlihatkan satu perkembangan yang baharu lagi unik, yang menyimpang daripada konvensi, khususnya dari aspek pemikiran, bahasa dan penggunaan simbol. Puisi-puisi ini umumnya disebut sebagai puisi kabur kerana sukar difahami. Antara pelopor puisi kabur ialah A.S. Amin, M. Ghazali dan Noor S.I.SASTERAKonsep
PUISI BAHARU MELAYU IIIPUISI BAHARU MELAYU III, antologi puisi yang memuatkan 554 buah puisi karya 156 orang penyair. Judul sebenar antologi ini ialah Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986. Puisi-puisi tersebut dihasilkan antara tahun 1961 hingga tahun 1986. Antologi yang disusun bersama oleh Ahmad Kamal Abdullah dan Ahmad Razali Haji Yusof ini diberi kata pengantar oleh Ahmad Kamal Abdullah. Puisi Baharu Melayu III diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990.SASTERAKarya
ELIOT, T.S.

Eliot, T.S. (1888–1965), tergolong antara

penyair yang paling penting pada tahun 1900-

an. Dalam “The Love Song of J. Alfred Prufrock”,

The Waste Land, dan puisi-puisi yang lain, dia

meninggalkan teknik dan tema puisi sebelum

Perang Dunia I. Puisi dan karya kritikannya

membantu pembentukan semula kesusasteraan

moden. Pada tahun 1948, Eliot menerima Hadiah

Nobel bagi bidang kesusasteraan.

UMUM 
PUISI SIMFONI

Puisi simfoni ialah komposisi orkestra yang

cuba menggambarkan idea bukan muzik dalam

muzik. Penggubah mengasaskan puisi simfoni

pada puisi, lakonan, cerita, episod dari sejarah,

pemandangan alam, lukisan dan kenyataan falsafah.

Puisi simfoni berkembang daripada overtur

konsert . Seperti overtur konsert, kebanyakan puisi

simfoni terdiri daripada satu babak (bahagian).

Tetapi sesetengahnya ditulis dengan lebih bebas

dan lebih panjang.

UMUM 
PUISI

Puisi ialah susunan kata-kata mengikut pola bunyi

dan makna. Puisi boleh menggabungkan pola ritma

bersama imej untuk menghasilkan kesan yang indah

atau mendalam. Puisi membentuk idea, pemikiran,

dan perasaan dalam cara yang istimewa.

UMUM 
PUISI BAHARU MELAYUPUISI BAHARU MELAYU, antologi puisi. Antologi yang memuatkan 37 buah puisi ini hasil karya 20 orang penyair. Puisi Baharu Melayu diterbitkan pertama kali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959. Antologi ini memuatkan puisi moden yang ditulis sekitar tahun 1935 hingga tahun 1941. Puisi baharu Melayu bermula pada tahun 1934 apabila Majalah Guru yang diterbitkan pada bulan Mac 1934, menyiarkan lima buah puisi moden karya Pungguk, dengan judul “Keloh-Kesah”, “Selalu Merayu”, ‘Ta’ Disangka2”, “Pujokan Hati” dan “Ibu-ku”. Dengan ini, Pungguk dianggap sebagai pengasas atau pemula puisi Melayu moden di Malaysia.SASTERAKarya
MAHABHARATA

Mahabharata ialah satu daripada dua puisi epik

India yang agung. Puisi yang satu lagi merupakan

Ramayana. Mahabharata merupakan puisi yang

paling panjang di dunia yang terdiri daripada 220

000 baris dan terbahagi kepada 18 bahagian. Puisi

ini ditulis dalam bahasa Sanskrit, iaitu bahasa suci

India purba tetapi telah diterjemahkan ke dalam

beberapa bahasa moden India disebabkan

kisahnya terkenal di seluruh India. Pelbagai versi

cerita puisi ini juga ditayangkan di televisyen sama

ada di India atau di kebanyakan negara lain.

UMUM 
PUISI MELAYU MODENPUISI MELAYU MODEN, puisi Melayu yang menerima pengaruh moden Barat. Puisi ini juga merupakan kesinambungan daripada puisi Melayu lama, dipengaruhi oleh pantun, syair, gurindam, seloka dan talibun.SASTERAKonsep
PUISI TRADISIONALPUISI TRADISIONAL, semua bentuk puisi dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional. Puisi dalam kesusasteraan Melayu dikenal sebagai ‘karangan berangkap’ dan mempunyai ciri-ciri yang mementingkan nilai-nilai yang indah. Puisi Melayu tradisional adalah hasil peninggalan masyarakat lama, dan abad ke-19 diterima secara umum sempadan pengasingannya.SASTERAKonsep
12345678910...

Kembali ke atas